Blog Fendi Islam

G.E.N.G

January 11, 2016

Tanpa Sedar Abebrownies Mencari Rezeki



Assalamualaikum wbt.. Alhamdullillah.. Ya Allah.. tanpa sedar.. atas segala limpahan kurniaan rezeki dari Dia.. disini aku.. tak pernah aku duga untuk menjadi seorang yang terlibat dalam dunia ni semua.. buntu aku.. memikirkan rezeki bagaimana yang akan berpihak pada aku.. syukur.. ni la dia.. Allah swt yg maha adil telah tetapkan..

aku terima seadanya.. banyak atau kurang bukan menjadi pengukuran dalam apa yang aku ingin capai.. tapi aku tidak boleh berhenti daripada berbuat sesuatu selain bersenang lenang.. alhamdullilah.. selepas bulan ramada dan ketika bulan ramadan lalu diberi ilham akal dan kesungguhan untuk mencuba perkara aku tidak pernah bayangkan..

biar walhal masih ramai yang lebih berpengalaman.. lama-lama apa yang aku belajar akan jadi pengalaman buat aku pula.. sedikit demi sedikit tu yang lebih membuatkan aku menjadi lebih matang..coretan kali ni ni aku tulis kerana terdetik dar luhur hati.. indah aturan Ilahi.. Dia hadirkan aku ilham ini dan kesungguhan untuk aku terus bertahan..

tidak tergambar juga dengan hadir insan istimewa dalam hidup aku.. walau lebih atau kurang dirinya.. aku terima seadanya atas hubungan ini.. mohon dipanjangkan usia dan bahagialah aku begini atas ketentuan Nya.. ameen ya rabbalalamin.. aku rindukan dia.. teramat rindu.. moga hadir dia takkan sia-siakan aku.. tidak pernah aku harapkan lebih.. cukuplah terima aku apa adanya.. sekian..

March 28, 2015

Salam 2015 Kerana Lama TaK Bersua.



Assalamualaikum.. malam ni dah jadi 28haribulan 3 2015.. lama.. sangat lama.. dah macam setengah tahun aku tak update pasal blog aku.. huh.. bak kata penulis2 lain.. dah berhabuk blog..

kalau blog aku ni tak kira berabuk dah.. aku anggap dah mati dah.. tapi mana boleh.. aku akan kembali.. ya.. aku kembali menulis.. blog bagi aku menenangkan jiwa.. buat aku rasa lepas akan segala yang terpendam..

ya lah.. mungkin aku ni jenis yang suka berahsia.. sedar tak sedar, aku dah berusia 26 tahun.. huhuh.. nak kata dah tua tu biasa2 je.. aku tetap dengan perangai aku yang masih begini.. tidak berubah..

kehilangan aku yang setengah tahun ini aku tak kemana pun.. aku ada je.. cuma kurang bersosial.. mungkin kerana sibuk denga tugasan.. dengan design2. dengan kerja2 business aku.. so tiada ruang untuk itu..

dan aku pun dan ada orang sayang.. kikikiki.. sedar tak sedar.. dah setahun.. lama hati ini terisi.. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. adanya dia dalam hidup aku.. huhuh.. blog aku ni dah mcam blog cintan cintun..

hahah.. tunggu la.. belom lagi masa aku nak merancakkan blog aku nih.. kalau tak.. haa.. memang bergelak sakan la korang.. aku bukan je baru dalam bidang ni.. dah lama dah.. sejak 2010 kot.. huhuh.. tuptuptup, aku dah ada 3 blog actually..

tapi yang ni bertahan paling lama.. blog lain semua akuremove content yang ada dalam tu.. huhuh.. mungkin sebab dah tak sesuai untuk kehidupan kini.. mungkin kerana masa lampau.. huhuh.. 

malam ni aku bersemangat sikit nak tulis.. bile aku fikirkan.. ni la masa untuk aku luah apa yang ada dalam hidup aku.. huhuh.. nak kata macam diari tak jugak.. lebih kepada perkongsian.. apa yang boleh dikongsi kepada orang ramai.. uhuuh.

sekian .. sampai sini je lah aku nak berceloteh.. lain kali pulak ye.. insyallah.. akan tetap ada ruang dan masa untuk ini semua.. huhuh.. "dan ingatlah.. bila kita bercita, sekurangnya, kita ada sebab kenapa untuk terus hidup.."

