Blog Fendi Islam: October 2012

G.E.N.G

October 28, 2012

24 Cara Tidur Abad Kini? Berwaspadalah Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hohoho.. sekian lama.. aku tak ada kelapangan yang betul2 free nak update blog nih.. but malam nih macam ade kelapangan sikit memandangkan tak buat ape2.. just lepak2 je..

tertarik pulak aku nak kongsi dengan satu gambar nih.. pasal style2 tidur.. hahaa.. memang kadang2 rase macam pernah je aku sndri yang tido macam tuh.. teruk2..

burok beno rupenye, kate orng perak. haha. so, bagaimana dengan anda? memang x de info tentang macam mana sifat orang tu dengan style tido yg tertentu.. haha.. belum mampu nak share..

ape2 pun, macam mana tidur sekali pun, biarlah menjaga batas, syariat, adab dan ajaran dalam agama kita.. 

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

sumber: akuislam.com

sekian tuh sahaja benda aku nak share pada malam nih.. dan berpesan2 tuh mungkin salah satu cara terbaik yg aku sendiri akui.. anda? renung2kan.. baik dari Dia, salah dan kurang dari aku selaku hamba.. 


October 21, 2012

15 Kebenaran Jejaka Single

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



haha. cuaca semenjak dua menjak nih memang bagus nak rehat2kan diri.. hehe.. hujan dan mendung.. macam tuh lah yang berlaku di sekitar sini.. hahai..

dan ini membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi tentang fakta yang memang benar dan betul. haha.. kalau rasa tipu, tipulah dia. pernah anda merasa single? tak kisah lah gadis ke jejaka. Jejaka Single adalah:
  1. seorang yang ramah dengan siapa2 sahaja.
  2. seorang yang boleh buat ramai gadis ketawa.
  3. seorang yang disenangi dengan semua rakan2.
  4. seorang yang suka hati dia nak berkawan dengan sapa.
  5. seorang yang berpendirian.
  6. seorang yang matang dalam membuat keputusan.
  7. seorang yang bisa mencintai dengan setia kelak.
  8. seorang yang tidak terikat dengan apa2 janji manis setia.
  9. seorang yang boleh membawa diri kemana sahaja.
  10. seorang yang sedar akan dunia realiti yang dihadapi.
  11. seorang yang bijak mengatur perancangan hidup.
  12. seorang yang peka akan diri orang lain.
  13. seorang yang prihatin akan soal hati dan perasaan.
  14. seorang yang mendengar dengan baik.
  15. seorang yang punyai jutaan idea dan motivasi.
hahaha.. no 13 paling tak leh blah aku rasa. hahai.. oleh itu, pada para gadis, macam mana anda rasa? haha.. bakal laki anda macam nih x? kalau tak, bukan 1st loff lah tuh.. kuikui..

ok.. ok.. cukup2.. percaya atau tidak, bagaimana sekali pun sifat seorang lelaki yang bakal bersama dengan seorang gadis, tidak boleh tidak gadis tersebut menolak kelebihan mahupun kekurangan yg ada.

kalau dah jodoh, terima yang kurang, syukur apa yang lebih. hehhe. nih jangan gi hina dan caci akan apa yang kurang dan bangga serta riak apa yang lebih.. orait, sekadar perkongsian petang2 tengah aman damai nih..


October 20, 2012

Firman-Kehilangan Jadi Pilihan Gua Kini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai.. bnyak kali aku duk layan lagu nih.. tapi tak pernah nak terasa nak carik.. last2, pagi2 buta nih aku dah jumpa.. oh yeah! terbaik! kena dgn jiwa sentimental indon aku nih.. hahaha..

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

layankan lah.. kalau dah bosan, layan lagu lain plak.. hahaa.. dan ingat, jngan sesekali mudah jadi gila bila awek tak ada.. isokay.. kawan2 ade.. yg mana ada awek, beringat jugak.. jngan jd gila.. hee..


