Blog Fendi Islam: August 2012

G.E.N.G

August 28, 2012

3 Sebab Seseorang Benci Anda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai! setelah membaca2. dan menambah ilmu pengetahuan. ya. ada betulnya perkara ini. aku amat setuju. dan merasakan ia perlu dikongsi agar semangat menjadi manusi berguna tuh ada. hehe.

apakah sebab seseorang benci pada anda? atau saya sendiri? oh yeah! mesti ada sebab kan? dan ia berkisar pasal 3 perkara ini sahaja. hehe
  1. Seseorang tersebut nak jadi macam anda!
  2. Seseorang benci pada diri dia sendiri!
  3. Seseorang melihat anda sebagai satu ancaman! 

hehe. simple je. memang nih lah lumrah hidup. so, macam mana nak tangani? mudah2. makan dan beribadat selalu. jaga kesihatan. tidur yg cukup. dan usah ganggu hidup org lain pulak. insyallah anda2 mampu hadapi. hehe.


August 26, 2012

Apabila Bercinta Sesama Blogger?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuhaa! oh! bercinta sesama blogger? ada tak? ada tak? haha. yang pasti bukan aku. ya, bukan aku. haha. tapi macam ada kelebihan special pulak kalau dah becinta sesama blogger. hehe.
  1. saling memahami (mudah nak buat sesama paham kalau ada prob)
  2. puitis dan kreatif (walau tak semua macam nih.. haha)
  3. prihatin! (ya, amat prihatin bila mudah nak share something..)
  4. caring! (hah! semestinya yang nih. saling menjaga hubungan..)
  5. bersungguh2 (blogger memang macam nih. bukan hangat2 tahik ayam.)
hah! nampak tak? nampak tak? oh bahagianya hubungan sesama blgger. macam nak buat contest pulak. haha. "contest jodoh blogger". adoiyai. rumit tak agak2? haha. 

bahagia. bila dah minat serasi, mesti ada kebaikan disitu. namun dan walaubagaimanapun, jodoh dan ketentuan tuh, Allah dah tetapkan. dengan akak jual kuih pun boleh je. haha. 


Usia 4 Bulan Sedaphatimenduaa Masih Muda, 21,701 Orang Baca

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hari nih 26.08.2012 genaplah pulak usia blog nih mencecah 4 bulan. haha. tak setahun jagung pun lagi. entah bila nak setahun, tunggu je lah. apa yang aku buat adalah sekadar perkongsian. 

sama ada berguna atau tak berguna, itu terpulang pada siapa yang baca, atau terbaca blog aku nih. haha. terima kaseh pada yang mana masih baca dan ikuti. blog aku bukan apa sangat.

masih banyak perkara yang aku harus belajar dan lalui. baru banyak benda boleh share2 dengan anda2 semua. haha. part yang paling best adalah tentang cinta. kuikui. aku dah kata, aku tak jiwang.

haha. mana dapat tips? mana dapat info? pengalaman? haha. aku banyak baca buku.. (ececece..) rajin sungguh lah aku baca buku. apa2 pun, aku bersyukur dengan usia 4 bulan ini.

tengoklah nanti sampai aku dah kahwin, dah ada anak dan sebagainya pun aku nak memblog lagi, insyallah. masih banyak benda yang boleh dikongsi. kerana tak semua orang lalui pengalaman dan tahu perkara yang sama.

oleh itu, sekian, sekian untuk 21,701 manusia yang membaca dan membelek2 blog aku sepanjang usia 4 bulan nih. haih. tq so much my frend. kritik ke, cemuhan ke, tak ada hallah. lumrah je tuh. hehe. 

kesempatan nih, aku nk ucap slamat hari raya, salam syawal, maaf zahir dan batin sekiranya penulisan aku ada mengguris hati perasaan dan tapak kaki mana2 pihak. hehe.


