Blog Fendi Islam: April 2012

G.E.N.G

April 29, 2012

Perubahan Orang Bercinta



siapa yang perasan perubahan orang yang bercinta? semestinya orang yang tidak bercinta. hehe. sekadar berkawan-kawan macam En Tapi nih. payah jugak ada kawan-kawan yang syok bercinta nih.


namun (tak boleh guna tapi), sebagai pemerhati dan pendengar masalah mereka pun best jugak. tak payah nak fikir-fikir panjang. dengar. dan En Tapi cubalah bagi nasihat dan dorongan. hehe.


apa perubahan mereka? badan makin berisi? makin banyak duit? atau? macam-macam sebenarnya. meh En Tapi nak berkongsi secara rawak dan basic punyalah.
  1. hari-hari mereka akan melekat dengan handset (mana boleh tinggal. 'u mesej, i reply, u call, i answer')
  2. mereka tak pandang dah sangat gadis lain 'kalau' tengah melekat syok gila-gila. tapi awas, kalau berjauhan, confirm-confrim akan tetap mengusha dan cuba berscandal jugak.
  3. jarang dah masa dengan kawan-kawan. 
  4. lupa haribulan.
  5. badan makin berisi, syok makan-makan sambil ditemani pasangan atau sambil makan-makan calling-calling. (mana nak ingat lemak atau isi ayam)
  6. senyum lebar sepanjang masa. ada masalah pun macam tak ada. 
  7. duit laju sikit habisnya. (kenalah saling topup dan saling berlanja).
  8. assignment yang dibuat makin tebal. sebab pasangan mesti ajar cara nak copy paste dengan lebih mesra dan cepat. hehe.
  9. dah mula pakai smart dan cantik-cantik. 'i pakai nih untuk u lah. i beli tau'
  10. sebelum tidur, mesti kena contact dulu. (takut esok dah tak sempat jumpa) haha.
  11. tidur pun hanya bayangan pasangan menemani siang malam.
  12. hari demi hari dirasakan lama untuk menunggu hingga detik bahagia. (mampus nak kawin awal? duit tak kumpul lagi)
hehe. macam gini je. mesti ada banyak lagi. bergantunglah pada individu. apa-apa pun, dalam bercinta, choki-choki mesti ada.



Bercinta Dengan Jin


banyak ragam kehidupan dan konflik yang seseorang boleh hadapi. ingat, para jin dan syaitan memang sentiasa ada dikeliling kita. kalau mereka tidak menyesatkan dalam perkara-perkara besar, perkara yang kecil menjadi mangsa.

memanglah syok bercinta dengan manusia. perasaan kasih dan sayang. pernah terfikir bercinta dengan jin? apa maksudnya? bagaimana anda nak atasi jika anda ada pendamping dimana ia adalah jin. jin nih banyak jenis.
  1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
  2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
  3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
  4. Al-Afrit - Penipu-penipu
  5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
  6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
  7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
  8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
  9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
  10. Al-Ummaar - Pemakmur.
En Tapi nak kongsi cara yang paling mudah untuk tidak menjadikan perkara ini semua sebagai satu perkara yang bermasalah. namun diingatkan. bagaimana benda-benda nih semua boleh datang?
  1. datang dengan sendiri atau singgah ketika kita tanpa sedar.
  2. dihantar oleh mana-mana pihak yang berniat tidak baik.
  3. keturunan yang mengamalkan perkara-perkara ghaib.
  4. kurang penjagaan diri akan kuatnya semangat dan keyakinan.
  5. amalan-amalan harian yang tidak sehat dan tidak dijaga.
macam mana nak atasi? cubalah perbanyakkan amal yang soleh dan solehah. beringat akan mana asal usul kita sesama manusia. mungkin payah kita nak ingat akan sakit ketika mana kita terlalu gembira.

sakitnya kita akan kenang dan mohon doa padaNya. En Tapi harap para gadis dan jejaka tidak terlalu leka dan mengambil mudah dalam soal ini. sekali ia terjadi pada diri kita, ia menjadi kenangan dan pengajaran seumur hidup.

selagi boleh nak hindar, ikutlah cara dan amalan yang betol. En Tapi sekadar nak berkongsi.
  1. solat lima waktu tidak tinggal.
  2. jaga rukun iman dan islam sebaik mungkin.
  3. perbanyakkan mengaji al-quran.
  4. yakin pada diri akan segala dari Allah swt.
  5. usah banyak berfikir dan termenung.
  6. lakukan perkara yang patut dilakukan seperti biasa.
  7. lawan akan perasaan lemah diri.
  8. selalu berzikir dan ingat akan perkara yang baik-baik.
  9. jaga diri dalam setiap perbualan, perbuatan dan tingkah dengan orang lain walau di mana sahaja tujuan kita berada.
  10. mintak maaf dengan segera sekiranya ada kesilapan sesama manusia.
p/s: Bahawa syaitan bersumpah akan terus-menerus (menggoda manusia), tidak ada masa rehat darinya.


April 28, 2012

Isyarat Si Dia Bukan Untuk Anda


sesuai atau tak dah bukan kerja manusia. masa yang akan pertemukan siapa jodoh kita. tapi sudah jadi kebiasaan. kalau dah masuk universiti mesti nak kena ada kapel. hehe. 'kawan aku ada, aku pun nak jugak'.

kalau dah prinsip ini yang menjadi keutamaan. sesuaikah dia untuk kita? yeah! mesti ada petanda yang menunjukkan si dia sesuai atau tidak untuk pasangan anda.

