Blog Fendi Islam: January 2013

G.E.N.G

January 26, 2013

Kalau Fokus Pasti Siap

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


huahaha.. aku nak bagi tips sikit kalau nak siapkan sesuatu benda dengan mudah, cepat dan pasti siap. insyallah berhasil.. hehhe..

  1. kalau buat kerja guna laptop, pastikan off fb..
  2. jangan on kan jugak volume.. (risau chat mengganggu atau apa sahaja..)
  3. pastikan henset juga dalam mood silent..
  4. fokus pada apa yang sedang buat..
  5. selerakkan kertas2 atau buku2 sekitar laptop supaya mudah nak capai untuk rujukan..
  6. guna applikasi google search jika terus stuck tak leh nak fikir..
  7. cari maklumat dengan pantas..
  8. jangan cepat2 copy paste.. sebaliknya baca dulu jika dapat maklumat yang diinginkan..
  9. bila dah agak2 nak siap, cepat2 save dan susun data dalam laptop dengan terastur..
  10. senyum dekat kawan sebelah bila kerja dah siap.. hikhokhikhok..


oh yeah! siap lah akhirnya esemen or ape2 keje..paham ke x? hehe.. kalau tak paham, x pe, amalkan pemikiran yang positif dan lebih terbuka. 

ekceli perkara yang paling aku nak highlight, tak payah bermuka buku sangat kalau betul2 nak fokus buat kerja.. hehe.. muka buku betul2 mempengaruhi kualiti kerja dan masa ia siap.. :)


January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


syukron.. kita masih bernafas hingga hari nih.. dan jadilah umat Nabi Muhammad saw yang terbaik dengan mengamalkan segala sunnah2 dan ajaran yang diberikan.. sungguh baginda kekasih Allah.. dan kita adalah hambaNya..

hari yang baik dan mulia, mari sama2 berselawat.. dengan penuh keinsafan dan rindu pada baginda.. sungguh kita tidak pernah menatap wajah baginda, namun, rasa cinta pada baginda tidak harus pudar.. malah harus lebih mekar..

mekar dari cinta sesama hamba.. baginda yang sentiasa benar, tawaduk dan menjadi kekasih Allah adalah yang terbaik.. sunnah yang disampaikan dan sabda2 baginda lagi terang dan bercahaya memimpin kita ke jalan yang lurus..

tiap2 kata2 baginda benar.. tiap ajaran baginda adalah jaminan syurga buat kita selaku hamba.. mulakan segala hari dengan bersederhana.. apa yang dikejar di dalam dunia? melainkan amal dan berkat yang dibawa untuk akhirat..

sekian.. Perbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW setiap hari. Bukan pada hari ini sahaja. Moga mendapat syafaat baginda. Salam Maulidur Rasul.


January 23, 2013

Tak Boleh Fedap!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


aku tak boleh fedap macam nih..
aku tak boleh negatif macam nih..
aku tak boleh terus macam nih..
aku tak boleh terus berdosa..
aku tak boleh menganiaya..
aku tak boleh menyembunyikan rasa..
aku tak boleh berkata dusta..
aku tak boleh memendam cinta..
aku harus kembali padaNya..

"ya Allah.. mohon Kau istiqamahkan hati aku.. mohon istiqamahkan jiwa aku.. ke arah landasan keimanan terhadapMu.. amin.."


January 21, 2013

Tentang Mimpi-Mimpi Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. amacam kawan2..? ape bikin? dah subuh tadi? dah persiap diri untuk hadapi hari ini? yaa.. arinih dah isnin wey.. dan isnin akan datang lagi.. selagi tidak kiamat.. nauzubillah..

amacam mana tidur kita malam tadi? macam2 mimpi barangkali... kalau duk google dalam internet, macam2 tafsiran mimpi.. ada yang positifnya.. ada yang negatifnya.. so, mana satu kita nak percaya..

ekceli, mimpi nih permainan tidur.. namun, ada mesej yg nak disampaikan.. kadang2, kalau kita terlalu penat mengerjakan sesuatu, ia boleh membawa pada mimpi.. boleh teringat2.. ha, lebih kurang gitu la..

so, itu tidak baik bagi sesetengah manusia.. macam mana kita nak elak.? janganlah duk buat keje tu penat sangat.. tinggalkan keje beberapa jam sebelum tidur.. kira kalau nak tidur nih biarlah dah prepare.. 

