Blog Fendi Islam: November 2013

G.E.N.G

November 28, 2013

Aku Tak Kenal Kau Pun Ammar -_-


tak tahu.. tiap detik dalam hidup aku.. mesti sehari akan ada aku ingatkan ammar.. seolah ada yang meresap.. seolah aku rasa ammar dekat.. haih.. padahal aku tak kenal pun ammar.. 

siapa kau ammar..? siapa..? tapi.. kau buat ramai hati2 yang berubah.. kau buat banyak hati rindukan Allah.. kau buat banyak hati yang menangis.. kau buat ramai jiwa yang cintakan jalan Allah.. semua orang nak jadi baik..

tapi tak semudah nak jadi baik sekadar di bibir.. diusia yang muda kau pergi.. mak ayah kau redha.. tenang.. walau hati mak ayah kau menangis.. aku tahu.. mereka redha.. besar harapan ayah kau ammar.. dia nak tunggu kau mandikan saat dia pergi nanti..

tapi.. tapi kau pergi dulu ammar.. kau pergi dulu.. sedih ayah kau.. bukan ayah kau je ammar.. kami semua yang melihat dan menyaksikan reaksi ayah kau.. aku pun sebak ammar.. belum tentu aku nih anak yang soleh.. apa aku boleh mandikan ayah aku sesempurna sebuah iman?

aku cuba amar.. kau sedarkan banyak hati.. pemergian kau macam melahirkan banyak hati dan hidup dalam dunia baru.. cinta kau kau temu di syurga.. kata kau, kahwin dengan bidadari syurga pun tak apa. kau beruntung ammar.. kau dapat apa yang kau hajat.. tapi aku masih tak kenal kau..

Sekian. Fendi Islam.

November 23, 2013

Ahmad Ammar, Kau Buat Aku Terus Menangis


Allahuakbar.. lama aku tak mencoret dalam ruang blog aku.. hampir 7 hari.. seminggu.. yang selama nih aku jadikan satu ruang untuk aku melontar kata.. melontar apa-apa rasa.. aku tidak hiraukan siapa yang baca.. janji aku semadikan.. dalam kesibukan aku yang mungkin hanya untuk dunia, aku sedar.. hanya dunia..

apa yang aku lakukan untuk akhirat? rasa macam tiada.. rasa macam tak tahu hala.. kisah pemergian Arwah Ammar betul2 menjentik hati aku.. berdetik.. bertanya.. apa fungsi aku di dunia? Allah ciptakan aku.. untuk apa? ya Allah.. aku tak tahu nak mula dari mana tentang penulisan nih.

ya, selama nih, aku menjadi blogger.. aku berniat nak berkongsi perkara yang baik.. perkara yang membawa orang lain juga contoh dan teladan.. sedang diri aku banyak khilaf.. banyak jahat dari baiknya.. kekadang aku bergurau senda.. memerli manusia lain.. memberi pendapat.. dan juga melawak tanpa batas..

semua atas niat berkongsi cerita dan kisah suka duka.. tapi kini aku hanya nampak terlalu dunia.. apa sumbangan aku pada akhirat? aku harap adalah sedikit penulisan aku dan coretan aku yang memberi teladan pada yang membaca.. aku benar2 harap.. kisah Ammar...

suatu hari, kawan2 kat office asyik melihat video di youtube.. aku masa tu keluar.. aku uruskan soal postlaju di pejabat post.. sampai je di office, mereka masing2 fokus di sebuah laptop.. apa yang mereka tengah rancak melihat.. tekaan aku, mesti video gosip.. pasal artis.. cerita hantu.. tak pun, kisah sedih cinta..

tu yang aku terbayang.. sedang aku hanya berlalu duduk di kerusi aku, mereka seakan fokus.. "ya Allah.. ramainya orang.. ramainya nak pegang keranda dia.. mak ayah dia tenang je.. mak dia duk jauh.. ayah dia je yang ada dekat.. kenapa ramai orang sangat hah?" sepanjang2 itulah persoalan dari bibir mereka.. aku?

aku hanya pelik.. lalu aku langkah.. langkah kaki.. jenguk sekaki.. apa yang menarik.. apa yang mereka terlalu fokus.. tertera satu video youtube.. bertajuk "memori Ammar 1993-2013" aku kerutkan dahi.. ada apa dengan budak ini. Allah.. itu yang terlintas.. seakan aku bertanya dan bertanya.. 

"kenapa dia mati? dia nih siapa? belajar kat mana? bila dia mati? kenapa ramai ikot jenazah dia? apa sumbangan dia? dia nih orang penting ke?" Subhanallah.. itu yang terlintas dalam benak fikiran aku.. bermain2.. lalu video tu habis.. aku sekadar lihat saat dia disolatkan di masjid.. diusung.. lalu kekubur.. lalu aku tinggalkan kawan2 aku bersama video itu.. tiada yang menarik mungkin.. Subhanallah..

aku abaikan.. hari terus berlalu.. esok tiba.. aku masih sibuk dengan tugasan dunia.. nak menguruskan program summer school di sabah nanti.. kisah Ammar aku langsung lupa.. pada petang itu.. aku habis tugasan.. waktu office pun dah belalu.. aku sorang je di office.. mereka yang lain2 ada di office atas.. bersama pegawai penyelidik lain.. uruskan soal booking hotel kata mereka..

aku selesai tugas aku.. beli ink printer dan toner printer.. seusai tu, aku hanya di depan screen laptop.. bersama pisang goreng dan keropok lekor yang aku beli untuk mereka juga.. niat hati nak bersedekah.. atas rezeki yang baru aku terima tempoh hari.. aku terus hadap laptop.. buka facebook.. scrool apa2 cerita..

banyak kisah artis.. aku jadi bosan dengan artis2 yang dikongsikan cerita mereka tentang salah dan silap sini.. seksi dan seksa sini.. aku jadi rimas.. semua aku rasa tak kena.. marah pada admin2 page tu pun ada.. aku membebel sorang2.. apa nak jadi dengan admin2 page yang share benda2 yang bukan2.. yang langsung tak ada faedahnya pun.. haih.. lantak lah mereka.. apa nih rutin harian mereka?

