ya. sebab mudah je untuk diungkap. namun, tak semua orang
mudah je nak bagi dan kongsi kasih sayang nih. dan ada jugak manusia yang
kurang kasih sayang. bagaimana? mari singkap ciri-ciri mereka. adakah anda?
1. sentiasa menginginkan perhatian orang ramai
nih perkara yang paling utama. seseorang akan lakukan apa
sahaja asalkan dapat perhatian. banyak cara. menunjuk-nunjuk, ceritakan
kelebihan yang ada dan sebagainya.
2. punyai daya tarikan yang luar biasa
hehe. kan dah cakap menonjol. memang lain pada lain. tapi
bagus, dia berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang lain. apa yang positif
atau negatif bergantung pada individu untuk menilai.
3. selalu kesepian
sepi. biasa. dia merasakan dirinya tiada sesiapa dalam
hidup. ini silap. kawan-kawan kan ada. namun, dia sentiasa inginkan perhatian
yang lebih dan special barangkali.
4. mudah bergaul dan langsung tak bergaul
haa. yang nih bergantung. yang terlalu mudah bergaul pun
susah jugak. selalu nak ada teman, dan perhatian. yang langsung tak bergaul pun
susah jugak. berkasih sayang dengan dunia sendiri tanpa orang lain.
5. kuat mengelamun atau berkhayal
kenapa? ini kerana faktor pengisian masa. dah tak tahu nak
buat apa. golongan ini akan menjadikan khayalan suatu yang indah dalam
kehidupan dia. secara tidak langsung, masa terisi.
6. kebudak-budakan
haha. dah budak-budak memang baru nak membesar. kena lah
kumpul kasih sayang banyak-banyak. samalah dengan mereka nih. hehe. so, nak
pujuk mudah, bagi je gula-gula.
7. sensitif
oh yeah. mudah tacing. amat mudah. tapi ingat, tak semua,
ada jugak kental macam dinding tembok china. hehe. sebab apa mudah tacing,
sebab mereka mudah tersentuh jika sesuatu perkara terlalu sensitif bagi mereka.
mungkin soal keluarga, perasaan dan sebagainya.
8. ramai kawan atau kurang
ya. sama macam bergaul. kalau dah bergaul, ramai lah kawan.
yang nih bagus. baik. kalau dah kurang, perbanyakkanlah kawan. gunakan facebook
nih sebaik mungkin. amat mujarab. tambah kenalan. hehe.
ok. nih ciri-ciri basic. banyak lagi ciri-ciri special.
bergantung pada individu jugak. tapi, En Tapi tak menilai orang yang kurang
kasih sayang sebagai negatif mahupun positif. ada baik dan buruknya.