*gambar yang aku kongsikan untuk entry kali ni memang ada banyak 1001 cerita dan kisah yang aku rasa nak kongsi.. insyallah.. coming soon.. sepanjang kehilangan dan ketiadaan entry aku selama ini.. huh..

Wassalam..


October 31, 2014

Tiada Hati Lagi

peh peh peh peh.. assalamualaikum wbt.. hehe.. lama dah ak tak bersua.. ke mana aku? ade je.. harap2 jugak tak ramai yang baca.. x ada yang baca is more better.. 

mungkin ade yg persoal.. dan bertanya.. mana aku pergi? lama tak baca update facebooktwiiter dan instagram.. serta mungkin di lama2 sosial yang lain.. aduhai.. sampai dalam grup wasap pun ade yg tanya "azli! mane mu? idop lagi dop?"

hah.. here we go.. aku ade je.. cuma tiada hati lagi nak bersosial sebegitu.. mungkin akan dipulangkan kembali hati tu suatu masa nanti.. insyallah.. aku masih aku yang sama.. aku ada je..

so, penulisan aku kat sini lebih menenangkan aku.. lebih baut aku rasa selamat.. dalam idop nih macam2 ragam manusia.. biar aku perhati.. biar aku tengok.. biar aku diam saja.. 

mungkin bersebab.. memang bersebab.. sebab nya biar aku sahaja pikull.. biar aku sahaja tahu.. cukup la aku tulis serba sedikit nih.. mengubat kerinduan pada sapa2 atau mana2 individu sahabat mahupun saudara..

dan insyallah.. aku akan kembali aktif berkongsi penulisan aku yg x seberapa nih untuk tatapan pembaca.. x de org baca pun x pe.. kot2 nnti aku dah pergi, ade la tu yang nak baca. heheh.. sekian..

assalam.. :)

October 27, 2014

Tuhan Lindungi Dia: Tak Selalu Allah swt Bagi Senang

Sejenak.. Norman berfikir.. merenung.. kekuasaan Ilahi.. burung terbang bebas.. hujan lebat.. kuyup membasahi jasadnya.. Norman tampil gagah.. meredah hujan kasar yang gugur ke bumi.. niat hati mencari sesuap nasi.. itulah rezeki.. Akhirnya Norman peroleh..

Masih terbatas aktiviti Norman yang lain.. hajat ini ke kedai rangkaian telefon.. namun, lebatnya hujan mematahkan niatnya.. lain kali barangkali.. sejenak Norman terasa.. Apa Dia sedang menguji? 

Norman punyai kereta.. namun, demi mencari wang untuk membiayai keretanya, Norman terpaksa sewakan.. Dia rela.. wang yang diperoleh barangkali boleh menampung sedikit sebanyak perbelanjaan untuk hidup hariannya.. Norman kekadang kelu.. apa harus dia teruskan hidup begitu.

Apabila mengenang nasib.. melihat kembali laluan dan jalan yang dipilihnya dulu, dia bersyukur.. masakan sampai sekarang Norman tidak mungkin pernah terbang tinggi.. hingga ke negara China.. itulah yang direncana oleh Allah swt..

Norman termenung di pangku balkoni.. melihat hujan turun titis2nya besar.. lebat.. berserta guruh.. terkenang kembali saat dia rasa meredah hujan.. rasa susah.. rasa diuji.. rasa apa ini takdir hidupnya..