dalam kebosanan tu, terkeluar satu video di fb yang ada insan share.. insan tu adalah heliza.. artis heliza yang mata bulat2 tuh.. dialah yang share kisah tuh.. statusnya berbunyi tentang mengalir air mata tengok video dan al-fatihah.. aku jadi teringat tentang video yang mereka rakan2 office aku tengok semalam.. lalu dengan penuh perhatian, aku rasa nak tengok dan tahu apa kisah sebenar.. aku pantang kalau kisah2 sedih..

cepat hati aku rasa nak tengok.. Subhanallah.. aku klik.. dan terus besar screen.. dari laman youtube.. ditunjuk gambar2 ammar.. diceritakan profile beliau.. kisah hidup.. belajar di mana.. aktiviti yang dia lakukan.. dan segala2 tentang kisah kehidupan beliau.. hati aku berkata.. "ooo.. bagusnya budak nih.." hingga satu detik, tersingkap kisah cerita beliau kemalangan.. dan disambung video dia dikafankan.. disolatkan.. dan ditanam..

Allah ya Rabbi.. beginang air mata aku.. derai.. macam empangan pecah.. semua selepas aku melihat wajah arwah.. kaku.. bersama kain kafan.. pucat wajahnya.. bersih.. seakan tidur dalam benak fikiran aku.. derai air mata aku kesat.. risau malu orang tengok kalau ada yang tiba2 masuk office.. lantas, video wajahnya yang dalam kafan masih berpeluh muncul.. Allahuakbar.. 

jiwa aku runtuh.. iman aku bergetar.. meremang tubuk aku nih.. aku membayangkan jika aku yang dikafankan.. apakah aku seperti Ammar? apakah aku cukup beriman? apakah aku sumbang pada agama aku? apa aku dah jadi macam Ammar..? apa hidup aku matlamatnya kerana Allah.. apa aku bertindak dengan jalan dan pertimbangan iman? apa aku bahagia semata di dunia.. Allah....... aku tarik nafas.. aku tutup muka aku.. 

takkan nak menjerit..air mata kali nih macam empangan pecah lagi.. aku kesat.. aku teriak.. aku kesat dan aku teriak lagi.. sungguh.. kau buat aku terus menangis dan menangis Ammar.. syahid kau aku cemburui.. iman kau aku cemburui.. tenangnya kau pergi aku cemburui.. aku cemburu segala2 tentang kau Ammar.. ya Allah.. sedangkan aku langsung tak kenal kau Ammar.. hanya dengan penceritaan dalam video tu, dan tatapan pemergian beliau, aku terus rebah.. rasa lelah.. 

aku hina.. aku banyak berdosa.. aku tiada arah tuju dalam berbakti pada agama.. banyak aku lakukan adalah kerana dunia semata-mata.. ya Allah.. mampukah aku semulia Ammar? jawapan aku tidak sama sekali.. aku menggeling2kan kepala.. waktu terus berlalu.. aku jadi termenung.. video Ammar terus habis begitu.. air mata aku yang masih degil tak nak berhenti.. aku kawal mengucap kalimah syahadah.. aku istigfar.. cuba tenangkan diri..

hari berlalu.. malam menjelma.. aku pulang ke bilik.. dalam perjalanan, sungguh, wajah jenazah Ammar dalam ingatan aku.. aku memebayangkan kejernihan.. ketenangan beliau pergi.. "ahh.. apalah aku nih.. sudah2 lah tu.." aku bermonolog dalaman.. dalam pemanduan aku.. aku terfikir, apa aku boleh jadi sepertinya? tidak.. aku kata tidak.. terus aku memikirkan persamaan dan beda aku dengannya.. jauh. langit dan bumi tentang aku dan Ammar..

aku anak lelaki tunggal.. ya, Ammar pun begitu.. Ammar muda.. dan aku sedikit dewasa dari Ammar.. dia banyak didikan agama.. sedang aku kurang belaka.. Ammar begitu orangnya.. dan aku begini orangnya.. aku mengeluh.. memang aku takkan jadi seperti Ammar.. memang takkan.. banyak perkara yang tidak sama.. tapi, tersentak hati aku, tapi kami adalah hamba Dia.. ya Allah.. menangis lagi aku.. kerana Ammar..

sampai di blok, aku tenang kembali.. setiba aku di bilik, dan sebelum itu di dalam lif, aku membayangkan jenazah Ammar lagi.. bagaimana kalau jenazah beliau disebelah aku ketika di dalam lif.. aku pasti terkejut umpama melihat hantu.. yalah.. dengan kain kafan segalanya.. pucat.. tapi tidak.. aku tetapkan jiwa, Ammar umpama idola.. wajah kafan tu, aku anggap teladan buat aku.. aku berharap dapat kenal Ammar.. tapi tidak ketika hidupnya.. dia dah pergi..

sampai dipintu bilik.. aku masuk kebilik.. diberi salam.. aku terus lihat keliling.. masa tu dah masuk waktu maghrib.. bilik aku gelap.. difikirkan aku lagi, kalau tetiba Ammar ada di mana2 sudut dalam bilik aku macam mana? aku tetiba senyum.. aku rasa tenang seketika.. andai Ammar yang muncul, aku rasa bahagia sekali.. umpama dapat bertemu insan yang boleh memberi teladan yang baik buat ak pada masa kini..

lamunan tu aku hentikan. aku terus ke bilik air.. ambil air sembahyang.. dan terus solat.. sesudah solat.. ini yang paling aku rindui.. berdoa dan terus berdoa.. air mata sekali lagi mengalir.. ya Allah.. deras lagi.. doa aku panjatkan moga Arwah Ammar ditempatkan dalam kalangan orang2 yang syahid, sahabat2 nabi dan mereka2 yang mulia di sisi Allah.. berderai air mata.. aku khilaf.. aku ingin berubah menjadi yang lebih baik..

cuma aku ingin berubah bermula sekarang.. aku taknak pandang dunia semata2.. aku taknak sumbang segala yang aku ada hanya kerana dunia.. bukan itu yang aku hajati kini.. aku rasa ingin benar2 berubah.. aku ingin cintakan akhirat jua.. ya Allah.. mana kekuatan tu.. seakan2 aku berseorangan.. mampukah aku? malam tu aku teruskan dengan sambung tugasan.. hal Ammar kekal dalam minda.. aku tahan seketika untuk tugasan mendesign yang sering aku lakukan pada malam hari.. 

