Blog Fendi Islam: September 2012

G.E.N.G

September 28, 2012

'Bagai Menjilat Ludah Sendiri'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi. agak kasar aku rasa term tuh. tapi nak kata peribahasa aku tak berapa nak sure sangat. rasa dah macam peribahasa dulu2. ke peribahasa skrang? hee.. org makin maju..

apa yang boleh disingkap dengan dah ludah pastu jilat balik? dalam prosa kata kat atas, aku melihat sebagai manusia yang dah buang seseorang dalam hidup dan akhirnya, tetap menerima balik?

apsal ludah, apsal jilat? tuh lah.. macam kasar sikit. padahal perilaku menerima seseorang semula dalam hidup yakni memaafkan dan redha adalah perkara yang baik. ya ia baik.

memaafkan orang, takkan jahat pulak. pandai2 fikir sendiri. tapi prosa di atas jika diperdengar kepada org yang menghadapi keadaan tersebut barangkali boleh mencetuskan amarah..

terlajak perahu undo lah.. terlajak kata, sorry to say.. haha. tapi dgn redho dan ikhlas kita masih boleh blaja memaafkan orang walau sekeras manapun pendirian itu.

cukup2 sudah duk mencemuh dan meninggalkan orang yang pernah di'ludah' itu. menjilat kembali bukan negatif pada erti sebenar. ia adalah rasa redha dan ikhlas. ok2. mungkin tak sesuai prosa dgn huraian aku kali nih.

akan tetapi, dalam bahasa pasar, mungkin ini yang kita perdengar. tuh aku nak bgtau. org yang mendengar usah cepat buat penilaian. mungkin mengundang padah. buat biasa je.


September 27, 2012

24,671 Viewers Setelah 5 Bulan #Sedaphatimenduaa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi semua. adoi. skrang nih kekangan masa memang hebat berlawan dengan aku. tatkala aku try nak mencucuh dan menikam masa, aku dikejar. payah. dan payah.

bila dah ada masa sikit untuk aku celahkan, aku cuba berkongsi. cuba mentelaah dan mencari bahan simpanan khazanah #sedaphatimenduaa. btw, dah ada 'hashtag' kat twitter. kahkahkah. macam kelakar.

1st thing jugak, aku tak kejar gelemer. yang mana nak kata tuh, aku ambik 'yang baik2. yang buruk2 aku tendang masuk tong sampah'.. via si bodoh kanak2 tadika. 

biasa dan adat dengan kritikan manusia. aku selaku hamba Dia hanya perlu kuat untuk aku mengharungi pujian dan makian dalam dunia ini. nak memblog memang macam nih kah? haha. pada yang baru nak mula, welcome.

setiap org juga lain caranya. dan #sedaphatimenduaa (hashtag lagi.. macam seronok..) akan aku cuba buat pengisian yang barangkali banyak golongan boleh berkongsi. tidak menjerumus pada golongan bercinta, malah org lain.

dikesempatan 24,671 viewers yang melawat blog aku nih, aku nak ucapkan ribuan terima kasih. sungguh tiada paksaan aku katakan. anda yang menentukan untuk menerima dan mengambil iktibar dari #sedaphatimenduaa.

moga ia terus menerus barakah dan ada pengisian yang boleh memberi kebaikan dan kesenangan pada semua orang. itulah harapan #sedaphatimenduaa ini. sekian. 


September 26, 2012

6 Tips Kusyuk Dalam Berdoa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

selamat pagi.. sesudah solat, pasti kita berdoa. doa nih bukan benda yang main2. bukan perkara yang kita mintak main2. semua adalah permintaan kita pada Allah yang maha Esa. 

tiada lain yang kita sembah melainkan Dia. saban hari skrang, memang payah nak kita fokus dalam doa. aku sendiri merasa ujian nih. ya lah.. tengah2 berdoa, macam2 yg kita teringat.

