Blog Fendi Islam: Tentang Mimpi-Mimpi Kita

G.E.N.G

January 21, 2013

Tentang Mimpi-Mimpi Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. amacam kawan2..? ape bikin? dah subuh tadi? dah persiap diri untuk hadapi hari ini? yaa.. arinih dah isnin wey.. dan isnin akan datang lagi.. selagi tidak kiamat.. nauzubillah..

amacam mana tidur kita malam tadi? macam2 mimpi barangkali... kalau duk google dalam internet, macam2 tafsiran mimpi.. ada yang positifnya.. ada yang negatifnya.. so, mana satu kita nak percaya..

ekceli, mimpi nih permainan tidur.. namun, ada mesej yg nak disampaikan.. kadang2, kalau kita terlalu penat mengerjakan sesuatu, ia boleh membawa pada mimpi.. boleh teringat2.. ha, lebih kurang gitu la..

so, itu tidak baik bagi sesetengah manusia.. macam mana kita nak elak.? janganlah duk buat keje tu penat sangat.. tinggalkan keje beberapa jam sebelum tidur.. kira kalau nak tidur nih biarlah dah prepare.. 

ambil wuduk.. lepas tu gosok gigi.. dengan ambil wuduk, insyallah kita akan kurang gangguan dari syaitan2.. bila kita memberus gigi pulak, fikiran kita akan lebih tajam dan kita mampu mengawal apa yang kita fikirkan..

lepas tuh, kalau dah nak tidur tu, posisi biarlah betul.. macam2 gaya ada.. ada yang macam nak terbang.. telingkup.. tidur lurus dan sengetkan badan ke kanan.. pejam mata.. kosongkan fikiran..

sebelum tu, baca doa2 dan surah2.. ayat kursi.. al fatihah.. insyallah lebih tenang.. so, tak ada lah mimpi2.. kalau ada jugak, mungkin ada mesej yang cuba disampaikan.. ada orang yang..:

  • mimpi mak pesan adik demam: rupanya demam betul..
  • mimpi ular kejar2.. kata ustaz ada gangguan syaitan..
  • mimpi kena tikam.. mungkin ada hikmah yang baik..
  • mimpi didekati orang soleh berjubah putih.. mungkin diminta untuk berubah lebih baik..
  • mimpi melihat keadaan neraka.. menyeru mencintai Islam.. manusia akan menjadi takut..

siapa yang tahu mesej2 yang cuba disampaikan oleh Dia.. kita hanya perlu positifkan diri.. fikir yang baik2 je.. boleh? ambil iktibar.. anggap ada mesej yang cuba disampaikan.. bukan berfikir sampai kita sendiri bingung kenapa?

kenapa mimpi tu untuk kita.. sebab dalam mimpi nih ada macam2 jenis.. memang berbeza2 mengikut individu.. harap2 sedikit nasihat ini boleh buat kita yang didekati mimpi lebih terbuka dan redha.. insyallah.. 


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...