sebenarnya, aku jua terlalu minat dalam urusan mereka cipta rekaan2 kerja seni.. tak kira apa.. itulah jiwa aku. aku selit seketika pada malam itu.. lewat malam, aku masih membayangkan segala kebaikan Ammar.. segala yang disumbang.. dan aku membanding2kan dengan aku.. yang tiada apa.. jauh sekali Ammar..

lalu aku mengoogle dan menfacebook segala kisah tentang Ammar... aku yakin pasti makin tersebar luas cerita tentang arwah Ammar nih. ya, memang benar.. aku jumpa satu page yang mengisahkan segala tentang Ammar.. "Tribute Ahmad Ammar Ahmad Azam" macam2 lagi yang dikongsi.. aku baca satu persatu.. mengenai catatan beliau.. video beliau.. dan segala2 aku kaji.. aku lihat.. hingga jam 3.30 pagi.. tahu tak? dalam tempoh 11.30 malam hingga pagi itu, aku rasa terus menarik dan menarik perhatian aku untuk terus tahu pasal Ammar.. hingga aku temui page rasmi yang dikelolai oleh keluarga Ammar sendiri.. bersyukur.. terasa dekat diri aku dengan Ammar.. terasa banyak pengajaran yang keluarga beliau kongsi..

benar2 membuka hati aku,.. benar2 buat aku rasa indah.. rasa cemburu... kau benar2 insan terpilih Ammar.. ada satu ayat dari arwah Ammar.. yang turut dikongsi.. "sampai bila aku nak berada di zon selesa.." ya Allah.. membaca dan mengenangkan ayat nih, melekat dan terus tersemadi dalam sanubari aku.. sampai bila di zon selesa? aku terlalu selesa.. sedangkan umat seagamaku mati dalam perjuang agama.. apa cara aku boleh sumbang? apa aku ingat mereka? apa aku terlalu leka?

aku soal pada diri aku.. sedih.. hiba.. lalu terbuka pintu hati aku untuk berkongsi cerita Ammar pada ramai orang.. sebab aku tenang sekali.. aku nak orang lain rasainya juga.. lalu aku share di beberapa page yang ramai penghuninya.. dan kesempatan aku sebagai admin pada beberapa page (pernigaan dan soal jodoh) yang ramai pengikutnya, aku ambil sebagai permulaan jalan kebaikan untuk kongsi bersama.. aku percaya kehebatan facebook yang mampu menyalur cerita dan kisah sepantas kilat.. tapi kilat tetap paling pantas.. dengan harapan, mana2 orang yang membaca kisah Ammar, dapat rasa apa yang aku rasa.. dapat kesal dan insaf bersama-sama..

ketika malam tu, page Ammar tersebut yang baru dibuat beberapa jam oleh wakil individu mana yang bertanggungjawab mempunyai 571 pengikut.. angka yang besar.. ya.. besar.. dalam hanya beberapa jam, angka terus naik.. aku bayangkan ramai yang sedang membaca,.. dan terus naik.. lalu aku biarkan.. moga ramai yang terus rasa  apa yang aku rasa.. indah..

aku beradu untuk tidur.. wajah Ammar aku masih terbayang.. pucat. berpeluh.. tenang.. walau aku tak kenal Ammar, entah kenapa sedihnya seakan dia rapat dengan aku. seakan ada hubungan erat persahabatan.. ya.. aku akui pada diri.. dialah saudara seislamku.. dialah contoh teladan yang baik yang boleh diambil iktibar jua.. di betul2 beri kesan pada hidup aku hari ini.. tiap langkah aku, aku ingatkan kematian yang bila2 boleh terjadi..

dalam tiap tindak aku, apa aku lakukan, apakah ini Allah swt redha.. mungkin aku tidak semampu Ammar mengkaji kisah Islam sedalam2nya.. hingga berhijrah ke negara lain.. menjadi sukarelawan yang banyak membantu dan sebagainya.. tapi, sekurang dan selebihnya, Ammar benar2 buat aku ingat akan aku yang wajib berada di landasan yang benar selalu.. mungkin peranan aku hidup di dunia tak sebesar sumbangan Ammar.. tapi Ammar dah mengubah pandangan banyak hati dan jiwa tentang indahnya Islam..

tentang penerimaan ke jalan Allah yang sangat benar.. yang lurus.. aku mohonkan agar aku sentiasa di jalanNya.. dan tidak bersimpang seperti dulu lagi.. sedaya mungkin aku tidak mengingat kisah yang lalu.. kerana aku akan sakit.. sebaiknya aku rencana hidup yang masa hadapan sedang Allah swt ada kisah untuk direncana pada aku jauh lebih baik.. insyallah.. 

aku mohon maaf banyak2, kalau penulisan aku terlalu panjang dan ada menyinggung mana2 pihak.. biarlah aku terus membayangkan Ammar.. yang menjadi syahid kita.. "hidup jika ingin bergembira, teruskan lah.. jangan sampai lupa Dia.. hidup jika tiada matlamat pada agama, renungkanlah.. kerana itu adalah hidup yang sia-sia.." biarlah aku terus membayangkan wajah arwah Ammar.. kerana itu boleh ingatkan aku akan mati.. Al-Fatihah buat Arwah Ammar.. 

Sekian. Fendi Islam

November 16, 2013

Mereka Gaji Besar


Huuu.. Rasa nak coret.. Teringin.. Bahagia.. Sentap.. Baru nak g makan tadi, boleh pulak tiba2 terserempak dgn member utm yg dah kerja kat kolej aku.. Kisahnya, aku turun tangga, nampak sebijik honda civic baru idaman kalbu depan mata.. Silau yg amat.. Berkilat.. Putih.. Enjin masih hidop.. No plat pahang.. Tersentap aku lalu bermonolog.. Wah!! Bestnya kereta nih.. Student mana la... Lalu aku jalan di hadapan kereta.. Dan belok ke kiri.. 

