Blog Fendi Islam: July 2013

G.E.N.G

July 12, 2013

Asid Datang Jugak.. -_-

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


arinih aku sakit.. sakit perut.. ia kembali.. bersahurkan pisang dan roti.. aku bangun agak lewat.. pukul 5 pagi.. ya, agak lewat.. tu je yg sempat.. dan aku berniat semoga tak ada apa2.. tapi..

aku sakit.. aku sakit.. merintih asid mengalir.. umpama perot aku lohong.. sakit itu penghapus dosa.. ya.. dosa.. dosa aku banyak.. biarah terhapus sikit2.. biarkan..

untuk ubat sakit ini, kononnya aku nak lupakan.. pergilah aku ke jusco.. aku cari makanan tambahan.. untuk aku simpan.. tatkala sahur berkunjung, sekurangnya aku ada.. 

syukur.. banyak pulak yang mengidam.. coklat, peel fresh. nasik kerabu.. ayam percik.. oreo.. sushi.. coklat.. semua aku beli.. sekian..


Kalau Aku Mati?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


selamat pagi.. tersentuh jiwa.. tersentap nurani.. menghargai.. mengenang.. dan terlalu sayang.. teruskan hidupmu.. itu lebih baik.. teruskan perjuangan mu.. sungguh kau dalam golongan baik2..

lupakan aku sementara itu tidak apa2.. lupakan aku selamanya itu bohong.. melainkan jasad kau pergi.. aku bisa lupa? aku fasih dalam bab itu.. aku pendosa.. tidak seumpama mu..

tidak selamanya aku ingin menjadi pendosa.. kekadang ingin menjadi barisan penerima anugerah Ilahi.. penjejak syurga.. siapa tidak mahu.. bukan mudah dengan kata2 sahaja.. perlahan aku bergerak..

perlahan aku lupa.. perlahan.. ye.. perlahan.. kerana ini jalannya..semoga lebih barakah ramadan kali ini.. seandai ini ramadan terakhir? ramai orang2 yang aku sayang itu.. usahlah kalian bersedih.. kerana aku satu ciptaan Dia..

dari Dia aku datang.. kepada Dia aku kembali.. redhalah seandai suatu hari nanti aku pergi.. ini hanya satu coretan.. hanya satu penulisan.. penulisan dari hati.. terus aku taipi..menaip semudah bicara.. hanya aku rasa..


July 11, 2013

Pergi Bazar 7 Minit

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


syukron.. dah ramadan ke 2 nih.. macam biasa, aku pegi bazar.. tapi kali nih kejap je.. hari nih hujan pagi tadi.. tengah hari tadi pun.. aku dah target nak beli ape, dan terus aku beli.. 

yeah! nasik ayam, kuih tepung pelita.. dan macam biasa, air kelapa.. masih ramai orang macam semalam.. cuma beza, tak ada bukda2 kecik mungkin.. tak sama macam ketika mana cuti semalam..

ok.. tuh je nak cerita.. dan ada benda yang mabuk aku buat hari nih.. balik bazar tadi aku kan naik moto.. pastu lepas je tarik kunci moto.. eh, x pasal2 aku cari alarm nak tekan.. konon nak kunci.. hahah..

dah2.. tuh je.. kepeningan dan kelaparan.. membuahkan ketidak seimbangan kepada hotak aku untuk berfikir.. lepas tu.. gelak dan tersenyum sorang2.. enaf.. tuh je.. hahai..


July 10, 2013

Baru Balik Bazar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haih.. perut lapar.. baru balik bazar.. arinih dah ada dugaan.. sahur tadi baik2 je.. ma kejutkan.. aku tak ada awek or teman wanita untuk kejutkan.. biarlah ma yg kejut.. aku sandarkan percaya pada dia.. tq ma..

alhamdullillah.. rasa2 aku boleh tahan.. ekoran aku bersahur.. sekadar nasi putih ayam kunyit.. bungkus yg malam tadi.. bangun pukul 4.30 pagi.. syukur.. hari ini aku diuji.. rupanya baju ssid ada problem sikit.. pasal saiz.. haih..

dunia.. dunia.. tak pe la.. aku solat zohor dan asar dengan jayanya.. tak ada masalah.. tak lambat.. tapi, x de la terlalu awak.. hee.. petang.. otak rancang ke bazar.. jam 6 petang.. aku decide nak pegi ngan skuter je.. yeah..

skuter dah servis.. kembali berkhidmat pada aku.. biarlah.. naik skuter je gi bazar.. senang nak parking.. aku pun pergi.. pehh! ramai.. ye lah.. johor cuti.. pegi pun jam enam.. bukan aku pegi lepas asar.. cuaca baik sekali..

nafsu.. oh nafsu.. macam2 ragam manusia aku tengok.. ya rabbi.. langkah aku silap.. tanpa x sengaja aku tersentuh sana dan sini.. rasa asing.. rasa tak sedap.. bukan jenis aku menyentuh dengan sengaja.. bukan muhrim.. 

nampak macam biasa.. bisa bagi mereka.. tak bagi aku.. aku rasa sangat teramat asing.. ragam oh ragam.. ada yang membawa anak kecil..kebil2 mata mereka di bazar ramadan.. tidak tahu apa yang berlaku barangkali..

si ibu seronok mengheret anak dalam kesesakn.. mata selumber mencari juadah.. anak seakan sesat.. si bapa pun sama.. diheret jua.. ramai..terlalu ramai manusia.. mengapa tidak didukung..

