Blog Fendi Islam: September 2014

G.E.N.G

September 28, 2014

Marah Itu Rugi

cuba sabar.. 
cuba bertenang..
cuba istighfar..

marah bukan bahagia..
tenang itu jalannya..
rugi jika marah..
untunglah mereka..

dalam diam..
sekelumit pendam..
simpan..
bengkak jadi peram..

cetus marah.. 
mara berapi..
apa itu yang dimahukan?
berbalik pada cinta..
ia rugi..
marah itu rugi..

bait kata atur bicara..
tersusun rapi kerana Dia..
biar berfikir sebelum berkata..
kelak diri tidak merana..

marah itu rugi..
aku pasti tidak terjadi..
aku sayang diri..
aku sayang cinta hati..
terima kasih Ilahi..

olehpenulis



September 26, 2014

I Love You Too

assalamualaikum cinta..
waalaikumussalam rindu..

sering kami sapa.. 
sering kami terima..
indah.. pagi siang malam..
kami saling luah..

kami saling kisah..
tentang apa dunia..
tentang apa melata..

hidup tetap diteruskan..
ragam manusia satu persatu..
kami kongsi cerita..
indah..
jika dulu aku tak luah..
kini dia tempatnya..

kerana aku percaya..
hadirnya dia ada cahaya..
langkah kaki berjalan kini bersuluh..
berteman dia rapuh berdiri..
telusuri rona duri..

jika hampir berakhir.. 
oksigen makin berkurangan..
uwapan mulut terbuka..
katil memanggil riang..
pujukan tidur bersama..

tidur dulu..
i love you too.. waalaikummussalam..

September 25, 2014

Tuhan Jagakan Dia

hari ini aku jauh..
aku sendiri..
pagi aku bangun..
malam aku tidur..
dia tiada disisi..

Tuhan.. 
kau jagakan dia..
dia jauh..
tidak mampu lagi aku..
aku sendiri disini..
jiwa aku mati..
tingkah aku kaku..
diri aku kelabu..

titis derai..
air mata 
dalam tiap sujud..
tangan aku tadah..
aku pohon..
moga dia ada..
ada untuk cinta..
sampai bila-bila..

by penulis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...