Tak semena2, suara lantang dr belakang! "Fend!!!" Terus aku berpaling.. Terbuka tingkap cermin kereta honda civic tu! Oh! Remy!! Demn!! Kereta mamat nih.. Pergi la aku dengan excited nya! Apa kejadah dia buat kat sini? Ohh.. Majlis kawen member dia rupanya.. Boleh plak tanya aku buat apa sini.. Nih kolej aku ok! Haha.. Dia tanya aku belajar ke? Selumber jawab tak. Tak tahu kenapa keluar "tak". Huu.. Pastu. X disangka2.. "Aizu" ada kat belakang tu fend! Laju remy memberi info.. 

Suasana terik matahari.. Mata aku amat silau.. Berpaling aku ke arah info remy.. Berjalan seorang lelaki.. Keluar juga dr kereta mewah.. Kali nih, keluar seluruh tubuh.. Bukan kepala je macam remy.. Kami berjabat tangan.. Aku blurr.. Silau.. Dan sentap!! Hati terus mengenangkan kisah lalu.. Be profesional.. Tak tahu nak cakap apa.. Kedu kejap.. "Kata nak datang rumah.. Tak datang pun.." Ayat dr mulut aizu.. Selumber aku jawab x sempat.. Bizi.. Dan terus berlalu.. Aku terlupa aku nak cepat.. Dan berjanji dgn org.. Siapa aizu? Mungkin ada yang tahu.. Mungkin tidak.. Tahniah aizu.. Kau berjaya.. Moga lebih berjaya kelak..

Mood sentap, kedu, aku bawa sambil menunggang moto.. Rasa diri nih kecil. Tipulah aku tak rasa apa. Mereka kereta mewah.. Kerja.. Berkerjaya.. Dan aku? Lalu aku ingatkan diri aku.. Segala ini ketentuan Allah.. Tak perlu aku nak rasa kesal. Allah dah atur nasib dan takdir masing2. Tak semua mewah itu bahagia.. Dan ada saja yg sederhana itu gembira.. Dan sebaliknya jua.. Tapi, aku silap. Sbb aku manusia biasa. Aku rasa rendah diri. Aku rasa ego. Sebenarnya tercabar. Tercabar dengan kejayaan. Moga jadi motivasi hidup aku. Insyallah..

Sekian. Fendi Islam


November 15, 2013

Dah Mula Bizi Balik


Huhu.. Baru 2 minggu je rilek2.. Duk saje2. Now terpaksa berkerja keras.. Untuk blaja.. Huu.. Paling tak best? Aku kena jadikan dia best jugak. Nih dah laluan hidup aku. Layankan je lah. Adoi.. 

Ada lagi yang best! Again. Secretariat untuk summer schooll.. Best pulak kalau semua nih tak jadi.. Penat lah wey.. Dengan 4 org nih nak manage benda alah kat sabah untuk 8 hari.. Kalau dr malaysia tak apa lagi.  Nih hong kong!

Cincau2 lah jawabnya.. Uh.. Dalam masa yang sama, aku dah rindu dia. Doa dan terus berdoa.. Ak tak tahulah dia ada rasa yang sama mcam aku rasa ke tak.. Aku serah pada Dia je.. Dah maghrib2 mcam nih ka nak feeling bukan2. Zzz

Sekian. Fendi adenan

November 13, 2013

Aku Tak Jadi Balik Kampung


Huu.. Smalam punya la beriya aku nak balik kampung lah semua.. Skali? Aku kat skudai lagi.. Huu.. Tak pe.. Ada lah tu hikmahnya.. Aku duk skudai je bila fikir2 balik, baik aku prepare dulu betul2 kalau nak gi site.. Nih balik mcam x ada prepare apa2 mcam kena balik 2 kali plak nanti..

Huu.. Demi mengubat kerinduan yang mendalam pada kampung halaman, aku pilih untuk video call.. Huu.. Nasib la adik aku kat rumah canggih.. Mula2 guna facetime apple.. Huu.. Clear.. Rase best gila tengok mak, adik2.. Pastu mcam tenet tak laju je.. Hii.. Guna la skype plak.. Huu.. Memang tak sangkut la.. Skype nih mcam ringan sikit.. Cuma gambar x brapa nak clear..

Hu. Asalkan mak aku nampak aku, dan aku nampak mereka.. Huu.. Rasa dekat dihati selalu.. Bgus jugak peredaran masa yang kian canggih nih.. Ada la kebaikan dia.. Insyallah.. Pastu, ayah aku pun masok dlm skype.. Haha. Seronok dia.. Ditegurnya aku berjanggot mcam ustaz.. Haha.. Memang nak jadi ustaz pun.. Ustaz moden sikit.. Hee.. Ameen..

Ustaz untuk anak bini abah oi.. So.. Semua seronok.. Siap skype coklat2 dr langkawi lagi.. Haha. Syiok dorang tengok.. X saba menanti ah tu.. Rilek. Abangah dah post dah.. Tunggu je.. Esok sampai insyallah.. K.. Sampai sini je ah aku nak coret.. Aku masih di skudai..

Sekian. Fendi Adenan

November 12, 2013

Mood Nak Balik Kampung



Huu.. Lama jugak x update nih.. Sehari dua mungkin.. Tak boleh.. Rasa nak update hari3 sebenarnya.. Kalau boleh tiap jam.. Hee.. Tapi kekangan masa mungkin.. Dan kalau nak mencoret nih tak boleh lah main hentam je.. Mesti dalam mood yang ok.. Syukor.. Hari nih mood aku ok.. X ada stress2.. Cool je..

Ak ingat esok pagi nak balik kampung.. Hahai.. 6 jam drive.. Awal pagi aku nak bertolak dah.. Insyallah.. Moga dipermudahkan.. Balik plak sorang.. Tapi ada malaikat yang menemani.. Pandu selamat, insyallah selamat.. Banyak perkara yang aku nak buat sebenarnya bila balik nih.. 

Antaranya adalah.. Hee.. Makan!! Makan masakan mak aku la.. Aritu raya haji aku dah pecah tradisi tak balik raya.. Huu.. Tak penah2.. Dan nih 1st time..haih.. Penat la oi.. X leh tahan.. Kena makan masakan mak.. Pastu, aku nak punggah baju banyak2 nih ke rumah.. Ade la dalam 15kg kot.. Gedebuk sorok bawah katil.. Pastu duk joho beli lagi.. Yeah.. Beli dan beli lagi.. Hee..