Buat Jejaka
  1. mudah sangat si dia cakap sayang dekat orang tu, dekat orang nih. semua orang lah dia berkasih sayang
  2. si dia selalu tidur lambat. nih mesti online layan jejaka lain punya.
  3. alasan sengugut memanjang. hehe. 
  4. menilai anda pada jejaka lain yang bukan selebriti. 'b, u tengok mamat tuh, nice je i tengok pakai macam tu'
  5. ada dua atau lebih telefon bimbit. haha. no digi untuk jejaka, dan no lain-lain, hehe.
Buat Gadis
  1. tengah-tengah makan, gadis lalu, nasi tak masuk mulut lagi, benti kejap tengok gadis lalu.
  2. inginkan diri anda jadi seperti gadis lain bukan selebriti. 'syg, kalau u potomg hair macam tu lagi menarik'. haha.
  3. layan sms ketika drive. hehe. nyawa penting lagi ooo.
  4. selalu lewat kalau hendak berjumpa dengan anda. reply mesej gadis singpore dulu.
  5. bila ajak berkahwin, 'i tak ready'
haha. ok, banyak je lagi sebenarnya. sikit-sikitlah. hehe. diharap pasangan di luar sana, rajin-rajin bagi choki-choki antara satu sama lain. kajian mengatakan bagi choki-choki, memudarkan perasaan cemburu dan marah pasangan bercinta.


Siapa Mintak Putus Dulu


putus sambung putus sambung. biasa. macam nih lah kalau pasangan yang macam tarik tali. i tarik u, i lepas, u tarik i balik. hehe. tapi, tak semua perhubungan tu indah dan sweet-sweet.

ada yang sampai tak boleh tidur si gadis mahupun jejaka. gadislah yang lebih kesian, sampai tak lalu makan. jejaka yang bertindak dengan pertimbangan akal yang baik insyallah lebih mampu untuk menangani masalah dengan baik.

siap nasi tambah lagi kalau dah ada masalah dalam perhubungan. tapi si gadis? haha. minum susu dengan biskut je lah. nih la gaya kehidupan masa sekarang. kena la kuat sikit. tabah.

pada kebiasaannya, siapa yang mohon untuk putus dulu? kalau En Tapi cakap jejaka, ada yang cakap tak. kalau cakap gadis, ada yang cakap tak jugak. so, siapa yang dulu adalah keduanya. bagaimana?

sebenarnya, jika persoalan 'i nak mintak putus dengan u' takkan timbul jika ada persefahaman dengan baik antara kedua pasangan. bincanglah dulu siap-siap. tak perlu bersengketa dengan mintak putus nih semua. 

egois yang tinggi dalam diri menjadikan isu mintak putus nih wujud. ya. jejaka memang lebih ego dari gadis. kalau dah tahu, apa kata, gadis goda jejaka dengan cara yang berbeza. haha.

dan jika egonya pada gadis, jejaka perlu tahu untuk goda gadis dengan cara yang halus dan lentek riuk (betul ke tak eja?) haha. ayat-ayat manis dan janji-janji kaca mudah seorang jejaka nak tabur.

bagaimana penerimaan si gadis? haruslah berhati-hati. usah terlalu menjadi hamba kesepian. 'ya, i terima dia sebab dia sweet. romantik' ingat sweet dan romantik nih semua dapat jamin untuk anak-anak dan masa hadapan?

haha. makanlah hari-hari menu sweet sour. kenalah serikan dengan tanggungkjawab. dalam rumah tangga pun, 'i mintak putus pun ada berlaku.' dan jadi kes cerai pulak. jauhilah penceraian ini.

the key here is negotiation. memang sangat penting kalau dah nak berumah tangga. dan berurusan soal hati dan perasaan. seorang jejaka mungkin tidak dapat membaca isi hati gadis yang terlalu terpencil kecewanya di dasar lubuk.

begitu juga si gadis, mungkin tidak memahami peranan dan besarnya ombak tanggungkjawab si jejaka yang perlu digalas dan dihadapi apabila melandai kehidupan. kalau nak bercinta, bersedia akal dan fikiran yang kuat. serta emosi.


April 27, 2012

Kalau Pilih Janda


hehe. terharu. dah. cukup. jangan begitu. walau seorang gadis atau wanita adalah janda, dia tetap manusia. mampu berfikir dan bertanggungjawab. apa kurangnya mereka? malah lebih!

apa yang lebih mereka? apa yang kurang, tidak layak untuk seorang jejaka mempertikaikan kurangnya seorang janda. janda tetap ada maruah dan perlindungan yang perlu dijaga oleh si pemimpin yang bernama suami.

hehe.. kelebihan janda yang boleh dilihat dengan fikiran kasar dan rasional manusia:

  1. berpengalaman dalam hal rumah tangga.
  2. boleh membantu bakal suami jika bujang dengan bantuan menguruskan rumah tangga.
  3. mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.
  4. ada kerjayaan dan jalan hidup tersendiri yang perlu dikongsi bersama bakal suami.
  5. mempunyai cahaya mata penyeri keluarga supaya lebih barakah.
  6. lebih matang!
  7. sangat bertanggungjawab dan masak dalam urusan masalah rumah tangga.
  8. banyak teladan dan pengajaran dalam rumah tangga yang dahulu.
  9. banyak kasih sayang dan memahami.
  10. apa yang penting, menjadi satu sunnah mengahwini seorang janda.
erm. ya. sampai sini saja perkongsian kali ini. ingalah. hidup umpama satu kitaran, tak mustahil kita sendiri yang bakal bergelar janda mahupun duda sekali pun.. 


