Blog Fendi Islam: Ayat-ayat Untuk Mertuaku

G.E.N.G

April 26, 2012

Ayat-ayat Untuk Mertuaku

erk.. alhamdullillah. perut dah kenyang. so, macam biasa. baca-bacalah sikit artikel yang menarik or apa-apa je lah. nah! aku terjumpa benda nih pulak. hehe. mungkin nampak macam lawak. tapi, ada betulnya.

sediakah anda wahai jejaka untuk meminang anak gadis orang? belum? sudah? maunya gugup kalau mertua misai menggulung dan muka garang. hehe. demi anak yang dicintai dan ingin diperisteri.

anda dah bersedia nak pergi jumpa bakal bapa mertua? dan ibu mertua? mesti ada jugak pergi-pergi ziarah, kenal-kenal sebelum melamar dan menikahi anak dara mereka. haha. jika ditanya oleh si bapa mertua. 'kenapa nak kahwin dengan anak aku?'. 


oleh itu, bersedialah kita wahai jejaka dengan jawapan yang insyallah mujarab untuk melembutkan dan melelehkan hati bakal mertua. haha. jawablah dengan na na na na nada cinta. 

  1. Apabila saya dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
  2. Saya nak jaga mata, hati dan kemaluan
  3. Saya nak ikut sunnah kerana nikah dan ajal bila-bila masa sahaja
  4. Saya nak ada zuriat yang dapat bahagiakan dan doakan kami, kerana mati tu bila-bila masa je boleh berlaku.
  5. Supaya saya dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punyai isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah memperoleh pahala
  6. Saya dapat merasa tanggungjawab sebagai suami serta bapa dan menjadi seorang yang lebih berfikir matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
  7. Saya bersedia untuk mengambil amanah ibu, ayah dan menjaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.
haha. cukup? belum. kemudian, anda tambah lagi satu soalan untuk bakal mertua anda. 'pak cik, ada satu lagi sebabnya, boleh saya bagitahu?'

'saya sayang dan cintakan anak pak cik. saya akan jaganya dengan sebaik mungkin seperti mana pak cik dan mak cik menjaganya dari kecil sehingga sekarang'


hehe. cukup. itu sahaja perkongsian dari En Tapi. moga berjaya mendapat jodoh yang bahagia dan berkekalan. sama-sama beriman dan bertaqwa padaNya. insyallah.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...