October 18, 2012

Kerjasama Cinta UTM & USM?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hehe.. apakah yang diertikan dengan kerjasama tersebut? adakah utm dan usm bakal membuat apa2 r&d bagi projek2 tertentu? entah.. aku pun tak berapa nak tahu..

tapi, apa yang dimaksudkan dgn kerjasama cinta ini adalah, jodoh tidak mengenal lokasi.. walau si dia di utara dan si dia juga di selatan.. jodoh tetap menemukan.. amin..

macam mana nak adapt kalau dah bercinta jarak jauh? susah ke payah? hahaa.. mudah je.. kalau masing2 ada tips yang terbaik yang diamalkan oleh diri masing2..
  1. saling percaya walau bukan 100%
  2. yakin dengan jodoh Allah swt..
  3. tidak membelakangi atau cuba untuk menduakan.
  4. sentiasa saling mendoakan hubungan yang baik dan erat.
  5. bersedia dengan apa2 kemungkinan yang akan terjadi.
5 tips tu yg paling simple dah.. haha.. yang lain2 mudah je.. tido yang cukop.. jaga mood anda.. tidak membuat perkara yang sia2.. dan tak tinggal solat.. aturan yg mudah juga adalah..
  1. jaga hubungan kita dengan Allah swt.
  2. jaga hubungan kita dengan sesama manusia.
  3. jaga hubungan kita dengan sesama makhluk sekelian alam.

October 15, 2012

5 Tips Tentang Konvokesyen 49, 50, 51... Dan Seterusnya UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



syukur pada Ilahi.. akhirnya segala hyang telah dirangcang dimakbul Tuhan.. semua orang mengharapkan untuk segera mencapai kejayaan. tapi opkos lah bila dah hbis belajar..

kejayaan tak semestinya dengan melalui konvo.. bnyak lagi orang berjaya walau tak ke menara gading sekali pun.. namun, bila dah masuk universiti, dah memang adatlah.. bila konvo jadi satu titik bukti berjayanya seseorang.

kisah konvo batch aku sendiri kali nih ada manis dan pahitnya.. mungkin sebab tak semua rakan2 yang dulu sama2 berjuang konvo pada masa yang sama.. ada yang konvo lebih lewat.. tapi tidak mengapa..

apa yang diharapkan, semua agar tamat dengan jayanya.. berusaha lebih dan sabar menjadi kunci pada selesainya semua ini.. tapi kenalah berdoa dan mohon pada Dia.. dengan izin Dia..

belajar tak susah.. kalau kena pada cara dan tingkah kita semua dalam proses pembelajaran tuh. dan kini memang aku sendiri dah boleh fokus pada masa depan.. begitu jugak pada org lain.. aku yakin, semua bersedia..

dan kisah semalam menjadi kenangan terakhir barangkali bersama 80% rakan2 yang hadir.. diakui memang susah untuk perkara sebegini berulang lagi.. memang susah..

kalau ada member2 kawen pulak, bukan semua boleh hadir untuk gather2. barangkali ada yang susah dengan alasan berkerja.. itu biasa.. percayalah.. itu biasa.. semadikanlah kenangan dengan rakan2 sebaiknya.. haha.

ayat nak tacing2 haram jadah.. haha. aku saje je.. kasi update sikit kisah konvo.. bukan selalu. jarang2 nih.. nk bagi tips? ada.. tips konvo.. hahah.. mungkin boleh motivate sikit..
  1. ingat mak ayah jugak dalam mana kita berjaya itu..
  2. usah kita terlalu bangga dengan apa yang kita miliki sehingga kita riak.
  3. beringat bahawa kejayaan yang kita ada bukan bererti kita sahaja yang berusaha.. 
  4. kegagalan yang kita pernah lalui jadikan semangat pada masa hadapan..
  5. Allah swt jadikan apa yang kita rancang suatu kegagalan kadang2 kerana Dia akan memberi suatu kejayaan pada perkara yang tidak kita rancangkan..
tuh je lah aku nak bagitahu.. lain2 fikir sendirilah masa konvo.. tak payah nk susah.. konvo dengan keadaan yang biasa dah la.. sederhana.. nih kalau dah sampai lebih2, payah jugak..

pada yang belum konvo, all the best.. pada yang dah konvo pun all the best.. masa depan yang menanti tak ada siapa yang tahu apa akan jadi.. sama jugak dengan cabaran lain yang bakal dihadapi..