Petua 'A' & 'A-' Studio

as'salamualaikum. pagi jumaat yang best gila bila mana mata tak berapa nak tidur lagi. buat rakan-rakan yang dah bersiap nak pergi studio. bagus. hehe. En Tapi dan rakan-rakan seangkatan bakal berguling-guling di atas katil tanpa risau akan peta, konsep, report dan sebagainya. hehe.

studio? apakah ini. post nih mungkin bukan semua orang faham. certain-certain golongan sahaja. yang tahu pasal studio. dan 'opkos' bukan studio jamming or recording. berapa lama dah anda-anda dengan studio? hehe.

aku kongsi sikit lah pengalaman aku dan orang lain barangkali. susah ke studio? 5 kredit hours? 6 kredit hours? ada yang sampai 7. hehe. so, memang penting. sekarang cerita pasal studio sahaja. tak berkait dengan subjek sangat.

macam mana nak dapat A? atau A-? haha. mudah ke payah? kunci utama bergantung pada pelajar jugak. tapi ingat, A bukan segala-galanya dalam hidup anda. pengalaman yang dipelajari ketika mana ingin mendapat A atau A- adalah yang berharga.


1. menerima seadanya siapa sahaja ahli kumpulan anda
haha. part nih paling best la. studio takkan lari dari kerja-kerja group. percayalah. walau bila dah sem last studio still akan ada kerja individu. apa yang pasti anda harus bersikap amat terbuka. usah merungut 'lah, dia group aku?' ingat, mungkin anda sendiri jugak tidak disukai oleh orang lain. oleh itu terima.


2. relakan diri menjadi ketua/penolong sekiranya terpilih. 
yeah! memang tak dinafikan, ada antara pelajar memang dah terserlah dia punya bakat dalam memimpin. dan pimpinan dia diperlukan. jika anda orang itu, ambil peluang itu sebagai cabaran. bukan kutukan atau bahan lawak rakan-rakan.


3. jadi anak buah atau ahli kumpulan yang reti bahasa dan tanggungjawab.
yeah! kalau kita tidak terpilih dan tidak ingin menjadi pemimpin, kita sebagai pengikut, perlulah saling bantu. jadilah anak buat yang bertanggungjawab. bukan hanya tanggungjawab depan pensyarah sahaja. tapi bersama-rakan.


4. saling bagi idea dan bukan membisu seperti anda tidak wujud. 
haha. kalau dah selalu cakap pun, tak dapat A jugak. kalau dah terlebih diam pun senang je dapat A. haha. diam-diam ubi berisi, jika berisi rasa tak sedap dan dicaci tak guna. kecoh-kecoh kucing nak beranak, bila dah beranak, kacukan parsi, ramai yang nak. mudah sahaja, anda pilih untuk berkerja secara diam kononnya anda banyak idea tersendiri mahupun anda memberi idea dan saling membantu sebagai satu pasukan.


5. mendengar pendapat orang lain secara telus sebagai perbincangan.
pergh! teringat pulak. macam nak angkat kerusi hempuk atas kepala pun ada. haha. nih perkara biasa. pendapat yang bercanggah. selalulah saling soal menyoal. dalam satu kumpulan, mesti ada watak pemprotes dan watak pemberi idea. tak semua dalam kumpulan nak kena bagi idea dan portes sahaja.


6. kalau berhujah biar ada justifikasi. bukan pakai lutut. hehe.
adoi. dalam berbincang standard lah kalau bergurau-gurau. make fun. haha. tapi, kalau dah lebih, ingat, orang lain memerhati tiap perilaku anda dalam kumpulan. adakah idea anda omong kosong atau logik akal berdasarkan penekanan kepada orang awam dalam merancang.


7. meeting jangan tak datang, datang, tak datang.
haha. nih bukan soal apa. atitud je pun. tak ada la nampak teruk sangat. tapi teruk jugak lah. meeting penting. at least anda tunjukkan kehadiran anda. percayalah. rakan-rakan dalam kumpulan akan menghargai kedatangan anda walau sekadar mendengar dan salin apa yang patut.

8. pergi site harus enjoy dan bekerja sekali
pergh! nih part yang paling best. tapi ingat. segala data mak nenek tak payah nak buat-buat lupa mintak atau apa. sebab, nanti dah balik usah ada yang nganga sebab kekurangan data. ia akan memberi kesan yang mendalam dan negatif. 'bila pulak nak pergi site' haha.. pandai-pandailah. 'senior.. oo senior.. heheh..'

9. luahkan masalah, ketakfahaman, dan kebluran ketika meeting group.
tak dinafi, mesti akan ada yang lost world of tambun! dia akan tercari-cari mana halu tuju kumpulan dia. haha. so, bantu lah kalau perasan ada member macam nih. ingat. usah biarkan dia dengan dunia dia. sebab, anda akan berkerja dengan dia sebagai ahli kumpulan.


10. kenalpasti kekuatan dan kelemahan ahli studio. haha. bukan nak menilai. memang menilai jugak lah. tapi memang dah lumrah, takkan orang tak reti buat pelan atau kurang dari segi teknikal nak suruh dia buat benda tu? haha. 'ya, tapi kalau semua benda dia tak reti' hahai. usah begitu. Tuhan dah cipta segala kecukupan dan kesempurnaan untuk setiap orang. cari kelebihan dia untuk dia menyumbang pada group.


11. awas pada prasit. 
haha. spesis nih kadang-kadang ada. kadang-kadang tak ada. dia akan melihat kelebihan seseorang, dan menumpang sebagai memudahkan urusan dia yang kono-konon turut buat kerja. jangan risau. kita sama-sama ada mulut. saling tegur-menegur. usah takut dan bimbang. jika anda baru tahun 1, ada 3 tahun untuk bersama! dan jika seterusnya. haha. detik-detik nak ada studio macam nih la yang ditunggu-tunggu.