Lain2, aku nak rehat kat rumah.. Nak melayan kucing2 yg baru ada.. Nak bawak coklat ke rumah.. Nak jumpa mak ayah.. Tapi kalau kawan2, aku tak tahu siapa yang ada di kampung.. X pe la.. Jumpa di lain masa ya kawan2.. Umur panjanh, raya tahun depan mcam biasa.. Big gathering.. Hee.. Selain tu, boleh jugak cari2 lubang bisness nih.. Terengganu merchaindise.. Moga ada rezeki aku disana.. Ameen..

Sekian. Fendi islam

November 10, 2013

Nyesal Tido Petang


Ya Allah.. Aku tergelincir hari nih.. Setahun mesti ada beberapa kali aku tertidur petang! Oooohh.. tu bukan hobi aku.. Aku paling pantang tidur petang.. Pening akan datang kalau aku tidur jugak.. Haa.. Akibat dah tertidur, memang beratlah kepala nih. Mcam nak meletop.. Tak tahu lah kenapa.. Dah memang aku tak biasa kot.. 

Huu.. Aku tidur dr pkol 4 sampai la 7.30.. Ah.. Menyesal.. Dah terlepas solat aku.. Cepat2 aku ganti.. Sebab tak sengaja.. Balik je opis tadi, terus rasa nak letak tubuh baring2 je.. Huu.. Skali.. Adoi.. Baru niat nak bergym.. X de.. Hampeh.. Bergym atas katil.. Yang aku lagi hairan dapat mimpi.. Huu.. Apa punya mimpi la bila mak aku marah2 pasal aku kawan dengan seorang perempuan.. Tapi ak x leh ingat siapa.. Mcam artis..

Artis? Ohh.. Jangan buat gila fendi.. Memang lah semalam aku duk berangan, kalau aku nih artis, macam manalah life aku.. Mcam mnalah jodoh aku.. Tapi petang nih pulak mimpinya.. Berat gila kepala. Sbb aku cuba fikir dan ingat apa yang aku minpi kot.. Adoi.. Nyesal.. Sungguh aku nyesal.. Aku takkan tidur petang kalau nak jadikan rutin.. Kalau tiba2 tu mungkinlah.. Sebab tak sengaja.. Huu.. 

Sekian. Fendi islam

November 9, 2013

Isteri Dia Ada Ex?


Huu.. Terpanggil untuk ak mengarang sikit pasal post nih.. Pernah tak kotang couple? Mestilah pernah kan? Huu.. Aku? Aku mcam tak pernah dan tak berapa nak pernah je declare couple2 nih.. Aku tak pernah rasa couple yang betul2 punya kot.. Tak mcam orang lain.. Aku pernah rasa disayang dan menyayang oleh org lain yg bukan keluarga dekat aku.. Yakni perempuan yang bukan halal buat aku.. Cinta pertama? Aku pun tidak pasti.. Mungkin masa tu masih muda bagi aku..

Aku tak kenal cinta yang benar2 cinta.. Setakat cinta yang boleh nampak dr segi luarannya boleh lah.. Tapi, bila dah couple dengan seseorang, pastu tak jadi pun kahwin dengan dia. Dan dia pulak kahwin dengan orang lain, jadilah "isteri dia ada ex.." Huhuhu.. Tu je yang aku nak coret.. Untung siapa kahwin dengan aku.. Aku tak pernah labuhkan cinta aku sedalam2 nya.. Ya, aku pernah sedih saat aku pernah hampir nak beristerikan seseorang.. Tapi Allah hadirkan yang mungkin lebih baik.. Ameen..

Bersabar.. Hubungan suami isteri nih bukan kita kena ikut2 orang.. Bukan.. Biar datanag dengan sendiri.. Jangan dipaksa.. Itulah sebenar cinta. Kalau tengok dia bertunang, kita pun nak betunang.. Kalau tengok dia berkahwin, dia pun nak berkahwin, tu bukan cinta.. Ya.. Bukan cinta.. Itu adalah hamba hati.. Hamba jiwa.. Sedangkan kita hamba Allah.. Percaya pada jodoh Dia.. Insyallah.. 

Sekian. Fendi islam

Berjalan-Jalan Itu Penat


Huu.. Tahun 2013 nih saja aku tak tahu nak cakap berapa banyak tempat dah aku berjalan.. Melancong sini sana. Itu yang orang lain nampak pada aku.. "Bestlah ko pendi.. Jalan sini sana.." Haih.. Derita melancong tu tak semua paham.. Ya.. Aku akui.. Seronok lah pergi sini sana.. Fly atas bawah.. Tapi.. Tu semua guna duit awak..

Ya.. Guna duit.. Aku bukan anak orang kaya.. Aku bukan anak orang berada.. Aku hanya biasa.. Boleh dikatakan 100% perbelanjaan aku belajar kali nih memang duit sendiri.. Aku cari walau celah mana.. Huu.. Dah2 aku tanak coret pasal tu.. Kang berlinang air mata je.. Biar aku sembunyi.. Tapi, yang pasti aku bukan anak orang kaya.. "Nampak kaya?" Itu yang awak semua nampak..

Ya, mungkinlah.. Mcam ada yang kata cara aku pakai.. Lifestyle aku.. Come on.. Hidup bukan untuk sengsara.. Aku jalani hidup mcam biasa.. Susah jangan ditunjuk.. Apa jua senang.. Buat2 biasa je.. Allah tak tengok semua tu.. Tapi hakikat berbalik pada topik.. Duit akan mengalir laju bila dah berjalan sini sana.. Penat? Penat boleh hilang bila sampai destinasi.. Lihat awan biru.. Langit yang sama..

Ramai orang tak tahu, lepas aku syok2 berjalan sakan tu, balik kena buat report. Kena soal dngan prof itu ini.. Ya, memang aku dah pro.. Dah pro goreng2.. Sangat pro.. Tapi.. Tak semua berjaya.. Kitaran hidup.. Ada kala betul.. Ada kala salah.. Akuilah.. Lepas tu, kalau ada manage event lagi.. Huuu.. Ya Rabbi.. Ikhlaskanlah hati aku.. Ikhlaskan lah.. Dah lama sangat dah nih.. Hampir setahun lah bulan 12 nanti.. Setahun aku dihujung ilmu.. Insyallah lagi setahun.. 