August 23, 2012

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Ditunjuk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


susah ke senang nak tahu seseorang tuh bodoh atau cerdik? kalau ditanya, 1+1 dan jawapannya selain dari 2 adakah konpem dia seorang yang bodoh? adakah dia bodoh?

macam mana nak ajar orang yang bodoh kalau dah sombong. dah lah bodoh, sombong pulak. susah dan amat payah kalau spesis macam nih. tapi mesti ada caranya juga.
  1. layankan sikap sombong dia.
  2. puji dia melambung2 sampai langit ke-7.
  3. sokong perkara negatif dia lakukan.
  4. jangan kondem idea bangang dia.
  5. berkata 'ya' dalam banyak perkara.
cerdik pulak mana lah boleh diajar. dia datang macam good2 je rasanya. tak semualah boleh ada sifat cerdik. tapi mestikah cerdik dengan mampu menjawab soalan 45385308x53845739 dalam sekelip mata? hehe tidak.. tidak
  1. berfikiran matang. 
  2. menjaga kepentingan orang lain.
  3. waras dalam macam2 keadaan sama ada tekanan atau tidak.
  4. ada target dalam hidup.
  5. yakin dengan diri sendiri.
untuk yang cerdik, baik tunjuk diri sendiri. payah jugak kalau duk tunjuk bodoh je. lama2 orang boleh jadi jemu. diri sendiri jugak makin jaoh dengan kebaikan. bawak diri biar ketengah, asal dapat banyak hasilnya.


Exposed: Bongkar Rahsia Cookies Air Tangan Sendiri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



raya pun dah raya, aku malas nak post pasal raya lagi. ada je benda nak share. sat2. nanti aku share. hahaha.. macam biasa, dah banyak dan lama orang tanya pasal cookies aku buat dolu2. 

tak ada lah sedap mana pun. yang makan tahu lah. yang tak makan, tengok je ah. haha. but, tahun nih aku dah tak mampu buat. sorilah pada yang banyak bertanya. haha. 
  1. butter.
  2. tepung roti.
  3. tepung gandum.
  4. gula perang.
  5. gula kasar.
  6. essen vanila.
  7. soda bikarbornat (betul ke? hahaha.)
  8. baking powder.
  9. telur.
  10. chocolate putih cap nona.
  11. chocolate koko cap cadbury.
  12. nescafe.
mudah x? hahaha. mudah2.. senang je, konpem jadi? sukatan? oh, sila tanya dengan lebih detail. yang penting, semua nih aku campur2 dan main gaol sahaja. heheh. jadi2.. siap boleh jual kalau tahun lepas. haha. 

selamat mencuba. 


Menjadi Bapa Suatu Masa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dalam sibok tak sibok memang menjadi perkara yang standard lah bila sesuatu rasa tentang tanggungjawab datang. ya, ia tentang tanggungjawab menjadi seorang bapa. mana nak boleh lari kalau anda benar2 menjadi bapa. heheh.

tapi macam mana nak menjadi bapa yang bertanggungjawab tuh mungkin bukan perkara yang mudah. ya. bukan perkara yang mudah. hehehe. sukar2. dan tak semua orang berjaya. dah bersediakah anda? aku? belom2. 

  1. haruslah waras.
  2. usah cepat marah.
  3. boleh nego2 dengan anak2.
  4. menyayangi anak dengan berpada2.
  5. tunjuk sikap dan contoh2 yang baik.
  6. tidak baran.
  7. ajar anak dengan mendidik dan bukan mengherdik.
  8. tunjuk sikap berdikari.
  9. bagi peluang bersuara.
  10. saling dengar pendapat.
  11. percaya akan kebolehan anak2.
  12. dorong perkara2 yang baik.
12? nampak mudah x? haha. mudah dengan kata2 atau perkataan. nak menjadi? oh.. sukar2. sukar2. bukan semudah itu sahaja. mestilah kena ada kebolehan luar biasa. dan kesungguhan dalam tanggungjawab tersebut.

ndai aku suatu masa menjadi bapa, izinkan aku bertanggungjawab sepenuhnya pada anak tersebut dengan sebaik mungkin. insyallah. amin. mari2. mari menuju gerbang rumah tangga. haha. tak sabar nak kahwin lah tu.


August 18, 2012

"Macam Nak Bunuh Kau!"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Istigfar jugak aku sepagi hari ni. dari lepas masuk waktu imsak, sampai 6.45! demn! aku kerjakan hasil tinggalan si binatang peliharaan adik aku! but, sorry, i feel like want to cincang2 it n bagi rimau makan!