12. progress dengan pensyarah.
ya. nih pulak lain cerita. tiap-tiap pensyarah, lain maksud dan keinginan dalam perkara yang dia nak. ada nak macam nih. ada nak macam tuh. hehe. payah kan? ada yang kata B.. yang nih kata C. oh! ini sangat biasa. anda akan stress untuk menentukan kehendak siapa lebih penting! mudah sahaja! kehendak anda dan orang awam dalam merancang yang paling penting. anda cuma perlu ada justifikasi. kenapa dan kenapa. jika kenapa dan kenapa mampu membunuh peluru pensyarah, its the end they will proud of you.


13. saling back up mem backup. 
yeah! di sini tentang soal keprihatinan. kalau dah tahu yang si A nih tak tidur dari semalam, yang si B C C E F G H I nih pulak, tak payah la buat tak tahu je. mentang-mentang si A nih ketua. faham? bahagi-bahagi kerja.

ambik! dah 13. banyak je lagi. adoi. tak larat dah En Tapi. nih kira macam basic-basic lah. lebih-lebih lagi untuk gouping. its more on grouping. kalau dah buat semua nih macam mana boleh dapat A? haha.. 

ingat, akan ada penilaian rakan-rakan. akan ada persoalan akan 'macam mana kumpulan kamu?' ok? haha. mungkin ada yang bernasib baik boleh berkumpulan dengan rakan baik. sampai suatu masa. u have to face with whatever kind of people. wait and see.

seriously, tulah cabaran dalam studio. markah melibatkan kita dan orang lain. dan bukan semata-mata kita study kat bilik hafal-hafal dan jawab. bukan. bukan. haha.

secara simple dalam studio kalau nak jadi antara yang terbaik dalam kalangan terbaik:

  1. bekerja ke arah kesempurnaan (towards perfectionist, not be perfectionist)
  2. selalu motivasi diri dan rakan kalau down
  3. tanggungjawab pada tugasan dan kumpulan
  4. pengurusan masa yang betul dan tepat
  5. fahami orang lain dan bukan diri sendiri sahaja
  6. sentiasa nego dan nego sesama kawan (perbincangan)
  7. penting! buat kerja studio perut tak boleh kosong. harus ada kerepek-kerepek dan air kotak. hehe.
  8. online-online jugak, report jalan!
  9. bersahabat baik dengan google translate.
  10. sentiasa mantapkan kemahiran teknikal, at least ada lah (autocad, gis, map info, skechup, photoshop, illustrator, word, excel, power point)
  11. bersaing secara sehat kalau ada persaingan antara kumpulan-kumpulan.
  12. dengar nasihat lecturer dengan justifikasi yang betul. (kalau lecturer yang layan kepala dia sahaja, anda layankan sahaja.)
  13. paling penting, solat tak payah nak tinggal-tinggal. walau duk studio sedap, sampai masa, solatlah. sesungguhnya, duduk bilik lagi sedap. hehe.
ok. dah la. En Tapi dah penat mengarut pasal studio nih. haha. 'ko taip banyak-banyak nih, ko dapat A x?' haha. tak perlu En Tapi jawab. sebab kalau  cara nih tak membantu pun ada je dapat A. jika itu rezeki dia.

ingat. ucaplah 'tak apa, dah rezeki dia dapat A' jika anda merasakan pada suatu masa dia sebenarnya tidak layak. dan mungkin rakan-rakan lain lebih harus menerima. cuba lagi.

p/s: aku cerita berdasarkan sumber 8 kali studio dan 2 kali praktikal. planning itu indah. selamat berkongsi jika rasa berguna. hehe. 


April 26, 2012

Jika Masih 'Lebiu' Dia

selamat petang. kenyang dan kenyang. mengantuk belum. jap lagi bakal. beberapa jam je lagi. hehe. En Tapi nak berkongsi pasal kisah kalau susah nak lupa cinta pertama. kedua. ketiga. walhal ke-14. ada? memang ada. 

kalau dulu masa cinta, pergh! memang 'sakan' orang kedah kata. tinggal habislah kawan-kawan lama dan hobi-hobi dulu. asalkan saya dapat bersama awak tiap hari. bersama awak tiap hari buat saya tenang. hehe.  

so, macam mana mudah untuk lupakan atau ketepikan perasaan 'lebiu' pada pasangan kita dahulu kala? payahkah? mudah? 

  1. usah biarkan diri anda berkeseorangan. cari kawan untuk berjimba-jimba (bergembira). 
  2. pergi ke sale-sale terdekat, contoh jusco jika di johor dan mana-mana shopping mall besar-besar. 
  3. buat satu benda baru dalam hidup anda. sebagai contoh, buat belog! haa. jangan buat tajuk baru tesis atau cari pasal pulak. 
  4. banyak berkongsi minat dan cerita best-best dengan rakan paling rapat. tapi tak nak ada kes-kes ngumpat or fitnah pulak. 
  5.  tengok wayang! yeah! amat berkesan. kalau rasa rm5 kat wayang hari rabu tu maha, bangun pagi-pagi (pukul 3pagi) download cerita-cerita best. 
  6. berkaraoke! hehe. nih pada yang ada minat mendalam. dan ada pengalaman pahit masuk mentor atau akademi fantasia. 
  7. usah benci jejaka mahupun gadis, sebaliknya, 'make close friends with them'. dapat selami jiwa dan hati mereka sebagai kawan. 
  8. makan. ya. makan! makan dengan gembira. terutama makanan-makanan yang lama dah tak makan. contoh, kek secret recipe paling mudah. sebulan sekali kan? so, jadikan hari-hari tiap petang. 
  9. jogging. berlari macam anda kejar impian. dan bukan kejar pasangan anda yang dulu lagi. dan anggap anda bersama rakan-rakan. 
  10. banyakan berdoa pada Dia paling penting. meminta supaya hati anda tidak mudah terluka dan teringat akan si dia. tapi ingatlah Allah sentiasa.
mudah ke payah? agak-agak boleh buat tak? hehe. tapi, kalau dah tak 'lebiu' lagi, usahlah mudah pulak 'lebiu' dengan orang lain pulak. hehe. macam 'fake' pulak 'lebiu'nya. bia 'lebiu' datang dengan hati dan rasa tanggungjawab. hehe. 