Apa lagi untuk setahun sekian kalinya.. Untuk setahun akan datang nya.. Apalah nasib aku.. Apalah takdir aku.. Apa aku sudah beristeri.. Apa aku sudah mati? Apa yang akan jadi? Tiada siapa tahu. Allah lebih tahu.. Aku boleh tahu dengan merancang.. Allah lebih punya perancangan.. Itulah sebaik2nya.. Ameen.. Cominh soon, memang ranap lah lagi.. Secretariat hongkong sunmer school.. Welcome to malaysia.. Kali nih insyallah ke sabah.. Permudahkan ya Rabbi.. Ameen.. 

Sekian. Fendi islam

Cukuplah Berdosa


Langkah demi langkah leka..
Mata tetap liar..
Tangan tetap galak..
Kaki tak henti rancak..

Cukuplah.. Itu dosa..
Kau tahu salah kau..
Aku tahu salah aku..
Taubat..

Mati itu bila-bila.. 
Entah lepas ini..
Entah nanti..
Tidak tahu hari..

Cukuplah.. Itu dosa..
Jiwa teringat..
Memori pekat..
Hitam dan likat..

Sukar aku lupa dosa..
Lama memorinya..
Besar dosanya.. 
Aku rinduNya..

Hitung hari.. 
Bila betul-betul buka hati..
Cukuplah.. Kenbali pada Ilahi..
Dia Maha Mengasihi..

Cukuplah.. Itu dosa..

Sekian. Fendi islam

November 8, 2013

Aku Tahu Siapa Yang Baca

Sebenarnya.. Aku tukar blog name nih bukan kerana apa. Aku bagi ruang untuk blog aku menyendiri.. Aku tak paksa siapa2 pun untuk baca.. Apatah lagi aku ugut suruh baca.. Pada yang terkesan sedalam-dalamnya tentang blog aku, mintak maaf banyak2.. Aku tak bermaksud nak sorok dari siapa2 pun.. Dan aku tak tahu siapa yang baca.. 


 Tapi.. Berkenaan tajuk post nih. Aku "tahu" siapa yang baca.. Naluri manusia.. Aku tahu dia baca.. Aku tahu dia sakit kalau dia baca.. Dan mungkin bukan "dia".. Tapi "mereka" harap mereka anggap biasa.. Bukan ada apa2 dengan blog aku.. Sekadar penulisan.. Ikut ruang rasa.. Kadang2 aku rasa nak marah, nih lah ruangnya. So, biarlah tersembunyi sikit blog aku..

Pada siapa yang jumpa blog aku, aku anggap satu rezeki dan teladan buat dia.. Mungkin tak banyak perkara yang berfaedah dalam nih.. Tapi ada banyak perkara yang mudah untuk hati dan jiwa sebagai manusia terima dan rela tentang pendapat aku.. Insyallah.. Tidak bermaksud aku betul.. Tak jugak bermaksud aku benar..

Sekali lagi.. Maaf. Blog aku ingin menyendiri.. Hanya mereka yang bernasib baik ada kesempatan untuk blog aku nih.. Jangan risau.. Aku tak pernah buang segala isi dan coretan blog aku bermula 26 april 2012.. Walaupun nih sudah blog ke berapa pun aku x pasti.. Yang aku pasti, insyallah.. Nih lah yang paling kekal.. Dan bukan untuk publisiti orang ramai.. Insyallah.. Ameen.. 

Sekian. Fendi islam

GST Ada Lagu?

Ohhh.. Agak sentap mood aku sikit.. Pasal cukai barang dan perkhidmatan tu ada lagu?? Ohh.. Oh tidak.. "Menjana ekonomi negara untuk semua.." "Pembaharuan dan maju bersama.." Haa.. Ambik kau! Slogan dan lirik dia.. Adoi.. Aku bukan insan yg menentang perubahan mcam tu.. Tapi..

Tapi bila pasal gst nih pun nak kena buat lagu? Sooo.. Soo? Its so tahik kucing.. Adoi.. Meremang aku dengar.. Mcam nih sekali ke nak tarik perhatian rakyat dan semua orang? Sampai nak lagukan? Cari lah cara lain lagi.. Cara ilmiah sikit.. Semua pakat nak hiburan.. X leh jadi jugak.. Hbis kreatif dah? Bukankah kamu punyai designer hebat2.. Para publisiti yg top2.. Idea buat lagu tu pada aku terlalu kering idea.. Nak tarik minat.. Huu.. 

Sekian. Fendi islam

November 6, 2013

27 Tahun Penghujung Bujangku


Wehuu.. Ada masa jap nak coret nih.. Dapat lagi berita yg ada member nak kahwin.. Dah bertunang pulak.. Ada pulak post gambar anak.. Dapat anak oi.. Ada jugak anak kembar.. Dah tu kenapa? Jeles?? Oi!! Aku memang lah jeles.. Jeles dengan kebahagiaan yang Allah suka mcam tu.. Tapi.. Tapi.. Belum masa lagi.. Dah Allah kata tunggu dulu.. Rilek lah..

Huuu.. Dalam usia aku yang sedang 24 dan nak jejak 25 dah nanti nih.. Berapa bulan je lagi, aku kenalah prepared.. Dari segi iman, insyallah.. Hari2 akan aku perbaiki.. Dari segi ilmu, aku jugak tengah nak usaha.. Supaya banyak lagi ilmu yang aku belajar nanti.. Huu..tambahan lagi, aku tengah belajar master plak.. Dah sini takdir aku.. Aku juang hbis2san.. Ayat nak sedap hati..

Tentang cinta dan sayang, memang melimpah3 dalm diri aku nih.. Hoi.. Aku sangat penyayang.. Pada yg bakal menjadi halal buat aku je lah.. Yang kawan2 tu, jangan nak mintak lebih.. Macam nak terajang je.. Macam nak campak laut je.. Mcam nak bunuh je.. Lebih kurang gitu la, petikan dr junior kat kl.. Huuu..