tuh lah feeling aku yang dah macam hantu bila benda macam tuh jadi. benda apa? oh, sangatlah menarik! bila si kucing kencing atas tilam kau! kau suka? kau suka? sila tepuk tangan!
  1. sudah je imsak, dan gembira dengan kejayaan fazley master chef, aku senyum lebar dan tumbang gembira.. (tengok tv ulangan..)
  2. aku masuklah bilik! then, ngadap laptop jap. 
  3. eyh, tetiba rasa nak kemas katil jap.. (macam biasalah..)
  4. then! ya rabbi! tompok air atas katil!! (sumpah aku cek kain pelekat aku!)
  5. aku belek2 kain aku.. aku raba2. eyh! aku tak kencing dalam kain! aku tak kencing! 
  6. aku membawa hidung aku (memang boleh bawak pun) menuju laju ke tompok air tuh!!
  7. ya Allah!! time tuh, berderu darah aku! menyirap ke seluruh badan! (puasa2..)
  8. macam nak pecah dinding bilik aku tendang!! mencarot? tak payah cakap lah. memang dah terkeluar! aku dah tersumpah kucing tuh!
  9. terduduk aku seketika! mengenangkan aku kene uruskan kencing kucing atas katil kesayangan aku?
  10. oh.. aku pujuk hati aku dgn redha dan pasrah. aku berkata.."kalau kucing nih tak kencing, mesti aku tidur lepas subuh dan bangun time matahari pacak!
  11. aku pujuk lagi.. "kan puasa, kucing nih dihantar untuk uji aku.."
  12. aku jadi geram. tapi kenapa kencing?
  13. aku pujuk lagi, "eyh, mungkin sebab raya, aku tak beli baju raya baru tapi dapat tilam baru.."
  14. teringat mak aku duk tnya 2-3 hari lepas, "nak baju raya tak? pergilah beli.. ambik duit tuh.."
  15. aku? "tak tahu lah. malas lah.."
  16. oh, rupenye, aku bakal dapat tilam raye!!! sukenye!! (macam haram jadah aku layan fikiran aku sorang2..)
  17. now, aku tengah menulis blog. setelah aku uruskan tilam aku!
  18. sumpah aku takkan basuh, cuci or whatever! jawapannya, buang! padan muke!
  19. bau kencing kucing? tak tahu? oh, sangt seronok, boleh buat perfumelahhh! 
  20. sape2 yg baca, tak payah gelak lebih! anda akan rasa perasaan apa yg sy rasa jika anda ditempat sy! atas katil ok! sy ulangi! atas katil!! 
  21. dan tambah lagi, masa aku nk bawak tilam tuh campak kat luar rumah!! air kencing tuh kan masih fresh! aku dah cuba pastikan tak menitis dilantai!
  22. tapi akibat kucing yang _ _ m _ itu kencing dengan banyak dan macam haram, tak dapat selamat kan kedaan. 
  23. bertambahlah membara hati aku. air kencing menitis2 di mozek rumah! color kuning pekat pulak tuh! ohh!! sabar fendi! sabar!
  24. nak kena pulak aku mop! bukan mop biasa2! aku pantang! aku akan mop dengan 10 campuran ramuan air sabun supaya aku puas lantai berkilat wangi dan tidak ada lagi perasaan air kencing disitu!
  25. ya rabbi! tengah2 dah sudah mop! aku nampak suspek yg disyaki! dengan perasaan marah dan geram nak mampus, aku meluru berlari dan membaling mop ke arah kucing itu tanpa perasaan belas kasian.
  26. maaf! maaf buat cat lover!! i have to! i have to! geram dia hanya Dia yang tahu! 
  27. tapi tak kena! ya! tak kena! oh, aku pujuk lagi hati aku, "kalau kucing tak kencing, aku tak rajin pulak mop satu lantai rumah nih. kan dah wangi bau nya.." 
  28. eyh2, sedap pulak bila dapat fikir macam tuh! haruman febreze bersama kolobrasi downy membahagiakan disegenap ruang rumah aku. wangi..
  29. sedikit tenang disitu. dan dah rasa boleh solat. 6.50 pagi. tidak seperti biasa.
  30. dan kini aku punyai pendam yg mendalam pada kau kucing! selagi aku tak dapat tilam baru, kau jadi bayangan musuh aku. aku nampak kau, aku hadiahkan kau libasan lidi yang indah dipunggung kau!
  31. kalau aku tak ajar, lagi kau buat nanti! padan muke!
  32. dah! cukup sampai 32 bebelan aku yang tak mampu aku luah kat mana2 selain sedaphatimenduaa aku. 
pada yang ada kucing, jagalah korang. memang korang dah latih, konon kencing kat tandas lah. luar rumah lah. tapi, kalau benda nak jadi, tetap jadi. u will feel what i feel. best sangat! ulangi lagi. katil ok! katil! haih!!


