السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
anak? ya, bayi nih adalah kelahiran yang suci kurniaan Dia. pada siapa? pada pasangan ibu bapa yang diizin Dia untuk mendapatkan anak ini. tapi kalau tengok zaman sekarang, faham2 lah.
senang2 je buang. tak tahu aku nak duga macam mana perasaan mereka yang mudah2 je gi letak bayi nih dalam tong sampah. dalam longkang. dan macam2 lagi. hahai. pelik2.
kalau dah buang tuh orang lain jumpa tak de hal lagi. nih, mati. terus mati tak ada siapa tahu. hahai. istigfar banyak2 lah kita. sungguh mulia kelahiran itu. betapa susahnya nak mengandungkan seorang anak tuh.
bila dah jadi macam nih, lebih baik ada yang jaga anak2 nih sebagai anak angkat. dan aku pulak tergerak hati gi google tadi. hehe. syarat2 pengambilan anak angkat.
apalah sangat nak di kejarkan dalam dunia ini. kepuasan? kekayaan? harta? pangkat? jawatan? memang betul kata2 motivasi. kadang2 Allah tak bagi kebahagiaan yang kita nak dalam bentuk wang ringgit/pangkat. tapi Allah berikan kita kasih sayang.
itulah bahagia yang mungkin orang yang berduit, berharta dan berjawatan tak dapat nak kecapi. kepuasan merasa wang ringgit yang lebih dikejar. ya, aku tahu dengan duit boleh ada itu dan ini. teruskan jika itu dan ini dikejar.
habis dah bab2 pendapat aku. nih aku nak share. pasal syarat nak ambil anak angkat. pasti ada yang teringin dan tidak tahu caranya. insyallah, dengan niat yang baik, Dia akan permudahkan urusan itu.
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
- Berusia 25 hingga 60 Tahun
- Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
- Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
- Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
- Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
- Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
- Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
- Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak
p/s: kalau nak tahu lebih detail, boleh rujuk Pejabat Kebajikan Masyarakat.. haih. tunggu usia mencukupi lah abru boleh. (jika masih tidak beristeri..) hee.. yang baik dari Dia, yang buruk tetap dari aku. sungguh aku tetap boneka..