Blog Fendi Islam: Adab Kentut Di Ruang Kecil

G.E.N.G

April 26, 2012

Adab Kentut Di Ruang Kecil



alhamdullillah.. selamat perut aku menerima nasi ayam yang sungguh sedap dari SJ Catering. hehe. terima kasih kak. sedap. sangat sedap. 'lagi dua bungkus saya makan pukul 3 dan 6 petang' 'kenapa tak datang beli nanti?' 'banyak kerja kak!' 'sejuklah nanti' 'isokay' hehe.

bercakap pasal kentut, tak ada lah pengotor ke apa. cuma aku terkenang. ada satu peristiwa dan kisah. al-kisah, sedang seorang rakan solat di dalam bilik hotel, (amat kecil) dan seorang rakan lagi bersiap untuk mandi, dan sorang lagi sedang kentut.

bayangkan? apa perasaan dan kekusyukkan insan yang tengah solat menghadap Illahi? (usah gelak). perit tak terkata baunya. sedangkan yang bersiap nak pergi mandi pun kecoh 'busuklah gila!'. dan yang sedang solat bagaimana?

nih semua tentang adab. bukan apa. memang kentut tidak boleh ditahan. kerana dikhuatiri membawa penyakit demam panas dan ketumbuhan di bahagian dubur, tapi selalukah kita tahan kentut untuk kepentingan orang lain?

jika bukan solat sekadar menonton tv, ya! boleh diterima akal. namun, memang hakikat manusia. kita leka akan kepentingan orang lain. kekusyukkan solat terganggu. keluh resah barangkali perasaan si solat tersebut. apakan daya. perkara sudah terjadi.

ambillah pengajaran. bukan di bilik hotel sahaja. barangkali jika kita di dalam stor kecil mahupun mana-mana tempat, beringatlah. tidak salah sekiranya memberitahu terlebih dahulu. ramaikah yang mampu bertindak begitu?


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...