August 16, 2012

Tips Bujang Balik Kampung

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hohoho balik kampung.. hohoho balik kampung.. hati girang.. oh yeah! seronok. seronok.. tapi aku dah tak rasa feel2 macam nih dah. almaklumlah. bujang di rumah. haha. 

so, aklau nak balik tuh, beringat2 lah. 
  1. kalau yang duk jaoh, pastikan tinggal rumah dalam keadaan yang baik.
  2. rancang perjalanan.
  3. yang drive jaoh, lebih elok kalau berteman. balik ngan kawan2 ke apa.
  4. kalau ngantok, rehat. bulan puasa kan. 
  5. yang balik malam pulak, pastikan anda segar bugar. haha.
  6. kalau silau2, rehatkan mata. gilir2 lah drive tuh.
  7. drive slow2. tak payah rushing. semua orang pun nak balik kampung.
  8. yang naik bus, datang pada masa yang tepat dan lebih awal.
  9. rancang perjalanan.
  10. pastikan barang2 nak bawak balik semua dah ada.
eyh. simple gini je. ha lah.. yang lain2 standard ah. takkan semua aku nak bagitahu. haha. nak peringat jaga diri je. hehe. adios.. migos.


August 15, 2012

Petua Mudah Naik Berat Badan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ada yang nak gemuk? ada yang nak kurus? macam2 lah. nih cara nak berisi! bukan gemuk! bukan kurus! haha. kira kalau anda2 gi timbang, konpem naik meter! heheh.

tapi tak semua orang rajin buat benda alah nih, ada yang malas2. ada yang lupa. ada yang tak punctual! dan sebagainya. siap ada yang tak nak keluarkan kos lagik! kede lah kau!

yep! susu! susu! minum lah susu! wey! tak kira lah jejaka ke gadis! minum susu nih dah macam mud jadi baby pulak. sebab tuh baby mudah tembam. haha. dan anda pun boleh.



minum lah dalam 2 kali sehari. pagi2 ngan dekat2 nak tido. nak buat sejuk ke, suam ke, terpulang. 5 sudu kecik tiap kali buat dalam satu gelas dah memadai untuk dapatkan rasa yang owesome gila!

supplement? oh, aku tak berapa nak layan sangat. kalau anda2 layan benda tuh, silakan. susu sedap lagi. hahaha.. seyes! memang rasa nak tiap2 malam. asalkan berat insyallah naik slow2.. hehe.


August 14, 2012

Kalau Terkedu Jumpa Ex Di Bazar Ramadan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haha. bnyak kali aku jadi driver hari nih. padan duk layan radio dalam kereta je. dan hari2 yang lain jugak. pastuh, adalah satu slot kat radio nih kira share2 pasal cinta. haha.. meluahkan. adoi!

ramailah manusia yang call dan bagitahu kisah2 mereka! macam2. sesedaphatimenduaa memang layankan jugak benda2 gini. ada satu kisah tuh, dia ternampak ex dia kat bazar ramadan. katanya:
  1. sedih nampak ex.
  2. rasa macam kalau urat kene potong tak keluar darah.
  3. berdebar2.
  4. rasa masih sayang.
  5. terpaksa buat pilihan antara dua sebelum clash dulu.
  6. salah dia sendiri.
  7. ngaku salah.
  8. namun, tak percaya ex dengan kawan yang dia kenal.
  9. how come si kawan boleh dngan ex dia
  10. tak dapat bayang kalau ex dia kahwin dgn kawan dia tuh.
  • dj: eyh, dia boleh buat lah apa2, awak tuh dah ex dia jugak.
  • jejaka: ye lah, tapi sy rasa syg tuh ada.
  • dj: kire awak cemburu?
  • jejaka: tipu lah kalau saya tak cemburu.. 
  • dj: awak kene terima..
  • jejaka: ye lah.. sy kena terima dan bersyukur dan sy jugak syg ISTERI saya sekarang..
  • dj: oh, dah ada isteri..
aku: hahahahahahhahahahahahahahahahahahahahhaha.. oh! cinta oh cinta! how come? yeah!! ist about feeling right? hehe.. patut tak jejaka tuh rasa begitu? hehe.. jawab lah sendiri.


