Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang.
Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta
by IluvIslam