p/s: senang cerita, tipsnya, isi masa lapang dengan aktiviti yang buatkan anda takkan kenang si dia lagi. redhakan kebahagiaan dia dengan orang lain atau orang baru. hehe..


23.04.2011 Tarikh Keramat


haa. tak semua orang dapat pengalaman best dalam hidup. kadang-kadang ia di panggil, bullshit experience. why? cause it so bullshit. haha. but friends? friends at heart lah.. tarikh nih..

sedang aku nak study untuk exam, aku dicekup untuk sambutan keraian besday aku! babun! damn! dah la paksa rela! apa salah aku pun aku tak tahu! tak pernah buat orang lagi teruk-teruk. biasa-biasa je.

bermula dengan si zarif. dan si aziim. memang aku akui, aku pernah terlibat. si zarif, menepung dan menelur. dan si azim menepung dan air basi. haha. dan bukan aku mulakan. ini sangat shit. dan tiba masa aku..:
  1. aku dicekup hidup-hidup
  2. aku diikat hidup-hidup
  3. aku diusung hidup-hidup (dari studio tingkat 4 ke bawah)
  4. aku disumbat ke dalam kereta saga RJ
  5. aku diusung lagi keluar kereta di kawasan tasik
  6. aku dihayun hidup-hidup
  7. dan aku dicampak ke dalam tasik utm hidup-hidup..
aku bangang? kenapa tak lari? uh, mana nak lari awak, saya.. saya diperkotak katikkan. dunia! oh dunia! 

the end! menarik tak? tak habis lagi. by that time, malam dan kelam. amat kelam. tasik utm yang tak berapa nak indah lagi time nih. 2011.  bullshit gila. dalam tasik tuh, rasa air dia? nak tahu?
  1. perasaan macam nak mati
  2. lumpur gila babi lembik macam taik
  3. bau air busuk nak mampus
  4. punggung aku terhentak dalam tasik yang dasarnya lumpur tak berapa nak dalam. (kalau dalam, sempat la aku diving, kuak lentang dan kupu-kupu)
lepas tuh, ada la part yang best. aku disambut dengan sibijik kek comel. kecik je. haha. aku dah tiup-tiup. dah doa-doa, sekali! paaaaapppp!!! (kek itu dengan rasa tak bersalah di muka aku. 

yaa! indah ketika itu. aku lari macam tak ada akal. aku kejar sekor-sekor! ambik kau! haha. setempek-tempek kena kek! dah puas lari-lari, keluar pulak sebijik lagi. wow. (jujur aku rasa amat disayangi kawan-kawan. muah!)

tapi, kek nih memang untuk makan. lebih besar dan sedap. haha. tq to all. dah penat-penat. aku balik bilik macam bau jejaka loji kumbahan. tapi kan, tak ada la teruk sangat nih semua sebab faktor lumpur yang agak pekat dan likat disaat itu.

ok. dah balik je, aku mesti lah kena mandi-mandi. kena bersihkan badan. nak tahu? ada part yang best. tak semua orang tahu. haha. meh aku bagi tahu, akibat perbuatan mereka, (aku tak salah) ada dua makhluk yang mati.

ya! dua ekor anak ikan apa entah (masih kecik) yang berada di dalam seluar yang ada di dalam seluar aku. paham tak? ya. anda harus faham. bagaimana boleh berlaku? dah ajal dia nak mati macam tu. cukup! jangan gelak!

dah-dah, aku tak nak cerita lagi. dan seterusnya, ada seorang member nih nak belanja kfc. haha. baik gila. tq En RJ. haha. sedap. kenyang semua. belanja geng-geng laki ja. haha. then, the end. dan kesan dari semua itu aku jadi:
  1. dendam kesumat nak mampus.
  2. membalas pada mana yang sempat (tapi, aku kesian kat sorang nih, aku risau dia mati kalau aku plan something. sebab ada sejarah dia ngamuk. haha.. heppy besday je la 22.12. time besday aku, dia antara dalang! bullshit
  3. mengenali satu geng bernama gagak hitam! (keji tapi hati baik)
  4. ghairah akan besday-besday yang bakal muncul.
  5. tiap kali besday, aku akan mulakan nyayian yang gema satu kelas. (yang lain turut sama)
  6. dan aku insaf akan kesilapan lalu.
tapi, ada part yang tak best, mungkin mereka tak tahu, dalam banyak-banyak kesan pada kejadian itu, aku kini tidak boleh bergymnastik seperti dulu lagi. aku menerima kesan keretakan pada tulang punggung. 

aku tidak rancak menari dan berlari mengejar bintang lagi. aku cacat kekal. biar bulan sahaja berbicara. akhir kata, 24.4.2011 tu bukan hari lahir aku. bangang tak? seronok kan? hewhew.

p/s: untuk tahun 2012, ia jatuh hari jumaat. aku amat bersyukur, kalau aku ditakdirkan jadi seperti ini lagi, aku mohon pada Allah swt berikan aku kekuatan dan keadilan. niat hati aku untuk menjadi lebih matang. untuk masa hadapan.

c/c: mendekati Allah swt mungkin jalan yang terbaik. insyallah. amin. kalau aku tak kena macam tu dulu, aku tidak mungkin berfikiran seperti hari ini. terima kasih kawan-kawan.