  1. ingat bila nak makan..
  2. ingat nak keluar..
  3. ingat nak tengok tv..
  4. ingat nak msj..
  5. ingat nak buat itu..
  6. ingat nak buat ini..

haih, memang nih lah dugaan dalam keduniaan.. yang tak tahan.. tengah2 nak berdoa, duk teringat nak makan keropok lekor. hahai. what a bad day if sehari tak makan keropok lekor an. haha.

macam mana kita nak buat? payah x?



slamat berkongsi ilmu.. boleh lah kita amalkan. sungguh yang baik dari Dia. dan yang buruk dari aku sendiri. tiada paksaan dalam membuat amalan kebaikan. tapi meh la slow2 amalkan. lama2 jadi amalan..


September 23, 2012

Feeling-Feeling Student: My Basic Understanding of “Metropolitan Region” Yang Terpilih?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hahai.. sejenak masa pantas berlalu.. aku nak kongsi sikit ilmu perancangan.. dan pendapat aku tentang apa itu wilayah metropolitan. haha. ada yang zero knowledge.. same lah ngan aku dulu2.

syg pulak aku kat planning. haha. tapi, its not my soul. isokay.. aku abadikan untuk dikongsi. terima kaseh pada dr anuar yg memberi tunjuk ajar dan ganjaran (hahaha..) dan kawan2 yg menyokong..


hahai.. kalau ada yang nak baca dengan lebih lanjut, gi kat link lecturer aku.. moga ada manfaat dengan perkongsian ini. yang tak tahu apa2 pasal wilayah metropolitan, isokay, sekadar bahan bacaan.Dr Anuar..


'Apalah Daya Hati' Kini Dipasaran?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


setelah beberapa lama menanti.. (tak ada lah lama sangat..) kini apalah daya hati boleh dimiliki oleh sesiapa yang memninati bidang penulisan novel nih. haha. aku tak ada lah minat sangat. biasa2 je.

tak paksa dan tak suruh. hanya memberitahu. kot2 ada yang nak, gi lah beli online. haha. harga pun tak berapa nak mahal pun.. x sampai rm20 tak silap aku. apa istimewa?

hahai. gi beli dulu, anda2 akan feel lah kot istimewa ke tak benda alah nih. haha. kalau tak istimnewa? sila anggap anda buat amal jariah. sebab sebahagian daripada pembelian novel nih akan didermakan.

wut2.. wut2.. tata. tu je ah aku nak bagitahu..


September 20, 2012

"Jejaka Kahwin Lewat, Anak Kurang Bijak?"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dalam dunia nih, jodh dan mati dah tentu2 milik kuasa Dia.. Dia yang tentukan. haha. dah aku agak tergelak jugak apabila membaca pasal kajian manusia jika lelaki kahwin lewat anak menjadi kurang bijak.

boleh ke terima semua ini? haha.katanya faktor CNV menjadikan anak kurang intelektual apabila kajian telah dibuat. so, katanya lagi, ia berkaitan dengan DNA jejaka yang bermain dengan faktor usia umur. hahai.. kesian lah pulak.

bagaimana anda rasa? nak abca dengan lebih lanjut, gi beli surat khabar.  zaman bile tah. haha. mesti dapat tahu lebih full. btw, kebodohan, kepandaian, kita kena usaha.. dengan redhaNya sekali..

usaha mana pun kita duk mentelaah, tapi kalau tak ada redha Dia, failed jugak exam tuh.. hahaha..


September 16, 2012

"Apa-Apa Yang Melemparkan Ke Neraka Itu Bukan Cinta"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


syukur kepada saudara hilal asyraf.. beliau berjaya menerbitkan buku dan berkongsi serba sedikit tentang ilmu yang dimilikinya sepanjang meneraju langit ilahi. 

kalau nak tahu lebih 'apa2 yang melemparkan ke neraka itu bukan cinta' gi lah cari dan beli buku nih. hehhe. pasti ada pengajaran dan teladan yang boleh dikongsi dalam kita menjadi hamba Dia. insyallah.. 

p/s: untuk mengikuti dan berkongsi ilmu bersama beliau.. Hilal Asyraf


September 15, 2012

Beruk & Monyet Dah Mula Cemburu Dengan 'Oppa Gangnam Style'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuhaa.. pagi semua. hari nih aku ambik kesempatan sikit. haha. ye lah, time 2 ada masa macam nih la kalau nak berblogging pun. so, setelah aku duk layan2 video joget oppa nih, terbaca plak aku pasal beruk dan monyet.