ambil wuduk.. lepas tu gosok gigi.. dengan ambil wuduk, insyallah kita akan kurang gangguan dari syaitan2.. bila kita memberus gigi pulak, fikiran kita akan lebih tajam dan kita mampu mengawal apa yang kita fikirkan..

lepas tuh, kalau dah nak tidur tu, posisi biarlah betul.. macam2 gaya ada.. ada yang macam nak terbang.. telingkup.. tidur lurus dan sengetkan badan ke kanan.. pejam mata.. kosongkan fikiran..

sebelum tu, baca doa2 dan surah2.. ayat kursi.. al fatihah.. insyallah lebih tenang.. so, tak ada lah mimpi2.. kalau ada jugak, mungkin ada mesej yang cuba disampaikan.. ada orang yang..:

  • mimpi mak pesan adik demam: rupanya demam betul..
  • mimpi ular kejar2.. kata ustaz ada gangguan syaitan..
  • mimpi kena tikam.. mungkin ada hikmah yang baik..
  • mimpi didekati orang soleh berjubah putih.. mungkin diminta untuk berubah lebih baik..
  • mimpi melihat keadaan neraka.. menyeru mencintai Islam.. manusia akan menjadi takut..

siapa yang tahu mesej2 yang cuba disampaikan oleh Dia.. kita hanya perlu positifkan diri.. fikir yang baik2 je.. boleh? ambil iktibar.. anggap ada mesej yang cuba disampaikan.. bukan berfikir sampai kita sendiri bingung kenapa?

kenapa mimpi tu untuk kita.. sebab dalam mimpi nih ada macam2 jenis.. memang berbeza2 mengikut individu.. harap2 sedikit nasihat ini boleh buat kita yang didekati mimpi lebih terbuka dan redha.. insyallah.. 


January 20, 2013

Naluri "Nak Jugak"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


semua orang dalam dunia inginkan perkara yang diidam-idamkan.. aku? aku kalo aku nak listkan memang banyak.. hahai. tak payahlah.. entah ape2 yang aku sendiri nk.. so, now, we talk about ikot2 nih.. nak jugak nih..

perkara nih lebih pada kebendaan.. bile tengok orang lain ade, kita pun nak jugak.. bermula mase kecik lagi.. life aku sendiri di rumah berek.. duk macam rumah flat.. so, jiran ade kete tamiya, aku pun kena ada..

jiran ada rollerblade, aku pun nak kena ade.. mak ayah mesti turuti.. mesti beli.. tak beli, siap.. memang tak gi sekolah.. manja sungguh kanak2 zaman dulu.. tagune betol..

but now, we talk about now.. sedarnya aku hidup dalam dunia nih, tak perlu lagi gitu.. better we do ape yg kita suka.. we get apa yg kita suka. cuma ingat dengan batasan dalam agama je.. kan mudah..

kalau dah trend sekarang, semua pada kebendaan.. 

  • tengok orang ade dslr..
  • tengok orang ada kereta..
  • tengok orang ada tudung ariani..
  • tengok orang ada baju jersi..
  • tengok orang ada smartphone..
  • tengok orang ada tab..
  • tengok orang ada pad..
  • tengok orang ada rambut kaler2..
  • tengok orang ada pakai rantai loket..
  • tengok orang ada blous lawa gila..
  • tengok orang ada motor superbike..
  • tengok orang ada rumah 4 tingkat..
  • tengok orang ada rayban
  • ape lagi? semua lahh..

macam2 lagilah.. semua kebendaan.. ada tak orang rasa nak ada benda yg jerumus pada akhirat jugak?

  • rasa nak beli jubah..
  • rasa nak pakai tudung..
  • rasa nak baca al-quran hari2..
  • rasa nak miliki tasbih..
  • rasa nak solat sunat..
  • rasa nak beramal bersedekah..
  • rasa nak merendah diri walau berjaya..
  • rasa nak berkongsi ilmu baik2..

ade? dunia oh dunia.. lelalh aku sendiri kalau difikir tentang masalah orang lain.. yang penting saling menasihati.. cara nasihat nak kena betol jugak.. so, pandai2 la hidup berkawan tu.. insyallah..