October 8, 2012

Tips Jadual Workout 20 Minit Untuk Si Jejaka Yang Busy

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



oh yeah! zaman skunk menjaga kesihatan itu satu perkara yang perlu. di samping menjalani gaya hidup yang sehat..so, aku nak share lah sikit.. nak kate aku sehat sangat tak ada lah..

sungguh kesakitan itu adalah penghapus kepada dosa2.. so, masa tengah sihat pun, ingat2 lah Allah swt.. dalam menjage kesihatan, perkara yang penting adalah disiplin..

ya, disiplin..dibawah adalah jadual ringkas dan tips yang aku nak share dengan anda2 semua.. mudah je.. tak kira student, kakitangan awam, kakitangan swasta mahupun siapa sahaja boleh amal..


Isnin: Upper Body
Selasa: Core
Rabu: Lower Body
Khamis: Upper Body
Jumaat: Core
Sabtu: Lower Body
Ahad: Relaxation


oh yeah! mudah je.. dan, untuk lihat setiap jenis senaman yg dibuat, boleh klik link2 berikut.. so, kalau amal selalu, insyallah, bertambah keyakinan diri dgn badan yg sehat.. hehe..

disamping, pandai2 lah jaga makan.. nanti aku share pasal makan.. haha.. terutama pada yang cerewet nak mampus bab makan2 nih.. memang ada tipd yang baik..

ingat! usah duk syok workout bagai.. solat malas! solat tinggal! puih! baik tak payah.. tak guna badan berketak2, slim moling, tapi.. lupa pada Dia.. tabaik.. so, selamat berkongsi.. hehe.



October 7, 2012

20 Cara Bila Kita Nak Jugak Apa Orang Lain Ada

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


memang dah lumrah manusia.. bila kita tengok orang lain ada sesuatu yang best2, keinginan yang tinggi membuak2kan kita untuk ada jugak.. namun, biarlah ia perkara yang positif..

bukan nk ikut ada macam orang lain akan perkara yang negatif.. ingat zaman kanak2. masa aku menjadi budak berek! hehe.. macam2 kenangan. mak dan ayahlah yg memenuhi keinginan ketika kecik tuh dulu.. hehe..

orang beli guli aku beli..
orang beli rollerblade aku beli..
orang beli kete tamiya aku beli..
orang beli saidina aku beli..
orang beli basikal bmx aku beli..

pendek kate, semua dipenuhi.. almaklumlah bile dah anak bongsu time tuh. haha.. now tak dah.. hhahaha.. tapi still mums boi wey! kahkahkah.. kesempatan tak baik diambil..

so, bile dah besar, kite tengok org lain ade, takkan nk suruh mak ayah lagi kan? almost 23 years old ok.. walau masih perangai budak2, pemikiran harus future.. cewah!

  1. kene usaha bile nak sesuatu..
  2. bukan cara mendengki.. sebaliknya, bertindak..
  3. jadikan idola dan penyemangat pada apa yang kita hendak..
  4. abik teladan yang baik macam mana nak dapatkan jugak..
  5. istiqamah.. jngan separuh jalan..
  6. usah hanya bermimpi dan membayangkan tanpa bertindak..
  7. duk diam tak jadi apa...
  8. cakap kosong tak gune..
  9. atur strategi..
  10. buat perangkaan.. 
  11. sungguhnya, kita merancang, Dia tentukan..
  12. dah habis usaha, tawakal.. serah pada Dia sama ada jadi ke tak..
  13. tapi pada awal2 tadi, niat kenalah betul dah..
  14. bukan untuk riak.. 
  15. bukan untuk membandingi..
  16. tapi sama bersederhana.. 
  17. jangan sesekali lupa panjatkan syukur bila dah dapat apa yang kite nak..
  18. yakin dengan pemberian Dia..
  19. kalau tak dapat jangan mudah putus asa.. Dia dah rancang lebih baik..
  20. kadang2, tak semua perkara kita nak kita dapat..

ok. bnyak dah tips aku bagi nih.. saje nak kongsi2.. dan kalau boleh jadi penyemangat pada orang lain, itu satu perkara yang bagus.. aku amat alu-alukan.. sekian..


