السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
dalam dunia nih macam2 rupa makhluk Dia dan ragam hambaNya yang dicipta. semua memiliki peranan yang sama selaku hamba. akan tetapi, cukupkan kita memainkan peranan selaku hamba?
rata-rata manusia mengejar perkara yang disebut dunia. ya, tidak salah jika mementingkan dunia. namun, bukanlah dunia semata-mata. tanggungjawab kita dimuka bumi apa?
sudah pasti melakukan amalan2 kebaikan dan bukan kebaikan yang hanya semat2 dunia sekali lagi. hingga ada antara kita yang langsung tidak sedar bahawa semua insan akan kembali pada Dia.
bercakap mengenai keduniaan, asyik manusia memperelok paras rupa, tubuh badan dan segalanya. dengan menghalalkan matlamat diri sendiri untuk melihat cantik, kacak, segak, sempurna. tapi di mata siapa?
Allah swt tidak memandang semua itu. melainkan manusia itu sendiri menjaga hati untuk Allah swt melihat betapi suci dan bersih seseorang itu. namun, bagaimana dengan situasi kini?
kesibukan mencakna hal dunia semata2 untuk memberi kepuasan kepada sesama manusia tidak menjadi perkara yang elok jika bukan kerana Dia.
- i kena pakai cantik2 hari nih.. untuk bos i.. i kan dah ada bos baru.. (niat disitu..)
- u nih kenapa buruk sangat.. malu orang tengok tau.. (niat disitu..)
- ko kalau nak pergi meeting, bia nampak macam gah sikit.. baru orang pandang kita tinggi.. (niat disitu..)
- muka aku tak berserilah.. macam mana nak mengadap customer nih.. (niat disitu..)
- bulan depan i nak dai rambut i color dark brown.. bosan dah i.. orang tengok pun bosan.. (niat disitu..)
huh.. entahlah.. apa kan daya hidup didunia.. alasan lalai adalah alasan yang simbolik diguna pakai pada mereka yang barangkali tidak pernah ingin berubah.. sungguh yang baik dari Dia, yang buruk, tetap dari aku..