haha. ada yang member pendapat yang beruk dan monyet dah mula cemburu. manusia sekarang dah mula praktis style2 mereka. dari pagi hinggalah ke malam benda alah nih dipraktis. haha.

dalam internet tuh tak payah nak cakap lah. beratus juta yang dah view pasal video oppa tuh. aku malas nak cerita lebih2 pasal asal usul video tuh, sape yang nyanyi dan sebagainya. aku percaya, ramai lebih tahu.

aku tak tahu pun tak ada hallah. haha. erm, bercakap pasal style dan gaya oppa gangnam tuh, aku pun malas nak tahu sangat pasal maksudnya, liriknya dan apa2 sahaja. 

cukup dengan rentak lagunya dah boleh buat manusia genggam tangan dan kangkang luas2. wallahh!! dasyat jugak penangan oppa nih, baru terkinje2.. kaki terkangkang2.. bukak! tutop.. bukak! tutop.. hahah..

baru2 nih aku layan sekejap video di ipta yang jadikan lagu oppa gangnam style nih sebagai pembukaan dan ada yang penutup bagi sambutan pelajar2 baru ke ipta tersebut. oh! what a wonderful style!

hahaha.. beribu2 la pelajar yang terkinje2 dan melompak2 seiring dengan sebutan OPPA GANGNAM STYLE apabila tiba diwaktu yang sepatutnya. hahaha. dasyat2.  mane;ah beruk dan monyet tak jeles.

bukan manusia bagi pun monyet dan beruk tuh join sekali time2 mereka duk kusyuk menari. haha.. tak ada siapa boleh kacau mereka time mereka tengah syiok beroppa gangnam style. haha. nih kan beruk dan monyet.

menular sudah lah virus nih. macam mana nak hidar? ke suka sangat dah? haha. tak pe lah, aku hanyalah seseorang yang berfikir tentang betul nya pendapat punjangga bahawa beruk dan monyet pasti cemburu.

heee.. sebagai penutup, renung2kanlah.. memang manusia nak enjoy puas2 dahulu.. tapi ingat, perkara paling jauh dgn kita adalah masa lalu.. dan yang paling dekat adalah kematian..


September 14, 2012

Makanan Boleh Singkir Minyak Dalam Badan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat pagi lah semua. hari nih aku nak share pasal benda sihat2 kejap. pasal cinta, nanti2 dulu. walhal macam2 perkara aku nak share. stop kejap. kekangan kehidupan.

tahu tak makanan apa yang amat dan sangat berminyak? oh, pastilah benda2 yang bergoreng. memang ramai yang suka makan fries, pisang goreng, cucur dan sebagainya.

yang sedap itulah racun, dan yang pahitlah penawar. haha. bukan aku nak suruh telah ubat ke apa. tapi peribahasa itu memang ada betulnya. mulalh dengan pemakanan yang sihat.

so, aku mentelaahlah sikit pasal nih.
  1. epal: buah nih boleh singkirkan minyak. makan banyak. sebijik pun jadi sebnarnya. kenapa? jangan tanya aku lebih. walau aku penah jadi budak sains, malas aku nak cerita lebih2. gi google pasal kandungan dia.
  2. minum air suam: ya, air suam adalah semujarab bahan semula jadi yang boleh pulihkan sistem hadalam dan sebagainya dalam badan kita. hehe. minum lah 10 liter sehari. pun ok. plus ngan bersenam2 sikit lah.
  3. air lemon, atau asam atau oren: hah! tak kisahlah, janji benda2 yang masam. yeah. kan asid. boleh memecah kandungan lemak dalam badan daripada minyak tersebut *feeling saintis jap..*
  4. oat atau bijirin: oh yeah. nih pun baik. bukan setakat boleh bagi kenyang, siap boleh tarik minyak2 dalam saluran pencernaan tuh then, keluar jadik najis sekali. oh... mudah2.
  5. semua makanan2 yang sehat (sayur, buahan2, daging, bijirin..): hah, nih aku kategorikan sekali terus senang. semua makanan yang sihat sudah pasti bagus. hehe.
so, macam mana? kalau dah syiok duk makan benda2 goreng hari2, pandai2lah cover balik dengan pengambilan makanan yang lebih sihat. hehe. sakit, sihat, hidup dan mati tetap ketentuan Dia. insyallah.