12 Ciri-Ciri Sahabat Sampai Mati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


mak selalu berpesan jika hendak berkawan, kawan elok2.. jngan nakal2. kawan nih kadang2 boleh jadi lawan. kadang2 boleh jadi teman. kadang2 boleh jadi musuh..

berwaspadalah.. berwaspadalah.. seorang bijak pandai pula ada menasihati seorang anak lelakinya.. kat sini aku nak kongsi.. tq pada frend yang turut kongsi.. saudara amirul ashraf dari usm..
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
bukan untuk si lelaki.. untuk si gadis turut sama. bersahabat lah dengan niat kerana Allah. cukuplah dengan menanam demi kepentingan sendiri. cukup.. berubahlah..


October 4, 2012

Siapa Dia Sebenarnya Yang Pernah Memimpin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sebab aku rasa kepimpinan dia amatlah terserlah ketika mana aku hidup, aku semadikan perkongsian tentang kepimpinannya. Segala fakta tentangnya wallahualam 100% kebenaran.. harap2 benar.. insyallah..

TAHUKAH ANDA??


1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.


2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.


3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.


4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.


5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.


6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.


7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.


8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.


9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.


10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.


Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!


Kredit: Kakibising


Oh! Media: Mereka yang positif sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk insan lain dan lebih memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan orang lain berbanding sedikit keburukan atas kekhilafan diri mereka yang juga manusia biasa. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang positif

----------------------------------------------------------------------------

amin.. sejahterakanlah umat islam yang pernah memimpin agamaMu ya Allah ke jalan yang lurus dan benar. yang sentiasa mengabdikan dirinya padaMu.. moga syafaatMu berterusan tanpa henti.. amin..


Tak Lihat Tubuh Badan & Paras Rupa


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis Riwayat Muslim)

dalam dunia nih macam2 rupa makhluk Dia dan ragam hambaNya yang dicipta. semua memiliki peranan yang sama selaku hamba. akan tetapi, cukupkan kita memainkan peranan selaku hamba?

rata-rata manusia mengejar perkara yang disebut dunia. ya, tidak salah jika mementingkan dunia. namun, bukanlah dunia semata-mata. tanggungjawab kita dimuka bumi apa?

sudah pasti melakukan amalan2 kebaikan dan bukan kebaikan yang hanya semat2 dunia sekali lagi. hingga ada antara kita yang langsung tidak sedar bahawa semua insan akan kembali pada Dia.

bercakap mengenai keduniaan, asyik manusia memperelok paras rupa, tubuh badan dan segalanya. dengan menghalalkan matlamat diri sendiri untuk melihat cantik, kacak, segak, sempurna. tapi di mata siapa?

Allah swt tidak memandang semua itu. melainkan manusia itu sendiri menjaga hati untuk Allah swt melihat betapi suci dan bersih seseorang itu. namun, bagaimana dengan situasi kini?

kesibukan mencakna hal dunia semata2 untuk memberi kepuasan kepada sesama manusia tidak menjadi perkara yang elok jika bukan kerana Dia. 
  1. i kena pakai cantik2 hari nih.. untuk bos i.. i kan dah ada bos baru.. (niat disitu..)
  2. u nih kenapa buruk sangat.. malu orang tengok tau.. (niat disitu..)
  3. ko kalau nak pergi meeting, bia nampak macam gah sikit.. baru orang pandang kita tinggi.. (niat disitu..)
  4. muka aku tak berserilah.. macam mana nak mengadap customer nih.. (niat disitu..)
  5. bulan depan i nak dai rambut i color dark brown.. bosan dah i.. orang tengok pun bosan.. (niat disitu..)
huh.. entahlah.. apa kan daya hidup didunia.. alasan lalai adalah alasan yang simbolik diguna pakai pada mereka yang barangkali tidak pernah ingin berubah.. sungguh yang baik dari Dia, yang buruk, tetap dari aku.. 


October 3, 2012

Exposed Bujang: 1 Sebab Kenapa Saya Masih Di Dungun, Terengganu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kerana ciptaan Dia sungguh Maha Kaya.. aku temui ketenangan disini.. aku temui kehidupan disini.. aku membesar dengan kematangan disini.. perih hidup aku lalui disini..

dan insyallah jika diizin Dia, aku akan terus berada disini sampai tiba masa Dia merubah apa yang Dia juga rencanakan.. amin.. 