Kewangan? Huuu.. Aku percaya pada rezeki Allah bagi.. Jika tidak hari nih, lain masa barangkali.. Masih panjang perjalanan idop aku andai aku nih dipanjangkan umur.. Ameen.. Tambahn plak, aku nih x keje lagi.. Mana tempat aku cari rezeki nanti pun aku tak pasti.. Aku tak tahu.. Jangan bimbang.. For my future with, i tengah berusaha ok.. Event u tak tahu i nak kahwin dgn u, nih la rahsia Allah..

Dia dah tentukan jugak nak suruh aku berahsia dulu.. Nak suruh aku pendam dulu.. Pendam rasa tu juga satu doa.. Doa kan kekuatan.. Huu. 27 tahun.. Yang tu cita2 aku.. Moga panjang umur.. Skrang aku manpu lihat orang lain bahagia dengan isteri2 dieorang.. Aku akan menyusul.. Hee.. Jika panjang umur.. Ameen..Adoi.. Nampak tak, betapa lubuknya ayat3 aku nih.. Dr dalm jiwa nih.. X de copy paste mane2. Percayalah.. Hahai.. Ok ah.. Sampai sini je dulu.. Kot jap gi aku nak update ap2 plak, aku coret lagi.. Huuu.. Cau cin cau..

P/s: gambar atas tu, selagi aku masih bujang, boleh lagi nak buat gitu.. Macam nak terajang x? Jangan.. Tabaik.. Heee.. Dah kahwin kang, ha.. Lain la pulak.. Haha..

Sekian. Fendi islam

Dahlah Tanya Bila Nak Kahwin


Huu.. Hari makin hari, usia memang lah meningkat.. Aku rasa nak repost balik.. Plus rasa nak reexplain balik.. Semua orang rasa nak kahwin.. Dah dicipta adam untuk bersama hawa dan begitu sebaliknya.. Cinta datang jugak tanpa paksa.. Tapi, kalau tak datang2? Ia pasti datang.. Cinta pada keluarga..

Aku pernah terbaca, pada siapa yang masih belum bahagia menemui jodohnya, tak mengapa.. Dia lebih bahagia membahagiakan keluarnya yakni kedua ibu bapanya. Betul? Setuju? Tolonglah tak payah nak sangkal apa2 lagi.. Memang aku setuju.. Allah swt nak kita sabar.. Belum masa lagi.. Berbakti pada kedua ibu bapa dulu..

Tapi apa yang menjadi fenomena skrang, manusia sering ajukan soalan yang mana ia adalah rahsia Allah.. Susah gila kot nak jawab.. Cakap je lah "belom jodoh.." Di balasnya plak kita tak usaha!! Hey tambi!! Kau ingat usaha tu dengan buat status in relationship macam kau? Dengan bersyg2 berbaby2 bercinta2 mcam kau?? Haa.. Kan dah emo sedikit di situ.. Huhuhu.. 

Bersyukurlah kalau kau dah nak berumah tangga.. Dah ada calon.. Yang perempuan pulak, tak payah lah banding2 future husband awak tu dengan mana2 jantan lain.. Hargailah apa  yang dah ada.. Nih x reti nak bersyukur.. "Abg, ayang nak kahwin grand2".. Eh.. Nak kahwin hutang ke apa? Ya, memang kewangan menjadi punca utama lelaki zaman sekarang bukan sesenang abc nak decide kahwin.."

"Buatlah ala kadar.. Bukannya niat nak membazir.. Tapi sebaiknya biarlah selesa dan dalam keadaan yang harmoni majlis kahwin.. Lepas tu nak hidup bersama lagi.. Duit bukan takat majlis kahwin je oi.. Yang nak grand2 kalau mampu tak apalah.. Yang sederhana, buat asal selesa semua.. Dah tu ditanya pulak, buat kat mana majlis kahwin.. Demand zaman skrang nak dewan2, hotel2, tasik, taman.. Jadahnya!! Tepi reban ayam pun boleh..

Sekali lagi, jangan dibeban dengan pertanyaan, bila nak kahwin.. Sesungguhnya, setiap laki laki itu ingin bahagia dengan menikahi wanita dicintai.. Bertanggungjawab dengan amanah yang diberi.. Tapi biarlah doa menjadi usaha utama.. Agar ada redha Ilahi.. Ameen..

Sekian. Fendi islam

1 Muharam 1435H

Arinih aku biase2 saje.. Mood masih fikirkan masa depan.. Mana lah agaknya ak punya masa depan.. Nampak ke tak? Rasa masih kabur.. Tapi aku pasrah.. Aku ikut je laluan nih. Jangan berpatah sebelum kalah.. Kira jangan mundur lah..

Tahniah.. Buat kawan aku.. Sahabat dr kampung.. Sama2 blaja masa sekolah.. Pmr skali.. Spm skali.. Pastu dah bawak haluan masing2.. Blaja di jepun.. Hbis blaja, dah keje.. Di pahang rasanya.. Syukor.. Rezeki..

Nih tahniah sebab dia dah bertunang.. Gembira untuk mu sahabat.. Eceh.. Memang soul friendship lah aku nih.. Saja lah nak coret sikit.. Coretan buat sahabat baik.. Moga bahagia hingga anak cucu kelak.. Before nih dah sorang jugak kahwin.. Dr dungun jugak.. Tahniah2.. Paeh mat rudin.. Blogger terbang2 tinggi2.. Dia berjaya dengan cita2nya..

Aku pun dah ada buat post coretan untuk si paeh.. Seyesly memang gembira tengok kawan2 dah selangkah ke tanggungjawab yg lebih mencabar.. Walhal menjadi seorang tunangan.. Apatah lagi seorang suami..  Memang mencabar.. Lepas nih jadi seorang ayah pulak.. Ameen.. 

Sekian. Fendi islam

Awak Tahu Breakfast Coklat Itu Sedap?


Huu.. Since aku baru balik dari langkawi, opkos lah aku beli coklat.. Tapi tak segila dulu.. Dulu memang gila.. Memang gila.. Hampir rm400 coklat sahaja.. Kali nih, berapa je.. Seratus lebih mcam tu la.. So, rasa boleh tahan nafsu tu sikit.. Hoho..