Ciri-ciri Kurang Kasih Sayang

ok. kasih sayang adalah perhatian. setuju? hewhew. kasih sayang memang perhatian. bukan tuh saja. ia jugak adalah tanggungjawab. konsep kasih sayang sekarang memang dah berbeza. 'i lebiu' tuh dah biasa sangat. 

ya. sebab mudah je untuk diungkap. namun, tak semua orang mudah je nak bagi dan kongsi kasih sayang nih. dan ada jugak manusia yang kurang kasih sayang. bagaimana? mari singkap ciri-ciri mereka. adakah anda?


1. sentiasa menginginkan perhatian orang ramai
nih perkara yang paling utama. seseorang akan lakukan apa sahaja asalkan dapat perhatian. banyak cara. menunjuk-nunjuk, ceritakan kelebihan yang ada dan sebagainya.

2. punyai daya tarikan yang luar biasa
hehe. kan dah cakap menonjol. memang lain pada lain. tapi bagus, dia berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang lain. apa yang positif atau negatif bergantung pada individu untuk menilai.

3. selalu kesepian
sepi. biasa. dia merasakan dirinya tiada sesiapa dalam hidup. ini silap. kawan-kawan kan ada. namun, dia sentiasa inginkan perhatian yang lebih dan special barangkali.

4. mudah bergaul dan langsung tak bergaul
haa. yang nih bergantung. yang terlalu mudah bergaul pun susah jugak. selalu nak ada teman, dan perhatian. yang langsung tak bergaul pun susah jugak. berkasih sayang dengan dunia sendiri tanpa orang lain.

5. kuat mengelamun atau berkhayal
kenapa? ini kerana faktor pengisian masa. dah tak tahu nak buat apa. golongan ini akan menjadikan khayalan suatu yang indah dalam kehidupan dia. secara tidak langsung, masa terisi.

6. kebudak-budakan
haha. dah budak-budak memang baru nak membesar. kena lah kumpul kasih sayang banyak-banyak. samalah dengan mereka nih. hehe. so, nak pujuk mudah, bagi je gula-gula.

7. sensitif
oh yeah. mudah tacing. amat mudah. tapi ingat, tak semua, ada jugak kental macam dinding tembok china. hehe. sebab apa mudah tacing, sebab mereka mudah tersentuh jika sesuatu perkara terlalu sensitif bagi mereka. mungkin soal keluarga, perasaan dan sebagainya.

8. ramai kawan atau kurang
ya. sama macam bergaul. kalau dah bergaul, ramai lah kawan. yang nih bagus. baik. kalau dah kurang, perbanyakkanlah kawan. gunakan facebook nih sebaik mungkin. amat mujarab. tambah kenalan. hehe.

ok. nih ciri-ciri basic. banyak lagi ciri-ciri special. bergantung pada individu jugak. tapi, En Tapi tak menilai orang yang kurang kasih sayang sebagai negatif mahupun positif. ada baik dan buruknya. 

dan ingat, kasing sayang Pencipta kita tak pernah pudar selagi kita sentiasa ingat padaNya. amin



Gadis Mudah Berair Mata


salam maghrib. mari berkongsi. insyallah ada baiknya. menangis memang sinonim lah dengan air mata. bukan air paip atau air hujan. memang manusia sendiri yang keluarkan air mata nih.

kenapa menangis? ada banyaklah sebab seseorang menangis. dan biasanya gadis lebih mudah menangis berbanding jejaka. ada jugak mudah menangis sebab ditinggalkan jejaka. oh dunia. hehe. namun, ada kebaikan yang baik untuk semua orang.


sesungguhnya, gadis nih insan yang lemah. jejakalah yang tampan lagi gagah perlu memberi sokongan pada mereka walau dalam apa cara sekali pun mengikut kesesuaian keadaan. jejaka adalah pemimpin. hehe. namun, kuatkanlah mereka disaat mereka menangis. ada baiknya:

  1. terapi jiwa paling mujarab.
  2. lembutkan hati yang selama ini cukup keras dan tertutup untuk menerima.
  3. belajar untuk redha dan pasrah.
  4. laluan untuk muhasabah diri.
  5. dekatkan diri kita dengan ketakutan azabNya.
  6. kebersihan pada mata.
  7. penglihatan lebih tajam dan kuat ingatan.
menangis tidak dinafikan bagus dan membawa kebaikan dalam agama kita Islam. dan agama lain juga mempunyai maksud yang tersendiri tentang baiknya menangis. seseorang mampu untuk menangis kerana telah lama tersimpang dari jalanNya.

jika kita tidak mampu untuk menangis bagaimana? belajarlah menangis. dan mulalah dengan pura-pura untuk menangis. tidak dinafikan para Nabi dan para rasul pada zaman dahulu menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam ibadat.

perhiasan dalam menjalankan solat, zikir, dan doa-doa kerana takut akan balasan dan kemurkaanNya. tak salah kalau gadis mahupun jejaka menangis. usah malu akan sesama manusia. biarlah kita malu pada Pencipta.

sabda baginda: "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Kebaikan Baju Dalam


sejenak aku tengah melawak dengan member dalam facebook. terniat pulak aku nak blogging pasal benda nih. 'baju dalam'. apa dalam minda anda? hewhew. dah. cukup. meh sini.

baju dalam kebiasaan memang di pakai oleh golongan wanita. memang banyak jenis dan banyak patern. warna pun sekali. namun, baju dalam lelaki tidak sering dipanggil baju dalam. janggal?

memang dah begini adat resam bahasa kita. ada yang panggil baju panas. haha. aku pun tak tahu kenapa. apa kebaikan pakai baju dalam? zaman dah berubah. sekarang ada trend gadis dengan innernya pulak dah. pun dalam jugak. kebaikannya.