5 Cara Nak Kerja Best-Best

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


selamat pagi.. haih.. keje oh keje.. anda yang abca dah pernah keje? belajar? sambilan? or? haa.. memang impian semua manusia nak keje yang baik2.. sape nakkan pekerjaan yang tidak baik. oleh itu.
  1. pastikan kite boleh buat keje sebelum idam keje yang gud2..
  2. pastikan kite bersedia.. bukan nye cemas bile dapat keje susah2 sikit..
  3. pastikan no worries to any rintangan dan cabaran..
  4. pastikan multi-talented.. haha.. nih pun penting..
  5. pastikan disiplin kene ade.. kalau nak ikut kepala sendiri, sila bukak pasaraya atau megamall sendri.
yang lain2 lebih penting mestilah yakin yg rezeki tuh dari Allah swt.. apa2 pun pekerjaan yang kita dapat, ia dari Allah swt.. bersyukur dan bersederhanalah.. kalau jual santan pun halal.. jual ayam pun halal.. apatah lagi menangkap ikan.

skop dan ciri2 memilih zaman sekarang memang aku akui berlaku juga pada diri aku sendiri dan sesiapa sahaja. tapi jngan fikir tak ada org yg tak memilih kerja. ada yang bahagia dengan kerja yang walau membaiki kasut..

dan kalau dah kerja best2, kena lah ingat orang yg susah. berkebajikan dan bersedekah sebab itulah dituntut dalam agama kita. yang senang bantu yang susah.. begitu juga bersederhana.


October 2, 2012

Beranilah Awak Bukak.. Ada Hantu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



haih.. spesis edit jenis ape pun ak tak tahu.. kembang kempis dada aku dibuatnya! haha. mana tak nya. al kisah. aku duk scrooll2 satu page nih.. gamabr yg lain bukan main syiok..

tetibe! ambikaw! haha.. macam bengong seminit! mata jadi kelabu.. tapi status dia tulis, "hai.. selamat malam.." oh! oh! istigfar aku.. haha.. nasib semangat aku tak luntur..

aku percaya benda2 macam nih ada.. 

+


+


+


+


+


+


+


+


+


+


hah! jngan salahkan aku.. aku dah kata ada hantu.. tuh kat belakang angpa tuh.. haha.. chill ye rakan2.. sesungguhnya, iblis dan syaitan ada dimana2.. dan mereka akan berusaha menyesatkan kita..

yakinlah dengan adanya Allah swt yang satu.. by the way, pujilah sikit org yg edit or create pic nih.. haha.. style ooo... hehe.. memang idop.. tatap lama2, macam idop pulak.. k, bai... 


Sabun Vitamin C Jerawat Terbaik Amikaww

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hoho.. dan bile dah bertukar bloq nih dah macam ada spirit abru sikit. insyallah masih berpegang pada pendirian yang satu.. berkongsi kerana Allah swt.. dan disini, aku nk share sikit..

ya, pasal produk sabun ape ke nama entah.. aku tahu sabun vitamin C! hohoh.. nak promote? opkos lah wey! memang nak promote.. dan harga berpatutan!!

aku pernah servey dulu2, konon nak harga murah, skali, amikaww! rm50! no kompromi katanya.. haha.. btw, nih harga murah saja.. haha.. nak tahu? anda2 sila lah cari gadis ini.. wani.. add die dulu ke.. haha.. tak pun pm2 je..

sape die nih? die nih kaum kerabat aku jugak.. no spekulasi naa.. dan, kenapa aku promote? hehe.. sbb alhamdullillah.. dengan izin Dia, jerawat manusia yang guna, akan berkurang.. insyallah!!

