Blog Fendi Islam: Lelaki Yang Harus Dijauhi?

G.E.N.G

March 6, 2013

Lelaki Yang Harus Dijauhi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


membaca bahan2 bacaan dalam facebook memang banyak.. macam2 fakta.. dari yang tak tahu, jadinya tahu.. dari yang tak pernah rasa nak tahu, jadi rasa nak tahu..

betul atau salah adalah tertakluk pada si penerima maklumat tuh sendiri.. senang je zaman sekarang.. google2, katanya terus jumpa.. gitu ke yang kita semua hendakkan.. seperkara memang boleh dipercayai.. namun??

terbaca ramai yang duk shared tentang "Wanita Yang Harus Dijauhi.." aku nih lelaki.. ya, aku terima.. semua tuh fakta yang waras diterima akhlak dalam keimanan seorang islam..

tapi ingat.. usah sampai timbul riak kita wahai lelaki.. kita duk syiok2 share itu ini.. sampai lupa.. kita nih dah cukop amal dan iman? memang gadis2 yang nak dijadikan isteri dah beruntung dekat dengan kita??

kalau kita:
  1. solat pun tunggang langgang..
  2. ajak buat kebaikan ditolak..
  3. nakal entah apa2..
  4. tak ada rasa tanggungjawab pada wanita..
  5. memperlekeh kelebihan orang lain..
  6. riak dengan apa yang ada..
  7. tidak istiqamah dalam lakukan kebaikan..
  8. dan sebagainya..

cukoplah duk shared2 kalau sekadar nak memperlekeh sesetengah gadis.. timbul riak plak nanti.. timbul fitnah pulak nanti..sekadar menasihati tuh betul.. aku paham.. cuma berpada2.. 

sama2 jugak kita ubah diri kita.. kerana mungkin kita lebih banyak perlu mengubah cara dan corak kehidupan kita supaya lebih baik dan diterima pencipta..

berkenaan tajuk "Lelaki Yang Harus Dijauhi" tak perlulah aku memberi2 ciri2 yang terperinci.. kalau aku google sekali pun, pasti banyak keluar ciri2 yang harus diikuti..

aku harap, smua paham dan tahu jenis lelaki mana yang harus dijauhi.. gunakan akal fikiran yang waras untuk menilai membuat keputusan berdasarkan apa yang halal dan haram disisi islam..

islam tuh mudah der.. tak susah.. penerimaan kita yang jadikannya susah kak.. kakak2 usah riak pulak kalau terbaca benda alah nih.. sekadar, 'ya, sedar.. sama2 ubah jadi lebih baik.."

marilah bersederhana.. :) maaflah kalau ada silap2 bicara minda aku yang aku coret sini.. sekian.. Doa untuk Sabah dan negara.. :)


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...