Blog Fendi Islam: Semangat Kembali Mengundi?

G.E.N.G

April 12, 2013

Semangat Kembali Mengundi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. dah subuh belom weh hangpa suma? aagagaga.. nyenyak duk tidoq pa? bangun2.. agagaga.. selamat pagi.. dan salam subuh semua.. aku duk blogwalking.. semangat datang.. salam jumaat.. 

bila dah hari jumaat.. memang rasa tenang.. rasa cuaca pun akan baik.. rasa mood pun menjadi lebh baik.. nih juga petanda jumaat adalah penghulu segala hari.. kebaikan jumaat tuh memang banyak.. sedarilah..

nih semua pasal cerita semalam.. mula2, aku still rasa tak nak mengundi.. mungkin politik di malaysia kelihatan sangatlah tercemar.. sangatlah tidak positif.. tuduh sana sini.. tuding sana sini.. waklu! nak ngundi tak?

kalau tak ngundi tak pe ke?

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"
PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?

Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.
Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."


begitulah.. mungkin kita sering memberikan 1001 alasan.. untuk membenarkan tindak tanduk kita.. walhal salah pada dasarnya.. tapi, dengan nasihat dan tunjuk ajar berilmu, mungkin kita sedar..

jika keyakinan untuk memilih calon pemimpin siapa tak ada plak, istikharahlah jawabnya.. mungkin ada juga yang tidak yakin mana2 pemimpin yang harus diundi.. sama ada pembangkang mahupun kerajaan..

oleh itu, cuba beristikharah.. istikharah tu sendiri bermaksud 'minta diplihkan..' mohonlah petunjuk Allah swt tentang perkara yang baik2.. mohon diberi petunjuk.. pilihan mana yang terbaik.. insyallah.. amin.. sekian..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...