August 13, 2012

'Aku Suka Seseorang, Tapi Seseorang Suka Aku?'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haih! dah pagi buta. sahur? belum2. saja nak blogging2 dulu. dalam dunia nih macam2 ragam jugak pernah terjadi. sama ada terancang atau tidak, semua kerana kehendakNya.

bagaimana dengan situasi tahuk post di atas. pernah and suka pada seseorang? dan dengan tiba2 nya, ada seseorang suka juga anda. haha. dah lebih kurang macam cinta bersegilah nih.

tapi yang mana satu anda betul2 terima? yang anda suka atau yang anda disukai? hehe. mengenangkan pengalaman rakan2 dalam dunia cinta di muka bumi ini, ia membawa aku untuk berkongsi.
  • kawan: cam mane awek?
  • aku: oh, aku single2 mingle2 e..
  • kawan: eyh, ko jngan memilih sangat. takkan tak ada orang nak kat ko. 
  • aku: haha. entah. mane aku nak tahu.
  • kawan: ko jual mahal sangat nih.
  • aku: mane ade. dah takkan aku nak pakse diri aku suke seseorang?
  • kawan: ha, dengar nih. yang kau tak suka tuh la akan jadi milik ko. akan bersama ko.
  • aku: aih, ape pulak! jodoh segalanya di tangan Dia.
  • kawan: ye lah. betul, tapi ko kene ingat, lebih baik pilih orang yang sayang kita dari orang yang kita sayang.
  • aku: pergh! ayat. maksudnya cam mana?
  • kawan: orang yang sayang ko akan benar2 ikhlas syg ko. tapi org yang ko sayang, belum tentu ia akan syg ko jugak. bila2 masa dia boleh berenti untuk menyayangi.

wargh! sedikit nasihat disitu. yang tulisan besar tuh betulkah? sampai sekarang aku ingat. macam ada betulnya. eyh! memang betul! ya.! memang betul! sure? entah lah pulak. haha. 

soal jodoh nih rahsia Dia. kita boleh berusaha untuk ada orang menyayangi kita. dan kita boleh juga berusaha untuk mengelak dengan apa yang kita tidak suka. namun!!!

jika tertulis si dia untuk kita, tidak akan ada apa2 yang akan menghalang jika dia untuk kita. dan tidak ada apa yang akan membenarkan jika ia bukan untuk kita. oh. oh yeah! itu benar. 

dan kalau dah rasakan pilihan itu sukar untuk ditentukan, mengadulah pada Dia. beristikharahlah kita. insyallah, ditunjukkan pilihan yang baik buat kita. amin. oh. mud bahagia. 


August 12, 2012

Beberapa Perkara Saya Bahagia Lakukan Dengan Awak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haih. macam2 perkara yang disukai oleh tiap2 pasangan dalam dunia nih. haha. terjumpa pulak aku bahan bacaan nih. macam menarik. tapi amalkah kita macam nih?
  1. lakukan macam2 perkara bersama.
  2. tonton file2 lama dan cerita kartun.
  3. bershopping dan cari baju yang sepadan.
  4. saling berpelukan dan berpimpingan tangan.
  5. saling mencintai.
  6. bergaduh manja like pillow fight
  7. berjenaka dan sama2 rakam.
  8. ambil gambar sebanyak mana yang boleh
  9. mengembara di setiap pelusuk dunia.
  10. beli barang2 yang menarik.
  11. berumah tangga dengan bahagia.
  12. memiliki anak dengan pasangan.
  13. mencintai hingga akhir ayat.
sumber: 100 words

so, amalkah kita macam nih? hehe. yang no 9 paling best bagi aku. hehe. sama2 mengembara walau dimana sahaja. wuhaa.. syiok2. kalau dah puasa2 nih, lepak2 duk rumah buat biskut dah la. hehe.