September 12, 2012

Bila Bujang & Anak Angkat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


anak? ya, bayi nih adalah kelahiran yang suci kurniaan Dia. pada siapa? pada pasangan ibu bapa yang diizin Dia untuk mendapatkan anak ini. tapi kalau tengok zaman sekarang, faham2 lah.

senang2 je buang. tak tahu aku nak duga macam mana perasaan mereka yang mudah2 je gi letak bayi nih dalam tong sampah. dalam longkang. dan macam2 lagi. hahai. pelik2.

kalau dah buang tuh orang lain jumpa tak de hal lagi. nih, mati. terus mati tak ada siapa tahu. hahai. istigfar banyak2 lah kita. sungguh mulia kelahiran itu. betapa susahnya nak mengandungkan seorang anak tuh.

bila dah jadi macam nih, lebih baik ada yang jaga anak2 nih sebagai anak angkat. dan aku pulak tergerak hati gi google tadi. hehe. syarat2 pengambilan anak angkat.

apalah sangat nak di kejarkan dalam dunia ini. kepuasan? kekayaan? harta? pangkat? jawatan? memang betul kata2 motivasi. kadang2 Allah tak bagi kebahagiaan yang kita nak dalam bentuk wang ringgit/pangkat. tapi Allah berikan kita kasih sayang.

itulah bahagia yang mungkin orang yang berduit, berharta dan berjawatan tak dapat nak kecapi. kepuasan merasa wang ringgit yang lebih dikejar. ya, aku tahu dengan duit boleh ada itu dan ini. teruskan jika itu dan ini dikejar.

habis dah bab2 pendapat aku. nih aku nak share. pasal syarat nak ambil anak angkat. pasti ada yang teringin dan tidak tahu caranya. insyallah, dengan niat yang baik, Dia akan permudahkan urusan itu.
  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak
p/s: kalau nak tahu lebih detail, boleh rujuk Pejabat Kebajikan Masyarakat.. haih. tunggu usia mencukupi lah abru boleh. (jika masih tidak beristeri..) hee.. yang baik dari Dia, yang buruk tetap dari aku. sungguh aku tetap boneka..


September 11, 2012

"Gadis Lady Boss VS Jejaka Boss"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. lama jugak aku tak blogging. oh. kekangan faktor masa dan kesempatan yang terluang tuh yang payah. haha. kan dah mula semester baru.. (apa kaitan..)

tapi ragam manusia buat aku rasa nak share pasal nih. bila gadis kononnya macam bos dan memang jejaka seorang bos. bila si gadis jadi lady boss memang parahlah karenah dia:
  1. cerewet! 
  2. on time!
  3. perfecto!
  4. complicated!
  5. sharp!
  6. fast & furious!
  7. teliti!
  8. no mistake.

tapi kalau dah jejaka seorang bos, memang standard punya piawai je. haha. yang semua orang tahu dan faham.
  1. disiplin.
  2. simple.
  3. sempoi.
  4. yakin.
  5. rajin.
  6. matang .
  7. bersemangat.
  8. tabah.
haha. so, yang mana satu anda pernah alami. kalau dah bercampur ciri2 gadis lady boss dan jejaka boss, alamaknya masaklah anda. haha. tapi mesti banyak perkara yang dipelajari. percayalah. 


