Blog Fendi Islam: Gadis Mudah Berair Mata

G.E.N.G

April 26, 2012

Gadis Mudah Berair Mata


salam maghrib. mari berkongsi. insyallah ada baiknya. menangis memang sinonim lah dengan air mata. bukan air paip atau air hujan. memang manusia sendiri yang keluarkan air mata nih.

kenapa menangis? ada banyaklah sebab seseorang menangis. dan biasanya gadis lebih mudah menangis berbanding jejaka. ada jugak mudah menangis sebab ditinggalkan jejaka. oh dunia. hehe. namun, ada kebaikan yang baik untuk semua orang.


sesungguhnya, gadis nih insan yang lemah. jejakalah yang tampan lagi gagah perlu memberi sokongan pada mereka walau dalam apa cara sekali pun mengikut kesesuaian keadaan. jejaka adalah pemimpin. hehe. namun, kuatkanlah mereka disaat mereka menangis. ada baiknya:

  1. terapi jiwa paling mujarab.
  2. lembutkan hati yang selama ini cukup keras dan tertutup untuk menerima.
  3. belajar untuk redha dan pasrah.
  4. laluan untuk muhasabah diri.
  5. dekatkan diri kita dengan ketakutan azabNya.
  6. kebersihan pada mata.
  7. penglihatan lebih tajam dan kuat ingatan.
menangis tidak dinafikan bagus dan membawa kebaikan dalam agama kita Islam. dan agama lain juga mempunyai maksud yang tersendiri tentang baiknya menangis. seseorang mampu untuk menangis kerana telah lama tersimpang dari jalanNya.

jika kita tidak mampu untuk menangis bagaimana? belajarlah menangis. dan mulalah dengan pura-pura untuk menangis. tidak dinafikan para Nabi dan para rasul pada zaman dahulu menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam ibadat.

perhiasan dalam menjalankan solat, zikir, dan doa-doa kerana takut akan balasan dan kemurkaanNya. tak salah kalau gadis mahupun jejaka menangis. usah malu akan sesama manusia. biarlah kita malu pada Pencipta.

sabda baginda: "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


Comments
2 Comments

2 comments:

Ahlam Miera Shafie said...

kadang2 kita perlu menagis.. ia memberi seribu kelegaan.. sekuat mana pn seseorg 2 bohnglah kalu dia tidak akn menagis... :)

Unknown said...

cik ahlam: betol.. air mata boleh melegakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...