August 9, 2012

Contact Lense Buat Gadis Tak Original Menawan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuha!! tengah2 aku duk godek2 image2 yang ada dalam google tuh, terfikir pulak aku, tentang ramai gadis2 yang pakai kontek lens nih. haha (maaf lah saja eja macam tuh..) adoi. habis lah dah tak menawan!

kalau yang betul2 cun dan cantik tuh isokay, tapi kalau ada yang dah jadi macam hantu.. ha, achaner? oh. hilanglah asli diwajahmu wahai gadis. pandangan mu tidak pesona lagi, malah mengerikan. haha.
  1. zaman skrang pakai sebab nak lebih cantik lah.
  2. ada yang pakai sebab nak bagi bijik mata nampak besauuuu!
  3. eyh, yang rabun pun ada.
  4. tak kurang jugak pakai sebab nak matching warna baju or kasut. huhu.
  5. dah tuh, pakai sebab semangat sukan pun ada.corak2 olimpik dalam bijik mata.
  6. sebab nak nampak kacukan lah. typical malaysian kan warna dark brown or black only. hhee.
  7. pakai sebab nak menggoda? oh!
  8. guna for confident?
  9. oh, saja2, dah fesyen, ikut trend lah. haha.
  10. sebab nak kahwin, kena lah pakai. baru mantap photoshot.
hahai. ok2. ikut sukalah kan. pakai lah. belilah. gunalah. aku saja nak bagtau. sebab kadang2 membuatkan sedikit berbulu mata aku pulak tengok matamu. hehe. "tak payah lah tengok!" dah tertengok! nak buat macam mana. haha.

bersyukur je lah benda apa yang kita ada. semua nih budaya. oh. cultured shock? entah. fikir sendiri. "eyh, ikut peredaran zaman lah bro!" oh.. ok2.. kita dah akhir zaman dah pun.. 


August 8, 2012

'Saya Nak Save As Gambar Awak Boleh?'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai. ragam2. sapa pernah buat benda nih? haha. mesti tak ada yang nak ngaku. ha, aku pernah buat wey. ya, aku pernah buat. lalala. gambar sapa? hah, mestilah neolofa. kuang2.

kenapa mesti buat benda nih? oh, tatkala hati seseorang memberontak kerana:
  1. i lebiu so much.
  2. i nak jadikan u permaisuri hidup i..
  3. i nak ingat u hari2
  4. hari2 i tak bermakna tanpa u.
  5. lebih baik i mintak izin.
  6. i nak yang ikhlas dari u.
  7. gambar u sentiasa dalam ingatan.
  8. i letak kat phone i.
  9. i jadikan wallpaper hidup i.
  10. i taknak lupakan u walau sedetik.
hah! ambik kau! drama2.. haha.. antara alasan2 tuh mungkin kita2 pernah guna, eyh, tapi, ada jugak tak payah mintak2, siap si gadis tuh lagik yang bagi. yang best lagi, snap same2. lala..

yang tak pernah buat cam gini, anda bagus. -_- yang pernah buat? jagalah diri anda supaya anda menjadi orang dan sentiasa disayangi.. insyallah. amin.


Officially Menetapkan Usia Harus Menjadi Suami

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pening duk fikir masa depan. tapi taim2 macam nih lah ada masa nak fikir. taim berada di rumahku bukan rumah mu. so, fikir lah bila aku harus membina rumah tangga yang kekal abadi. cewah! haha.

opkos aku nak kena rancang. tapi, semua benda2 lain mesti Dia tentukan. termasuklah dengan siapa aku berumah tangga. hahai. kalau kena dengan janda2 ke, budak2 ke. siapa tahu. vavavava.. 


oh yeah! dah tertera kat situ! siap ngan warna baju kahwin lagi aku dah fikirkan. hehe. jadi tak jadi doa je lah. umur panjang jadi. umur tak panjang, kenangan abadi. hehe.

sebab ape aku memilih 27? ha, sbb aku dah kire2, dalam masa 4 tahun nih, insyallah, apa yang aku rancang dari segi ekonomi dah sahsiah diri harus diutamakan jugak.

kalaulah terkahwin awalkan. ape nak buat. isokaylah. haha. namanya, rezeki jugak tuh. bukan desakan bakal isteri punyelah. haha. tak suka isteri yang mendesak. haha. kk, sudah sampai sini.

calon? babai.. jumpa lagi..


Pertandingan Logo Visit Terengganu 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nah! bosan2. so, aku semadikan benda alah nih kat dalam blog aku. syiok kot buat benda alah nih. dalam masa 2 hari aku ambik untuk siapkan semua nih. dapat belajar something..











nih la sekadar hobi.. mengasah ilmu yang tidak diiktiraf. moga2 makin mahir aku ha. hahai. buat benda nih, boleh lupa tv, lupa facebook, dan lupa nak jalan2. cukup nih saja, nak tengok lebih, gi FADI. sekian.