  1. sebagai penyokong kepada payudara. (gadis)
  2. supaya tidak kelihatan jarang dan kesan pada bentuk 'hujung' payudara (jejaka dan gadis)
  3. menyerap peluh. jejaka dan gadis)
  4. baju 'spare' (jejaka)
  5. wujudkan keyakinan pada diri (gadis)
  6. kelihatan lebih 'kemas' (gadis dan jejaka)
ini merupakan kebaikan 'basic' yang selalunya diperolehi. sebarang kebaikan berbentuk peribadi adalah tertakluk kepada individu punya hak. hehe. namun, tak semua manusia mengamalkan pakai baju dalam.

tak kiralah gadis mahupun jejaka, ada yang tidak mengamalkan pemakaian ini atas alasan-alasan tertentu. apatah lagi jika dibarat. hehe. baju dalam adalah baju luar bagi mereka. 'isokay'


Deal With Member Berlagak


dalam dunia macam-macam jenis perangai manusia. memanh ada yang sopan, berlagak, baik, jahat, nakal, keji dan sebagainya. dalam banyak-banyak member-member anda, ada yang agak-agak belagak tak?

hehe. kalau ada, meh En Tapi nak share macam mana nak hadapi member-member yang berlagak. hewhew. manusia belagak nih kena ingat, kita tak boleh tegur kesilapan dia. hehe. hakikat.

so, apa yang kita kena buat adalah:

  1. puji melambung-lambung sampai dia syok.
  2. katakan baik-baik tentang dia.
  3. setuju dengan setiap apa yang diberitahu.
  4. usah bangkang apa dia nak cakap dan lakukan.
tapi kalau anda ada yang macam tak selesa. mudah sahaja. 

  1. beredar dengan muka tak ada perasaan.
  2. usah bagi alasan ke mana anda pergi dan mengapa.
  3. beredar ketika dia diam dan bukannya bercerita tentang lagaknya.
  4. jangan ucap 'bye', 'assalamualaikum'
ini kerana, orang belagak tidak boleh menerima peninggalan. dia mesti ada kawan-kawan dan teman bersamanya. mesti kena ada orang yang mendengar kisah-kisah best dan lagaknya. 

namun! ada untungnya berkawan dengan mereka yang belagak. hehe. akan dikisahkan nanti. cukup setakat nih je dulu. sama-sama bersederhana dalam kehidupan. 

p/s: boleh diaplikasikan pada jejaka mahupun gadis.


Erti Garisan 'M' Di Tapak Tangan

petang.. ingat nak tidur sekejap. tak jadi. risaulah aku kalau pening kepala. hehe. apa lagi. macam biasa. explore dan explore. aku memang suka explore. dan sekadar nak berkongsi. lantak sekejap dengan kira-kira nih. nak juling dah mata aku.

pernah anda ingat zaman kecik-kecik dulu, kawan-kawan mesti ada cerita apa makna garisan M pada tapak tangan kita? hehe. aku memang ingat. katanya, akan miskin suatu masa nanti. haha. balik rumah terus menabung. 

bila dah besar, aku teringat jugak ada sumber dari internet. M adalah untuk mengingatkan kita tentang mati. betul? logik akal, bahasa melayunya Mati bermula dengan 'M' lah. kalau mat saleh, pak negro, dan pak arab? mati dalam bahasa mereka nih lain. hehe.

tapi, bagus sekiranya selalu ingat mati. kita tak tahu bila ajal kita. selain tu, ada jugak sumber yang aku perolehi tentang maksudnya, Muhammad, Mekah, Madinah dan sebagainya. ya, masih boleh diterima akal.

dan ada satu lagi yang menarik. bergantung pada masing-masing untuk menilainya. subhanallah:


di kedua telapak tangan kita wujud angka dalam bahasa Arab, iaitu: /\l (81) yang ditunjukkan pada garis tangan kiri dan l/\ (18) pada tangan kanan. apabila ditambah 81 dan 18 menjadi 99. 


dan 99 berkisar tentang Asmaul Husna. (99 nama Allah swt). subhanallah. cukup tersirat ertinya. sama-sama kita sentiasa panjatkan doa agar kita sentiasa diberkati dalam setiap tingkah dan tindak tanduk. amin


Usah Dikejar Kucing Bunting Itu


kroh. kroh. ngantok gila lah di dalam bilik nih. hahai. bosan dah buat benda-benda nih semua. pergi lah aku kencing kejap. keluar ja dari tandas, boleh pulak si budak cina nih pergi kejar kucing putih yang bunting.

geram gila aku tengok! aku buat muka berkerut kat dia. haha. kesianlah pulak nasib kau kucing. dah la bunting, comel pulak. tak elok kita duk kejar kucing yang bunting. nanti gugur macam mana. 

biarlah kita ada peri manusia sikit. walau dia haiwan, perit dia mengandung tu siapa yang tahu. hahai. terbayang pulak aku kalau ada orang kejar mak cina tuh tengah mengandung. haa. ambik kau! 

lepas nih usahlah siapa-siapa buat macam tu. lainlah kalau bapak kucing masuk dapur curi ayam goreng! yang nih baru kejar. haha. sekadar berkongsi diwaktu lapang. 


