Blog Fendi Islam: Kisah Tenang Tioman Tentang Pengalaman

G.E.N.G

June 28, 2013

Kisah Tenang Tioman Tentang Pengalaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



syukur.. semalam aku selamat tiba di universiti tercinta.. UTM skudai.. memang dihati.. sungguh.. memang dihati.. cepat betul aku rindu utm skudai tatkala aku meninggalkan buat beberapa hari.. jerebu juga pergi..

bukan kerana aku ada insan tersayang..  bukan kerana aku ada awek.. bukan kerana aku ada perempuan.. dan bukan kerana aku ada kepentingan.. tetapi tetap kerana pengalaman.. ya.. pengalaman..

jutaan terima kaseh buat saudara alip puzi yang membawa aku dan rakan apai ke pulau tioman.. kenangan dan pengalaman disana takkan boleh dibeli dengan wang ringgit semata..

tapi dengan kesungguhan dan kesediaan mencari tenang kat sana.. memang tenang disana.. sedikit jerebu tidak menghiraukan aku.. nak2 coverage telefon pun tak berapa nak ok.. so, anyone yang cuba hubungi, maaf..

kekadang aku ada.. kekadang aku tak ada.. alah.. kalau kat utm pun macam tu.. kekadang aku membalas.. kekadang aku biarkan.. alasan kebenaran tiada kredit.. kekadang terlalu banyak pesanan line, viber, wechat, dan sebagainya.. 

bukan semua sempat aku selaku manusia biasa nak berbicara.. aku tinggalkan sebahagian.. tapi tidak dalam ingatan.. tioman.. sungguh aku rindu.. sayang dan cinta pada penglihatan ciptaanMu..

ya Allah.. indah sekali.. ikan2.. obor2.. batu karang.. gamat.. pepasir.. ombak.. angin.. sinar mentari.. pepohon.. kehijauan.. dan kebiruan.. semua itu milik Mu.. aku hanya menumpang merasai semua itu.. damai.. tenang..

walau perlu dibeli dengan wang ringgit, tidak aku dapat dengan hati yang tenang menghayati.. terkisah dalam lautan tu, aku tadah tangan.. tatkala kawan2 seronok dan gembira melihat ikan2 didasar laut dalm kebawah..

dalamnya tiada terperi.. gayat menyelubungi.. tapi aku tidak.. aku tidak cemas.. namun aku pasrah andai sesuatu buruk terjadi.. aku tahu ada Allah.. aku yakin dengan diri.. aku bawa diri aku dalam kesejukan air lautMu..

aku temui dan yakini begitu indah ciptaanMu.. pelbagai spesis makhluk Kau cipta.. hanya yang bersyukur tahu merasa.. aku rindu.. aku tadahkan doa di dalam air itu.. aku berniat agar aku sentiasa dalam rahmatMu..

kau jadikan segalanya dengan sempurna.. cukup sempurna.. tiada yang cela.. tiada yang hina.. aku kagumi.. langitMu membiru.. airMu jernih.. aku rasai nikmat itu.. moga aku ketemu lagi.. indah ciptaMu.. aku jiwa timur..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...