Blog Fendi Islam: "Selamat Datang Ramadan"

G.E.N.G

July 7, 2013

"Selamat Datang Ramadan"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


ya Allah.. pagi.. pagi berkicau burung bersiul barangkali.. dan tidak aku tahu pulak kalau-kalau burung itu berdangdut, mahupun menyanyi balada.. aku tahu hanya merdu..

aku seperti biasa.. kenapa tidak luar biasa.. bila masa lagi aku ingin berubah.. aku akan berubah? kenapa lambat? kenapa terlalu lewat.. seakan nyawa tercabut..  seakan tersekat..

masalah dunia terlalu banyak menimpa.. persahabatan.. perhubungan.. harta.. meterial.. kehendak.. kewangan.. pelajaran.. dan sebagainya.. sedang bagaimana hubungan dengan Allah swt.. leka.. leka.

aku janji untuk terus kuat.. aku mungkiri.. aku janji untuk tidak tolek.. aku rebah.. dugaan Mu ya Rabbi.. Kau hadirkan sahabat yang baik boleh membawa dunia dan akhirat, lalu Kau uji sedikit.. Kau indahkan hubungan..

namun diakhir Kau tarik.. Kau tarik dia pergi.. ya .. perancangan Mu lebih baik dari segala jenis perancangan yang aku sendiri rencanakan.. Kau uji aku.. mungkin Kau uji kami..

adakah Kau hadirkan sahabat yang baik, penyayang dan pemurah lalu aku menjadi baik kerana manusia? adakah itu? Allah menanti aku berubah keranaNya.. ya.. KeranaNya.. bukan kerana orang lain..

indah.. indah.. indah.. itu yang direncanakan.. itulah yang dititipkan dalam perjalanan hidup aku.. aku rebah, dan aku bangun semula.. aku menoleh lalu aku memandang hadapan semula.. indah..

puasa di bulan ramadan makin kunjung tiba.. berdetik hati untuk tidak sabar untuk sekian kalinya.. untuk berkali-waktunya.. seperti tahun2 yang lain.. tahun ke 24 aku wujud bersama ramadan.. adakah sempat?

ajal maut ditanganMu ya Allah.. moga aku mendapat syafaat dan beroleh kebaikan dalam ramadanMu yang aku nanti-nantikan.. moga2.. sempat aku beramal dengan lebih baik dan pekerti kepadaMu.. ameen..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...