haih. jalan sehala..? jalan selorong? bila 2 kereta bertembung, saling berkeras.. itu kerana aku bersama skutter.. kini aku pulang.. aku baru balik dari bazar.. lantak andalah kereta.. matanglah selesaikannya..

kini aku pulang.. aku bawak nasi kukus ayam berempah.. itu paling mudah dibeli.. air kelapa.. aku harap manis.. manis seperti kata2 penjual.. riuh.. riuh dijerit2, dipekik2.. tarik pelanggan sebenarnya.. kuih.. hanya sejenis..

pulut manis menjadi pilihan.. kini aku pulang.. aku akan berbuka.. beberapa minit sahaja lagi.. ramadan pertama.. moga dipanjangkan umur.. untuk hingga ramadan terakhir.. moga bertemu syawal.. ameen.. :)


July 7, 2013

"Selamat Datang Ramadan"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ya Allah.. pagi.. pagi berkicau burung bersiul barangkali.. dan tidak aku tahu pulak kalau-kalau burung itu berdangdut, mahupun menyanyi balada.. aku tahu hanya merdu..

aku seperti biasa.. kenapa tidak luar biasa.. bila masa lagi aku ingin berubah.. aku akan berubah? kenapa lambat? kenapa terlalu lewat.. seakan nyawa tercabut..  seakan tersekat..

masalah dunia terlalu banyak menimpa.. persahabatan.. perhubungan.. harta.. meterial.. kehendak.. kewangan.. pelajaran.. dan sebagainya.. sedang bagaimana hubungan dengan Allah swt.. leka.. leka.

aku janji untuk terus kuat.. aku mungkiri.. aku janji untuk tidak tolek.. aku rebah.. dugaan Mu ya Rabbi.. Kau hadirkan sahabat yang baik boleh membawa dunia dan akhirat, lalu Kau uji sedikit.. Kau indahkan hubungan..

namun diakhir Kau tarik.. Kau tarik dia pergi.. ya .. perancangan Mu lebih baik dari segala jenis perancangan yang aku sendiri rencanakan.. Kau uji aku.. mungkin Kau uji kami..

adakah Kau hadirkan sahabat yang baik, penyayang dan pemurah lalu aku menjadi baik kerana manusia? adakah itu? Allah menanti aku berubah keranaNya.. ya.. KeranaNya.. bukan kerana orang lain..

indah.. indah.. indah.. itu yang direncanakan.. itulah yang dititipkan dalam perjalanan hidup aku.. aku rebah, dan aku bangun semula.. aku menoleh lalu aku memandang hadapan semula.. indah..

puasa di bulan ramadan makin kunjung tiba.. berdetik hati untuk tidak sabar untuk sekian kalinya.. untuk berkali-waktunya.. seperti tahun2 yang lain.. tahun ke 24 aku wujud bersama ramadan.. adakah sempat?

ajal maut ditanganMu ya Allah.. moga aku mendapat syafaat dan beroleh kebaikan dalam ramadanMu yang aku nanti-nantikan.. moga2.. sempat aku beramal dengan lebih baik dan pekerti kepadaMu.. ameen..


July 5, 2013

Ambil Masa, Baca.. "Presiden Mursi"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, 

PUAS HATI SEKARANG??!

shared by: P-125 Putrajaya


July 3, 2013

"Kelu, Kedu Pemberianmu.."


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"suatu hari.. suatu pagi.. aku terima 

sebungkus pemberian.. besar.. berat..

 lamunan aku berfikir.. lamunan aku

berteka-teki.. apa ini? aku berhenti fikir..

 tidak aku buka lagi.. aku letak disuatu 

sudut.. hajat hati biarlah petang 

nanti.. aku terus memandu.. tibanya di alam 

bina.. aku pandang bungkusan itu.. berteka-

teki kembali.. argh.. aku 

harus buka.. ya Rabbi.. gamam.. kelu.. 

senaskah Al-Quran.. buku bacaan motivasi..

 baju Melayu.. keluh.. 

gembira.. kedu.. bercampur baur.. aku lihat 

dalam-dalam.. terselit sepucuk surat.. ya 

Rabbi.. aku rasa hilang.. 

benar-benar hilang.. aku pejamkan mata.. 

aku tutop mesin fikiran aku.. berhenti 

berfikir.. aku letak disuatu 

sudut.. aku terus melangkah.. lalui waktu 

harian seperti sedia kala.. hingga kini.. aku 

sedang mencoret ini.. dunia 

ini pemurah.. dunia ini buat aku rasa salah.." 

penuisan ini terhasil pada petang tadi dikala aku berfikir tentang ini.. -_-


July 1, 2013

"1 Julai Dah.. Hanya Aku.."

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


move on! wake up! raise up! stand up! go straight! hok aloh.. gano ter.. i julai doh.. nok dekat blako doh.. puasa dah nak dekat.. gi site dah nak dekat.. present dah nak dekat.. submit pun dah nak dekat..

ape yang aku buat.. aku pinta pada diri aku.. berubah.. supaya lebih baik.. kekalkan apa yang dah baik.. sempena 1 julai, aku nak share satu lagu pada anda semua dan diri aku..'

lagu nih bakal meletop insyallah.. aku doakan.. ada sense pada lagu nih.. hanya aku.. by hyperact...

Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu



[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku



Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu


Repeat [*]


Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku



Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu

Hanya aku

sekian.. nih je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...