January 8, 2013

Untung Nikahi Anak No-2? Hahahaha


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^_^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

Sumber: Pakar Diari Hati 


January 2, 2013

Sambut Tahun 2013 Ala-Ala Barat?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


huih.. mudah untuk aku bayangkan.. remaja2 dan orang2 muda berpeleseran tatkala nak sambut tahun baru.. setahun sekali kata mereka.. so, kena la happy2.. macam tu ke caranya?

lebih2 lagi anak2 muda.. yang dulu dari kampung, hinggap ke kotaraya, dengan tujuan untuk menuntut ilmu.. tapi, sekarang lain jadinya.. dah tak kenal mana baik dan buruk.. dah berpeleseran sana sini..

2013 mungkin ramai menanti2.. sebagai angka dan simbolik barangkali.. ada yang erazam bersungguh2 untuk berubah.. siap ada nekad nak luahkan perasaan cinta dan sayang pada seseorang.. simbolik tarikh kononnya..

tidak kisahlah.. itu memang menjadi hak masing2.. tapi tidak menjadi hak masing bila mana muda-mudi yang beragama islam pantas dan lincah berkunjung ke pesta2 keraian tahun baru..

arak! perempuan! lagu2.. semua yang membawa kepada mereka tidak sedar diri.. yang terus lupa jati diri. hingga ada juga yang bermain dengan rona dadah.. ke kancah yang lebih teruk...

sedang ibu bapa sekadar di rumah.. menonton di televisyen, ambang 2013.. secara langsung.. anak2? pergh! sedang beraksi di pentas kelab malam, bergaul mesra lelaki dan perempuan..

malu? malu? malu? mana ada lagi erti malu ini dalam diri muda mudi.. mungkin separuh sedar.. tiada alasan muda-mudi perlukan kebebasan.. kebebasan jenis apa begitu?
  • bertaubatlah segera.. bukan bertangguh..
  • cari hidayah, dan bukan menunggu..
  • berkawanlah dengan orang baik2..
  • dekatkanlah diri dengan Al-Quran.. selalu mebacanya..
  • senyum dan redha selalu dengan tiap ujian..
  • menangis dan mengadu pada Allah..
  • doakan kesejahteraan diri, keluarga, dan umat..
  • mendekatkan kehidupan dengan segala unsur positif..
  • tambah amal..
  • istiqamah kalau dah menjadi baik..

insyallah.. segala usaha baik kita mungkin diuji Dia.. tiba2 kita jatuh sakit.. tiba2, kita masih tidak kuat untuk berubah.. dan tiba2 barangkali kita ditimpa bencana.. berpasrah dan redhalah.. amin.. indah aturan Dia..


January 1, 2013

"Aku Takkan Jatuh Hati"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


digoyang kepala 180 darjah! diloncat2.. ditari menari dengan penuh asyik.. lagu bergema.. tidak pernah kalah dengan rentak.. seiring.. memecah ruang tari.. lagu barat menjadi santapan..

roy tidak pernah ketinggalan.. setiap kali hari minggu.. sapaan kawan2, pantas dia setuju.. pantas dia lupa.. pantas dia alpa. seorang pelajar kejuruteraan awam langsung tidak menggugat karektoristiknya..

"kaki clubbing.." itulah yang digelar oleh sesetengan rakan roy yang tidak berapa selesa dengan tingkahnya tiap kali hujung minggu. teguran rakan, tiada roy hiraukan..

hidup dalam riang dan gembira kota metropolitan kuala lumpur sedikit tidak membawa roy ke arah kesedaran tentang tanggungjawab agama.. langsung tiap kali sabtu malam tiba, club2 dilorong ibu kota menjadi persinggahannya..

menari dan bergelimpangan bersama gadis2 serta teman rapat yang turut dikenali dalam laman sosial buat hubungan mereka rapat.. jadi akrab.. "kami buddies.. kami takkan terpisah.." monolog roy tiap kali semangat bertemu rakan..

suatu hari, roy mendapat khabar.. kematian ibu dan bapanya.. langsung roy menjadi yatim piatu.. diterima khabar itu tatkala roy terkinja-kinja dalam ruang tari menari yang dipenuhi ratusan manusia..

dalam sedar, roy laju berlari.. keluar club.. ditelefon keluarga.. untuk kepastian.. mas begitu pantas.. kakak roy mengesahkan berita tersebut.. dan mohon roy segera pulang.. roy rebah dihadapan club.. hingga sujud..