September 8, 2012

10 Benefits While Always Log Out Social Network Acc

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hoit! lama jugak aku tak memblog. so, aku ambik masa kejap nak post dan share benda alah nih. pasal log in dan log out acc social network. hehe. zaman sekarang memang banyak lah acc yang kita2 dah register.

macam aku sendiri:
  1. facebook
  2. twitter (terhangat.. mudah.. pantas..)
  3. whatsapp
  4. yahoo
  5. gmail
  6. instagram
  7. forthsquare
  8. tumblr (syiok gila..)
  9. blogspot

hoih! ada lagi. ada bnyak lagi. tapi yang 9 nih memang sehari kena bukak lah ceq oi. hehe. tak adalah sehingga menjatuhkan hukum pada tahap wajib tapi adalah menjadi tabiat.

yang bahaya, kalau dah banyak2 macam nih, then, kita tak logout. ha! acaneer! padan lah muka. padanlah muka kalau dapat kat insan durjana. haha. tapi setimpallah kalau kita pun kenakan kat orang. ambik kena balik.

setakat nih memang aku pernah kena di hacked. haha. akan terbitlah status bangang2 dalam acc social itu.
  1. "saya nak berak. mari teman saya.."
  2. "saya kacak. ramai tak nak kat saya.."
  3. "awak suapkan saya boleh.. saya lapar.."
  4. "rindu awak.. rasa nak peluk2.."
  5. "korek hidung itu nikmat.."
haha. ambik kau. nasib kau lah. tak payah nak marah2. jadikan ia perkara gurauan. tapi bergantung lah. dapat kat mangsa2 yang emo, haha, nasib2.. kesian. kalau lah kita logout:
  1. maka menangislah musuh2 kita yang nak kenakan kita.
  2. insan2 lain takkan think negatif dengan status yang macam haram itu.
  3. tak ada persengketaan dengan mana2 pihak.
  4. hidup aman damai tanpa gangguan sosiallll.
  5. duit dalam bank kita pun tak habis dengan mudah.
  6. musuh takkan ada kesempatan memamposkan hidup kita.
  7. password2 kita juga terlindung jika banyak yang sama.
  8. masih terjaga hubungan dengan gadis2 dan awek2.
  9. persangkaan buruk dan negatif tidak wujud.
  10. kebahagiaan bersocial network tercapai.
haha. adakah itu faedah yang diidam2kan? haha. bergantung. pada aku tak semua pun. kalau kita buat orang, orang akan buat balik kat kita. jaga diri kita dulu sebelum orang lain mai jaga diri kita pulak dengan niat negatif.

hehe. sekian, yang baik dari Dia yang Maha Esa, yang buruk tetap dari diri ambe jugak. 


September 6, 2012

Design Service Charge "Saya Design Hingga Anda Senang Hati"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kelip2 mata. gosok2 mata. dont worry, anda belum rabun. tak nampak jugak? dont worry, anda belum rabun. hahai..

yopp! kalau ada yang perlukan, just contact aku. insyallah akan aku cuba sedaya mampu. tangan ada 2 je nih. hehe. dan kepercayaan anda, memberi kesenangan hati pada anda sendiri.

coop! tak nampak harga? hehe. ampa kena email ceq la tanya lagu mana. ceq boh terang2 sat gi, risau pulak. hehe. ada yang pengsan ka apa. so, yang benar2 serius dialu, alukan. trima kaseh.


September 4, 2012

30 Azam-Azam Semester Baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai. ada yang dah masuk belajar. ada yang dah nak habis exam. ada yang baru nak daftar. hehe. dah tak sama sistem belajar kat malaysia nih. bergantung pada universiti tersebut.