tapi pesan aku!!:
  1. jngan ingat sbab sabun tuh jerawat senang2 hilang!
  2. jngan menduakan pencipta! semua dengan izin Dia kalau nak sembuh!
  3. anggaplah menggunakan sabun ini suatu usaha...
  4. jika kena pada situasi dan keadaan jerawat kita, Allah akan bagi mudah untuk sembuh..
  5. jngan pulak baru sekali gune terus harap nak licin, putih, gebu! tok hanggg!!
  6. kene lah berserta amalan gaya hidup yg sehat.. makan kena jaga kalau ada yang elergik dan berpantang..
  7. ye lah, sistem imun dalam badan setiap manusia tak sama..
  8. bersabar.. dan berdoa jugak.. kalau nak sembuh..
  9. lepas dah gune tuh, ingat2lah, kecantikan, keserian, dan segale2 jenis kata adjektif yg positif itu terjadi dgn izin Dia jugak.
  10. last2, kalau mujarab, promotelah kat kawan2.. same2 kongsi..
ah! penat aku taip.. tegang2 kulit2 muka nih! hee.. ok, sampai disini, akan ada bnyak lagi perkongsian yang nak aku kongsi bersama semua manusia, terutama saudara islam aku.. amin.. bai..


Hai Sumorang Moga Tiada Fitnah Lagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuhaa! pada yang baru terjumpa link blog aku nih, mintak maaf bnyak2..aku dah decide.. walau beberapa hari yg lepas adalah besday si sedaphatimenduaa, ianya cukup..

sedaphatimenduaa memerlukan sedikit revolusi bukan transformasi ya! haha. nama sedaphatimenduaa setelah dinasihati bnyk pihak barangkali boleh menimbulkan curiga dan fitnah..

setelah aku renung dah menilai.. ya, mungkin betul. harus aku melihat pendapat orang ramai jua selain bertegas dengan pendirian sendiri. bukan apa, kita hidup bermasyarakat. bukan sorang2..

so, terciptalah haisumorang.. kenapa haisumorang? sebab kita semua saling menyapa dan menegur. haha. ye, sbb kita saling menasihati juga. memang dah nih aim aku nk ada blog, yakni saling berkongsi.

yang baik, jadikan teladan, yang jahat sepak laju2.. (si bodoh..) mohon maaf sekali lagi.. tiada nita menyusahkan.. 


October 1, 2012

Lagu Paling Best Untuk Blog

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



haha. memang best! memang best! dah lame aku cube muatkan lagu nih dalam sedaphatimenduaa.. tapi tak boleh.. tak tahu apsal.. tapi, arinih 1.10.2012 boleh pulak..

nih lah lagu aku pada mulanya aku menceburi dalam bidang blogg nih.. yakni 2007 x silap aku.. akan tetapi, aku dah musnahkan segalenye.. membuka ruang baru untuk sedaphatimenduaa.

kalau yang dulu aku sanggup delete 3++ post, tidak buat kali ini.. sampai mati.. dah sekian 5 bulan memblogiing kembali, akan aku cuba berkongsi ape2 yang baik untuk semua.. yg negatif pandai2 lah buang.. hehe.. layan..

dadali.. peace yeoohh! 


5 Kesan Suka Membuat Spekulasi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai.. apa ke benda lah pulak spekulasi nih? aku pun tak berapa nak pasti, mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, spekulasi nih macam kesimpulan awal. ha.. amikaw..!

betul ke? masih aku tak berapa nak pasti.. tapi, memang adat org atau manusia suka buat spekulasi..

  • "eh.. tuh mesti orang gile.."
  • "uh.. bini no dua die kot.."
  • "mat rempitlah tuh.."
  • "die dah single skunk.. kene tinggal.."
  • "dah lame die putus..."
  • "tuh mesti nak mengipas cikgu.."
  • "aku rase die dah bankrup.."

nih beberape contoh spekulasi yang berlaku dalam masa kini. sedar atau tidak ia adalah dunia realiti yang sedang kite smua hadapi.. elok ke duk buat spekulasi nih? haih.. negatif2..

  1. boleh menyinggung perasaan orang lain..
  2. sebabkan perbalahan antara kawan2..
  3. tidak adil apabila dinilai tanpa soal siasat.
  4. penyebaran perkara yang belum tentu benar secara meluas..
  5. dah sah2 berdosa..

adoi.. kesian. tapi nih la yg selalu berlaku.. semua org akan terkene dengan spekulasi nih.. mahu yang masih kecik.. hingge lah yg besau panjang.. hahai.. jngan ingat tak terjadi.. ce try perhati.. kite sendiri pun slalu buat..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...