ramai mata-mata memandang roy.. roy jerit sekuat hati.. diteriak "makkk.. abah..." tiada apa-apa yang merubah berita itu.. ibu bapanya tetap telah pergi.. akibat kemalangan jalan raya..

apabila roy pulang ke rumah, sebelum jenazah dikebumikan.. keadaan dia amat jahil.. rambutnya perang.. masih bersubang.. gelang.. rantai.. dan berfesyenkan lelaki moden masa kini.. 

terkedu roy.. tidak tahu ucapan apa untuk ibunya.. sudah lupa barangkali adab2 menatap jenazah.. sudah lupa kembali bagaimana menerima kenyataan.. dia hanya mampu memegang tubuh ibu dan bapanya.. diraung kuat2..

ditenang pula oleh pak cik roy.. roy tidak dapat terima.. ibu dan bapanya pergi sekelip mata.. tiada sempat roy berjasa.. tiada sempat dia bertanya khabar. lama.. lama roy tidak hubungi keluarga.. sibuk di ibu kota..

enam bulan berlalu.. roy berubah.. hatinya tidak di kuala lumpur lagi.. dia meneruskan pelajaran.. lalu menyambung di ipta yang lebih damai.. jauh dari ibu kota.. dihadiahkan al-fatihah dan yasin buat ibu bapanya.. hampir setiap hari..

kesal masih menebal dalam diri roy.. namanya kini bukan lagi roy.. dialah azrul.. mohd azrul bin abdullah.. nekadnya tidak kembali ke kancah dulu.. hatinya pada Dia.. "aku takkan jatuh hati dengan maksiat lagi.. bantu aku ya Rabbi.."

#ketikasedangmenungguisyak


8 Bulan Menjadi Blogger 2012!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2013!!

28,383.. yeah.. sekadar angka.. tapi cukop bermakna bagi aku.. selaku blogger yg tak setahun jagung, aku mulakan segala tentang perkongsian hidup.. aku tak hadap pun orang ramai2 baca.. yang mana rasa nak baca je.. hampir 30 ribu yg membaca.. 

sekalung terima kaseh aku nak ucapkan.. yang sokong walau dalam diam.. mahupun secara terbuka.. revolusi aku dalam dunia blog nih dah lama sangat.. dan berkurun2.. dan sebenarnya, banyak sangat dan lama sangat..

aku mula menjadi blogger semenjak 4 tahun yg lepas lagi.. tapi kali ini yang betul2 pengisian bagi semua pada pendapat aku.. tidak lagi berkisar tentang diri aku.. tentang pribadi.. ya, namapun pribadi.. kalau dah masuk dalam dunia it memang dah tak privasi..

sekejap masa berlalu.. dah 2013.. macam pantas segalanya.. ya memang pantas.. masa yang pantas.. aku masih tak pantas.. syukur dalam masa yang sama, aku tak pernah duga sambung belajar..

aku tak pernah rancang.. apa yang aku sebut2kan "aku takkan sambung.. cukup sampai degree.." ya, Allah sendiri dah bagi ruang dan peluang.. Dia yang tentukan jalan nih.. dan aku dah buat keputusan.. insyallah..

azam? kalau nak dibicara pasal azam, memang susah nak habis.. memang takkan habis. azam bagi aku satu doa.. bila aku berazam nak menjadi lebih baik, ya, aku jadi lebih baik.. aku cuba.. banyak dah jugak pengalaman jahat aku.. cukup.. cukuplah..

lebih baik aku buat jahat masa muda2.. supaya ketika tua, aku bagi contoh yang baik untuk anak2 kelak.. insyallah.. zaman jahiliah aku, aku tak nafikan aku buruk dar segi segala hal.. macam2 hal.. apa nak jadi dengan dunia aku dulu.. sesat..

syukur masa demi masa Dia sedarkan aku.. hingga sekarang aku tahu apa tujuan hidup aku.. khilaf dan sikit2 hasutan dari syaitan memang masih ada.. dan sentiasa ada.. aku cuba sedaya upaya jauhi.. insyallah.. soal cinta? 

haha.. nanti akan aku coret buat masa yg seterusnya.. sekarang tumpuan aku biar pada belajar, dan diri aku sendiri.. amin..