tapi, meh nak sentuh sikit pasal sintom pada yang baru nak mula masuk sem baru. hehe. memang ada punya tabiat, feeling, perasaan dan sebagainya. ya lah, lama sangat cuti. 
  1. bertemu kawan2.rindu gila kat kawan2.
  2. feeling2 nak jadi student yang lebih baik.
  3. nak fokus gila baby dalam kelas.
  4. tak nak main dah. nak dapatkan pointer lebih baik.
  5. mesti ada penampilan baru.
  6. semangat dan nafas baru.
  7. nak baik2 ngan lecturer. kurangkan rungut itu ini.
  8. nak menonjollah.
  9. diet! yes! diet! mesti cukup makan dan bertenaga.
  10. tidur? harus cukup. on time.
  11. tak mau gaduh2 ngan siapa2. baik dengan semua.
  12. jimat cermat. tak boleh boros.
  13. kejar pengalaman. cari banyak2.
  14. kurangkan stress2. tenang2 je.
  15. semangat lebih kental. sebab macam ujian.
  16. takkan tidur dan ponteng kelas.
  17. esemen nak buat sendiri. tak mau dah copy paste.
  18. rajin jumpa lecturer kalau tak paham.
  19. jogging dan beriadah. kena mix ngan study jugak.
  20. tak biarkan pakaian berlonggok baru nak basuh.
  21. tolong kawan2 yang susah.
  22. happy2 always dengan mood campus.
  23. terima apa jua keadaan yang mendatang.
  24. travel setiap detik langkah hala tujuan. melancong sambil belajar jugak.
  25. tak nak subuh gajah dah.
  26. nak setia dengan jam loceng untuk bangun awal.
  27. solat2 lain on time jugak. tak nak bertangguh dah.
  28. esemen buat awal. bukan deley2 sampai jadik gunung.
  29. time study biar faham. bukan asal siapkan esemen.
  30. share dengan kawan2 perkara baru. 
eyh2. skema2 azam2 itu. naik hangin pulak aku bila baca balik. tapi tak pe lah. dah type. malas nak delete. type pun tanpa henti. mencurah2 idea tuh keluar. hambik!


10 Sebab Gadis/Jejaka Mintak Jejaka/Gadis Menyamar Jadi 'Kekasihnya'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hidup nih macam2 ragam ada. ya, memang macam2 ragam. hehe. ragam yang mungkin pernah berlaku dalam hidup sesiapa sahaja. mungkin ketika berlaku, kematangan masih belum wujud dalam diri individu.

apakah punca berlaku fenomena seperti ini? sehatkah fenomena seperti ini? tidakkah memberi kesan yang buruk pada mana2 pihak atau individu? semua terletak pada keadaan dan suasana.
  1. mereka rasa mereka terlalu ramai orang yang meminati.
  2. sebagai langkah untuk berasa selamat bagi gadis di samping si penyamar.
  3. supaya gadis2 tidak mengganggu lagi jejaka yang digilai itu.
  4. kerana mereka rasa mereka hot?
  5. mungkin sebenarnya, jejaka atau gadis benar2 meminati si penyamar kekasihnya itu.
  6. sekadar langkah untuk lebih dekat dengan si penyamar itu.
  7. udang disebalik batu untuk menyakiti hati pihak lain.
  8. batu loncatan untuk mengambil kesempatan terhadap si penyamar.
  9. nak tumpang glemer femes amos si penyamar.
  10. kerana ada cinta di sebalik penyamaran itu.
heheh. betul? tak betul? bergantung pada pihak yang biasa melakukan. mungkin nih antara alasan. ia. semua beralasan. nak berak pun ada alasan. oleh itu, rational atau tidak tindakan ini bergantung pada indivitu terlibat.

salah atau tidak perkara ini tidak mampu aku hukum. ia tetap menjadi perkara yang beralasan. "usah sampai menggenggam penyamaran, lama2 menjadi cinta". heheh.. 


Aku Suka Dia Bukan Senang-Senang Nak Luah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hey! hey! aku suka dia.. oh. ingat senang2 ke nak bagitahu macam tuh je. nak-nak pulak bila si gadis yang bagitahu dia yang suka pada jejaka. hehe. tapi, tak salah. ya, tak salahkan.


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

hah! dapat tak yang kat atas tuh? dah konpem2 bukan aku yang karang. tuh lah karangan daripada si ainan tasneem. hehe. dah lama aku layan lagu nih. tup2 dah dikomersialkan. tahniah.

kalau ada muvie style2 budak remaja nih bgus. yang sopan2 dan islamik modern kontemporari (betul eja?) pun bagus dengan soundtrack lagu nih. hahai. 


September 3, 2012

15 Tentang Kangar, Perlis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hehe. memang gelaplah kulit sekelian alam bila anda pulang dari negeri tersebut? eyh.. tapi bagaimana dengan masyarakat disana? haha. tak adalah gelap2 ke apa. semua manis2. sawadikap. 