Dan bila mana dah ada coklat, memang paham2 kan aje lah.. Breakfast pun nak coklat.. Tengok tv pun nk coklat.. Eh, sampai nak tido pun ingat coklat.. Gila2.. Awaslah.. Aku paling gila dengan benda nih.. Yg x bagusnya, boleh rosak gigi ngan kasi gemok lah.. Adoi.. Tak bagus..

Tapi ada pulak yang bagusnya.. Hilangkan sedikit tekanan yang ada dalam diri.. So, tak payah lah nak tekanan sangat.. Biasa2 je.. Buat2 mcam tak penah ada masalah.. Bahagia.. So, back to the title.. Awak tahu sedap? Hahah.. Saja nak buat poyo sikit.. Padahal awak pun ada coklat kan? Dah makan belom? Sedap ke tak, sy tak tahu lah oi..

In the way to forget all the past, i will not remember it to all again.. Enough for my mind itself to recall it when nessassary.. Oi.. Lantak lah english macam mana.. Hidup perlu diteruskan.. Lepas nih habis coklat, belilah lagi.. Mudah je.. Belilah lagi.. Ok ah.. Since aku rajin mengupdate guna my lovely buah epal nih, insyallah, this way aku coret kisah hidup.. Untuk simpanan sendiri.. Huu.. 

Sekian. Fendi islam

November 3, 2013

Duhai Hati Tak Reti Bahasa


Mood ala2 tengah sakit hati ah jugak.. Mane tak nye.. Pasal tangan aku la.. Gatal g klik.. Kan dah tertengok.. Mula la teringat.. Mula lah fikir bukan2.. Mulalah nak kata itu ini.. Cukop2 la fendi.. Dah lama sangat dah.. Penat dah ko berubat.. Sampai berkali2 ko holiday.. Kau bawak diri jauh2.. Takkan sekelip mata ko teringat?

Tapi aku mane boleh tipu diri.. Aku belajar la terima takdir Allah.. Aku terima yang die dah berumah tangga.. Yang die sah jadi yang halal bagi orang lain.. Bukan kau!!! Dah tu la namanya bukan jdoh.. (Mula nak senyum sikit) ingat.. Allah datangkan yang lebih baik itu pasti.. Yee.. Pasti.. 

Bile aku kenang2 balik, aku rase ade yg rapat dengan aku.. Barangkali itu jodoh aku.. Tapi banyak persediaan ak nak kena prepare before aku betol2 nyatakan hasrat aku.. Maaflah.. Mungkin aku tak boleh nak puaskan hati semua orang.. Ye.. Bukan semua.. Aku bukan malaikat.. Aku bukan nabi.. Aku sesempurna ciptaan Dia.. Kadang kala aku bahagia.. Kadang2 ak kecewa.. Lumrah..

Kepada duhai hati.. Kejarlah iman yang sempurna.. Lakukan kebaikan kerana Allah.. Ingat Dia selalu.. Jangan pernah putus berhubung.. Rindu Dia selalu.. Andai sampai masa, memang Dia akan tentukan siapa orangnya.. Insyallah.. Tapi, jujur, aku mula merasa ada satu rasa dalam diri aku.. Untuk menjadi cinta hati yang halal buat die.. Ameen.. Biar aku salur rindu aku padanya hanya dengan doa.. Ameen ya rabb..

Sekian. bukan Fendi islam

Rakan Terpinggir

Huuu.. Mengantok al gila punya lah.. Tak tahu nak kata apa lagi.. Huu.. Tetibe lepas sampai floor blok aku, si mamat persian nih.. "U hangout with yr girlfriends.. Its not fair fendi" eh? Dah kenape ko..

Tang mana plak die nih.. Die intai aku kot tingkap rupenye.. Oh.. Memang tagune.. Amat tagune.. Takkan lah die jeles kot.. Aku rase die pun dah ade bende yg perlu die buat.. Gaye die cite tu mcam die sunyi dan sepi.. Mcam die tak kuar gi mane2..

Adoi.. Janganlah sentap dude.. Ayat ko duk slalu "kamon dude" .. Ha.. Ini malam kamon dude untuk ko aku bagi.. Tak payah nak tacing2.. Bukan aku tanak ajak kuar ke ape.. Tapi tadi ade hal lain dulu pastu baru kuar.. So, tu pun nak ikot ke? Huu.. Ko nih memang lain dari yg lain punye foreight student la oi.. Adoi.. 

Nak kene menjaga hati pulak jugak.. Kali nih rumate aku takde.. So, aku tak larat nak layan sangat.. Thats good.. Talkative.. But too much, not good jugak.. Waste time kadang2.. Pandai2 lah bawak diri dude.. Haa.. Kalau ko boleh bace dan paham semua nih bgus2.. Just coretan malam buta sebelom aku lelap.. Zzzz

Sekian. Fendi islam

November 2, 2013

Hai November

Post nih yg pertama.. Aku buat secara spontan je.. Sbb aku nak coret sikit ragam manusia.. Huu.. Ragam aku jugak la tu.. Perst pasal november dah datang pun.. Huu.. Mcam syiok je.. Kan? Kan? Gile x syok.. Menghampiri tarikh bermakna. Huu.. 

Tapi, ape yg tak syok, aku makin tua.. Soal jodoh.. Aku tak fikir? Gile kau!! Hampir hari2 aku fikirkan.. Mcam mane nak ke arah tu dgn lebih pantas dan diberkati.. Moga dipermudahkan.. Ameen.. Jangan ah tanye bile.. Tu rahsia Allah.. Dia lebih tahu.. Kalau tanye aku, memang x de jawapan sangat la..

So, bagi akhiri post aku nih, aku nak bgtau, slamat datang november.. Dan nak bgtau yg aku tengah makan kat meranti.. Ulalal.. Baru aku teringat yg cuti skrang nih.. So, x padat sangat.. Hajat nak bungkus je tadi.. Huu.. Mari ah makan2.. Slamat makan2 semua. Aku pun skrang dlm on diet.. No makanan sedap2 lagi.. Biarlah sehat diutamakan.. 

Sekian.. Fendi islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...