Expose 'Hanya Aku & Dia?'

tak perlu kata apa2. biar gambar berbicara. dah lama nak di sharekan. tapi, tapi nih lah masanya. lalalala.. 





gambar2 nih tak boleh berkata2.. sama macam aku jugak. tak boleh nak kata apa. boleh type2 je. sekian. selamat berpuasa semua. yang baik dari Dia, yang buruk itu sungguh dari aku sendiri.


August 7, 2012

'3.69 Itu Adalah First Class'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuha! meloncat jugak tiap kali tahu pasal result. apsal? ye lah. sama ada mengecewakan, tak kira apa pun, atau menggembirakan? haha. tapi, bagi aku sejak sem 3 dan 4 di utm skudai, macam dah tak ada hati. 

aku sendiri macam harap lulus dan boleh hbis dengan lancar sahaja. tapi tetiba ada hutang kat bendahari pulak! arituh aku gi bayar rm2 sebab sticker, apsal x mentioned ada lagi hutang! hek!

tahu, anda tak boleh konvo kalau tak bayar rm4 hutang bilik sehari! oh! dunia2. hahaha. isokay. selamat berkonvo lah rakan2. detik mengenali anda semua tetap terbaik!  dan ikutkan sebenarnya, aku bukan nak sambung.

ya. bukan aku nak sambung degree. sebab tawaran 2 tahun je membuatkan aku teruskan. tapi bersyukur. kalau tak, aku tak menjadi aku sekarang. aku tak kenal banyak2 kawan2. nih semua perancangan Dia. amin.

apa aku nak kongsi, kalau kita benar2 target dan berusaha ya, kita akan dapat denngan izin Dia dan begitulah apa yang aku dapat ketika diploma. memang angka bukan segalanya, yakni pointer. namun, itulah kehendak dunia.

masa SPM dulu, bukan nya dunia tnya, spm macam mana, result boleh masuk u x? haha. mesti tanya berapa A?! yeah, its goes to the kuantiti. kualiti akan menyusul. bila dah 10A, opkos in mind, berkualitinya budak nih.

haha. isokay. im too worse in spm. but, penangan dari famili ketika itu memang dasyat yang amat. malas aku nak cite dah. yang tahu, tahu ah. tapi, kebangkitan tuh yang aku amat bersyukur. 

eyh! tapi tak adalah aku sampai tak makan, tak tidur, tak main, tak jalan2 dan sebagainya. haha. gila apa. its more on targeting! so, buat yang tengah belajar, targetlah apa anda nak. apa2 pun jua. insyallah dengan izinNya.

ketika degree pun aku tetap dapat apa yang aku nak. apa yang aku nak?
  1. aku nak membiasakan diri hidup di dalam dunia seperti skudai.
  2. aku nak berkawan dengan ramai orang.
  3. aku nak gunakan prinsip "kalau aku tak buat siapa lagi."
  4. aku nak habis dalam masa 2 tahu jugak.
  5. aku nak aku mampu berinteraksi dengan siapa2 sahaja.
  6. aku nak buat yang terbaik untuk semua.
  7. aku nak bahagia je hidup kat skudai.
  8. aku nak belajar satu benda yang baru daripada KL, iaitu ketenangan.
  9. aku nak mengenali kehidupan lebih dari apa aku belajar.
  10. aku nak famili aku tahu aku hidup dengan baik di sana.
dan apa yang aku tak pernah nak? haha. tapi pernah terfikir.. haha.
  1. kalau lah calon isteri terjumpa kat skudai.
  2. kalau tetiba aku kahwin tengah2 blaja.
  3. kalau lah aku dapat anugerah naik pentas dada bergetar2.
  4. kalau lah aku wakil bagi unibersiti.
  5. kalau lah aku tak mampu siapkan tesis? 
hahai. semua 5 diatas, aku memang tak nak ok. paham betul2. just terfikir. alhamdullillah. segala yang aku dapat, dengan izinNya. kalau ada rezeki, konvo, jumpa lah aku dengan utm lagi.

dan ingat untuk diri aku sendiri. cabaran hidup sama ada terus kerja atau sambung belajar tetap berbeza. pandai2lah nak hidup nanti. ape kelebihan yang diperolehi tetap dengan izin Dia. usah mudah riak.

terima kaseh tak terhingga pada semua yang terlibat dengan hidup saya sepanjang di skudai. ramai sangat kalau nak mentioned. kire semulah. tq2 so much. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...