Ayat-ayat Untuk Mertuaku

erk.. alhamdullillah. perut dah kenyang. so, macam biasa. baca-bacalah sikit artikel yang menarik or apa-apa je lah. nah! aku terjumpa benda nih pulak. hehe. mungkin nampak macam lawak. tapi, ada betulnya.

sediakah anda wahai jejaka untuk meminang anak gadis orang? belum? sudah? maunya gugup kalau mertua misai menggulung dan muka garang. hehe. demi anak yang dicintai dan ingin diperisteri.

anda dah bersedia nak pergi jumpa bakal bapa mertua? dan ibu mertua? mesti ada jugak pergi-pergi ziarah, kenal-kenal sebelum melamar dan menikahi anak dara mereka. haha. jika ditanya oleh si bapa mertua. 'kenapa nak kahwin dengan anak aku?'. 


oleh itu, bersedialah kita wahai jejaka dengan jawapan yang insyallah mujarab untuk melembutkan dan melelehkan hati bakal mertua. haha. jawablah dengan na na na na nada cinta. 

  1. Apabila saya dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
  2. Saya nak jaga mata, hati dan kemaluan
  3. Saya nak ikut sunnah kerana nikah dan ajal bila-bila masa sahaja
  4. Saya nak ada zuriat yang dapat bahagiakan dan doakan kami, kerana mati tu bila-bila masa je boleh berlaku.
  5. Supaya saya dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punyai isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah memperoleh pahala
  6. Saya dapat merasa tanggungjawab sebagai suami serta bapa dan menjadi seorang yang lebih berfikir matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
  7. Saya bersedia untuk mengambil amanah ibu, ayah dan menjaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.
haha. cukup? belum. kemudian, anda tambah lagi satu soalan untuk bakal mertua anda. 'pak cik, ada satu lagi sebabnya, boleh saya bagitahu?'

'saya sayang dan cintakan anak pak cik. saya akan jaganya dengan sebaik mungkin seperti mana pak cik dan mak cik menjaganya dari kecil sehingga sekarang'


hehe. cukup. itu sahaja perkongsian dari En Tapi. moga berjaya mendapat jodoh yang bahagia dan berkekalan. sama-sama beriman dan bertaqwa padaNya. insyallah.


Lelaki Pertama Mengandung


salam pagi. hari nih En Tapi nak share sikit pasal lelaki petama yang mengandung dan melahirkan anak. ingat! bukan seorang tiga orang! hehe. macam mana semua nih boleh jadi? meh nak perkenalkan. Thomas Beatie.



dulu dia bukan Thomas Beatie. dulu namanya Tracy Lagondino. hehe. comel orangnya. namun, dia decide untuk 'trans-gender'. tahu tak apa? kira macam pertukaran jantina. hewhew. lahir kat Hawaii nih.

bila dah bertukar. dia decide jugak untuk ambil hormon-hormon lelaki untuk tumbuh rambut (bulu, janggut, jambang) dan membuang payudaranya. namun! namun! dia tak buat keputusan pulak untuk tukar jantinanya. hehe. kira masih gadis jugak lah.

masa tuh, umur dia 24 tahun. masa terus berlalu. dia pun kahwin dengan seorang gadis namanya Nancy. comel jugak. si Nancy nih dah tua. umur 40 an dah. dan dah ada 2 orang anak hasil perkahwinan yang lalu.




bila dah berkahwin dengan Thomas yang masa tuh umur dalam 30 an, Nancy dah tak boleh mengandung lagi. sebab ada kes trauma. hehe. dan. dan. dengan gilanya. si Thomas decide untuk mengandung. bagaimana?

mereka membeli sperma dalam tabung uji yang menggunakan kaedah 'kriogenik' di mana sperma dibeli dari sesiapa sahaja. gilalah! (barat sesuka hati mereka. kita, jangan! subhanallah.)

'kriogenik' tu apa? hehe. air mani yang berada di tahap suhu yang rendah. sperma tabung uji senang cerita. (rasa macam budak biologi pulak.) lepas tuh, kira si Thomas nih dapat la mengandung.


anak first dia, memang satu dunia dia dapat liputan. dasyat-dasyat. tapi, menurut katanya, dia bukan bertujuan untuk menjadi glamor, cuma kebetulan sebab kisahnya diketahui umum dan ada pihak nak jadikan ia sebagai sebuah rancangan realiti tv.

dia bersetuju untuk membongkar segala kisah dan pengalaman beliau. dari mula perut kecik, sampai la kedebaboo pecah. keluar dah tiga orang anak sekarang. umur 3 tahun. 2 tahun. dan 2 tahun. dah kaya raya pun. hewhew.



wuhaa. sekadar berkongsi kisah dunia. kita yang islam, usahlah berniat dengan apa seperti mereka. kita telah dijadikan sebaik-baik kejadian. dan ikutlah ajaran al-quran dan sunnah. insyallah diberkati. amin.

pengajaran yang boleh diambil, si thomas nih bersikap kemanusiaan yang tinggi. naluri menjadi ibu sungguh indah. contohilah kasih sayang manusia dari thomas nih. 

moga-moga di Malaysia, tidak ada lagi kes-kes buang bayi, pengguguran dan sebagainya. apa yang En Tapi cuba sampaikan adalah anak satu anugerah bagi kita. sebagai anak, hargailah ibu bapa. 

p/s: sumber oversea news. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...