"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 5

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


suasana di dalam hospital berbau sedih dan pilu dari keluarga haris.. dilihat oleh sekalian jururawat yang berada di dalam hospital.. hanya riak wajah menggalakkan sabar dan tenang mampu diukir di wajah mereka..

masa berlalu.. tanpa ragu, kelibat lisa muncul di hadapan wad.. lisa menuju betul-betul ke arah ibu dan bapa haris.. di salamnya ibu haris.. namun ibu haris sedikit tegas.. "lisa! kenapa lisa tak pernah nak bagitahu mak cik tentang sakitnya haris?"

raung ibu haris. kenapa lisa.. kenapa lisa buat keluarga mak cik macam nih.. bapa haris terus menenangkan si ibu. lisa terus kelu.. kelu tidak tahu apa yang disoal oleh ibu haris? apakah sakit haris? apakah rahsia haris.. 

"mak cik.. apa yang lisa tak bagitahu nih mak cik.." lisa penuh sayu.. penuh rasa bersalah.. ibu haris terus menangis.. makin payah untuk dia terima suratan ini.. haris satu-satunya anak sulung disayangi.. benar-benar sayang dia.

lisa masih tidak mendapat jawapan dari ibu haris.. lalu ibu haris terus mendiamkan perkara itu.. di tuju satu ruang. lalu tunduk.. di pujuk lagi si bapa haris.. terus ibunya dipangkuan bapa haris.. lisa makin bingung..

dituju pula ke arah kamil.. yang turut jauh termenung.. yang masih mengenangkan kenangan bersama haris.. teringat satu ketika.. haris bercerita tentang angan-angan perkahwinannya yang inginkan style lama..

style dulu-dulu katanya.. semangat si haris berkongsi keinginan dia.. diingat lagi kenangan bermain tenis.. kenangan bermain badminton.. dan kenangan mendaki gunung chanang.. semua seakan terus segar dalam ingatan dia..

lebih-lebih lagi, haris seorang yang tidak pernah pula menceritakan masalahnya pada orang lain.. dia sering mendengar dan menasihati masalah orang lain.. ya.. itulah haris..

"kamil! kamil! kau bagitahu aku.. apa sakit haris? aku tak tahu apa-apa.. kenapa mak haris tanya aku macam tu kamil..?" rayu lisa secara tegas pada kamil.. lisa benar-benar ingin tahu.. perasaan simpati dalam dirinya penuh.

kamil mengangkat muka.. benar-benar dia tidak tahu adakah dia patut menceritakan hal ini pada lisa. ya, barangkali dia benar-benar harus menceritakan.. dan mungkin ini sebabnya haris berpisah dengan lisa..

tiba-tiba kamil mendapat penjelasan tersendiri.. ya, dia seakan-akan benar-benar mengerti niat haris.. diingatnya juga satu mesej dari haris yang menyuruhnya tengok-tengokkan lisa.. sebelum exam mesej itu..

kemudian, diceritanya pada lisa satu-persatu.. namun tidak berkenaan perkara yang baru dia tersedar.. tidak mengenai kenapa haris tinggalkan lisa.. kerana dia masih tidak mendengar penjelasan yang jelas dari haris sendiri..

"ya lisa.. haris memang dah tak ada harapan.. bila-bila masa dia boleh pergi.. bergantung pada semangat dia.. sekarang dia tengah koma.. doktor tak ada bagi jaminan hidup atau mati haris..." jelas kamil di bicara terakhir..

segala persoalan lisa dijawab dengan penuh berita sedih. lisa terkedu.. menangis dia.. sedih dia.. kecewa dia.. pilu dia.. dan turut memberontak emosi dia.. dia tidak dapat menerima.. haris akan pergi..

luruh laju air mata dia.. "kamil.. aku tak tipu.. aku masih sayangkan haris.. aku susah nak lupakan dia. walau rasa benci kadang-kadang ada.. dialah cinta hati pertama aku kamil.." lisa jelas pada kamil.. kamil hanya kaku..

"macam mana kita nak selamatkan haris kamil? kau bagitahu aku sekarang kamil.." lisa menggila.. seakan tidak sedar yang dia harus menerima qadak dan qadar..

"sebenarnya lisa.. bersambung..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...