Lalu Norman menutup mata.. kembali ke biliknya.. seraya hanya berbisik "ini baru sedikit ujiannya.. aku mampu tempuh.." lalu Norman melangkah.. masuk ke bilik.. membuka bungkusan Nasi Ayam yang dibelinya.. basah baju di letak dalam baldi.. hanya seluar kuyup terus dipakai sambil menghulur suapan nasi.. Norman akur..

(bersambung..)

September 28, 2014

Marah Itu Rugi

cuba sabar.. 
cuba bertenang..
cuba istighfar..

marah bukan bahagia..
tenang itu jalannya..
rugi jika marah..
untunglah mereka..

dalam diam..
sekelumit pendam..
simpan..
bengkak jadi peram..

cetus marah.. 
mara berapi..
apa itu yang dimahukan?
berbalik pada cinta..
ia rugi..
marah itu rugi..

bait kata atur bicara..
tersusun rapi kerana Dia..
biar berfikir sebelum berkata..
kelak diri tidak merana..

marah itu rugi..
aku pasti tidak terjadi..
aku sayang diri..
aku sayang cinta hati..
terima kasih Ilahi..

olehpenulis



September 26, 2014

I Love You Too

assalamualaikum cinta..
waalaikumussalam rindu..

sering kami sapa.. 
sering kami terima..
indah.. pagi siang malam..
kami saling luah..

kami saling kisah..
tentang apa dunia..
tentang apa melata..

hidup tetap diteruskan..
ragam manusia satu persatu..
kami kongsi cerita..
indah..
jika dulu aku tak luah..
kini dia tempatnya..

kerana aku percaya..
hadirnya dia ada cahaya..
langkah kaki berjalan kini bersuluh..
berteman dia rapuh berdiri..
telusuri rona duri..

jika hampir berakhir.. 
oksigen makin berkurangan..
uwapan mulut terbuka..
katil memanggil riang..
pujukan tidur bersama..

tidur dulu..
i love you too.. waalaikummussalam..

September 25, 2014

Tuhan Jagakan Dia

hari ini aku jauh..
aku sendiri..
pagi aku bangun..
malam aku tidur..
dia tiada disisi..

Tuhan.. 
kau jagakan dia..
dia jauh..
tidak mampu lagi aku..
aku sendiri disini..
jiwa aku mati..
tingkah aku kaku..
diri aku kelabu..

titis derai..
air mata 
dalam tiap sujud..
tangan aku tadah..
aku pohon..
moga dia ada..
ada untuk cinta..
sampai bila-bila..

by penulis


April 12, 2014

Terima Kaseh Tinggalkan Aku..


“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”

Air mataku kembali berguguran.

“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang.


Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.

“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”

“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

by IluvIslam

March 26, 2014

Maafkan Aku Pendosa


"assalamualaikum wbt.. selamat pagi.. maafkan aku.. maafkan aku.. halalkan aku dengan apa yang diberi.. moga tidak ada dendam pada aku.. moga yang kelam dulu jadi jernih kembali.. moga masing-masing menginsafi diri.. tiada tenang diri jika tidak diperbaiki.. maafkan aku.."

tak ada kata yang lebih baik untuk aku ucap selain memohon maaf.. nih lah kunci yang aku rasa untuk hati yang tidak tenang.. nak hubungi lansung, aku tak punyai contact dah barangkali..

moga tebaca mereka yang telah banyak aku perlaku dosa.. moga2.. aku mohon maafkan aku.. aku tak pernah tahu bila nya pergi aku dari dunia yang penuh fana nih.. aku hanya cuba bersedia.. mungkin selepas ini aku pergi..

biarkan aku tinggal penulisan aku.. buat semua.. aku tinggalkan moga aku ada kenangan buat semua.. insyallah.. rindukan aku dalam doa.. rindukan penulisan aku dalam blog yang tak seberapa nih.. :)

Fendi Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...