6 hari 5 malam. hoho. bergantung pada anda nak bercuti berapa lama. atau jika kebetulan anda ada urusan tugas, jangan lupa singgah dan round2 dulu. makan puas2 dulu.
  1. makanan tiptop! masakan thai/patani. menjilat mangkuk.
  2. harga barang2 murah gila. borong2.. fulus melayang.
  3. cuaca agak terik. senang jemuq kain.
  4. berangin bila tempat tinggal anda dekat dengan sawah padi.
  5. sistem jalan bagus. banyak one way.
  6. compact city. padat dengan perumahan.
  7. semua keperluan dan kemudahan dekat2.
  8. tak ada mcd. (masyarakat tak gemuk2.. sweet belaka)
  9. banyak kemudahan perniagaan.
  10. dialek utara memang best kalau nak didengar. hahaha.
  11. orang sana ramah2. dapat nyembang memang lah syiok!
  12. depa suka bercerita itu ini. baguih.
  13. depa bawak kreta tak laju pun. melalui pemerhatian aku.
  14. pkoi 10 ke atas dah hampir lelap dah semua. baguih tidoq awai. hehe.
  15. sewa rumah tak mahai mana. murah2 ja. hehhe.
banyak lagi yang menjadi kenangan dan memori aku kat sana. so pada siapa2 yang berhajat nak lepak2 perlis, pi lah. best2. haha. part makan paling aku seronok. hewhew. hidup bujang senang kat kedai je lah..


September 2, 2012

10 Fakta Dari Driver Bus

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuhaa! apa khabar semua rakan2? haha. aku harap sehat2 je ah. yang mana dah nak mula kelas tuh, all the best, yang mana still beraya, selamat hari raya..

setibanya aku di kediaman tercinta wey, aku nak share perkara yang agak aku teruja dari pemandu bus. macam biasalah. kalau naik bus ak akan duduk depan skali. depan pintu. haha.

so, menyembanglah aku dengan driver. haha. macam2 yang dikongsi.
  1. belajar sampai ke mesir pun ada yang jadi driver bus. peluang keje sekarang tak macam dulu katanya..
  2. driver bus paling muda berusia 23 tahun. "adik umor berapa?" agagaga..
  3. hidup di kl akan maju jika dengan perniagaan.. "keje stakat bawah 2000 mana nak hidup.. tolak itu ini.." katanya lagi..
  4. gaji basic driver bus 900-1200. (begginer) dah campur2 lain dekat 2000
  5. senior yg dah lama jadi driver lebih 5 tahun mencecah 3000-4000.. $$$$ ohh tidak! "pendidikan spm je adik.."
  6. jika musim perayaan, keje 14 hari gaji mencecah 2700.. $$$$ siap tunjuk slip gaji kat aku..
  7. belajar tinggi2 tapi tak ada minat untuk kerja dalam bidang yang dipelajar tak ada guna jugak. katanya lagi..
  8. di kl ada kenalannya bukak kedai burger bergerak 4 cawangan boleh pakai alphard.. "umur 27 baru.."
  9. di kelantan budak muka mat rempit bukak bisness ikan keli sewa tanah sawah dah kaya raya dan hidup senang dari yang belajar tinggi2..eyh, katanya lagi..
  10. "kalau ada minat dalam berniaga, berniagalah adik.. mula dari bawah.. apa yang kita belajar tak semestinya itu yang kita rezekikan.." akhir fakta darinya..
oh.. oh.. memang fokuslah aku menyembang dengan dia. nyesal pulak cakap aku nih baru habis belajar..  baik bgtau tengah spm.. haha. adakah benar fakta darinya?

oh.. ada betulnya. ada rahmatnya disitu. semua rezeki masing2. ada yang ditentukan untuk belajar tinggi2 dan jadi yang lebih baik. ada yang tak perlu tinggi2 dah mendapat kebaikan itu. 

aku amat tertarik dengan keje 14 hari dia tuh! slip gaji siap tunjuk! haih! tak tahan. rezeki dia kan. bawak bus, kl-ganu.. ganu-kl.. kuikuikui.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...