السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam hari raya... lama.. lama aku mendiam di blog.. entah kenapa.. seraya bila mana aku macam terlalu sibuk.. sibuk dengan urusan akhirat.. tarawih.. solat berjemaah.. aku jadi suka.. aku jadi gembira..
padahal aku tahu aku akan beraya.. tinggal berapa lama je lagi dari waktu.. aku siap2 sedia.. pulang ke kampung .. sebelum tuh, macam2 urusan aku selesaikan.. hati melonjak betul2 nak balik kampung.. tak dapat bendung..
aku pulang.. beberapa hari sebelom hari raya.. puasa.. berbuka dirumah.. semua ada.. kakak, adik2.. ibu bapa.. aku beruntung.. masih punyai mereka.. macam mana kalau ramadan kelak tidak lagi?
semua kuasa Dia.. kenalah redha.. hari raya hampir tiba.. aku langsung tak pulang kekampung.. pada mulanya cadangan bapa nak balik ketika puasa.. akhirnya tidak.. tidak puasa.. dan tidak pada raya.. beraya di tempat asing..
asing aku maksudkan tidak pernah aku beraya di rumah terengganu.. aku akan beraya di kampung kelantan jua.. tidak kira malam raya.. raya pertama.. tetap akan pulang.. menjadi adat.. akhirnya setelah 24 tahun.. adat berubah..
ya, bukan kewajipan.. tapi rasa sungguh asing.. beraya tanpa nenek2 dan datuk masih di kampung.. tapi aku mengerti.. bapa berkerja.. seorang polis harus mendahulukan kerja barangkali.. aku beralah..
beraya jua di terengganu.. ligat dan lantas aku keluar.. mencari rakan2.. untuk raya bersama.. pertama kali.. aku pergi mana2 rumah yang ada.. makan, gelak dan ketawa. eratkan hubungan kami..
dan tiba raya kedua, aku pilih untuk beraya dengan rakn2 lama sekolah menengah sains alam shah.. mereka2 yang dari terengganu.. seronok. walau jaoh.. semua pengalaman.. langkah aku tiba di rumah rakan di marang..
tidak pernah aku jejak.. berkumpul.. bersembang.. rata2 mereka telah berkerja.. hati rasa kencang.. semua mewah.. berkerjaya.. tapi aku masih belum.. masih bertatih.. masih menuntut ilmu..
siapa rasa tidak terduka? kereta2 mewah milik mereka.. honda city.. honda civic.. peogeot 209 dan lain2.. tidak terduga? ah.. tipu. aku selindung berontakan jiwa yang aku jua impikan itu.. belom lagi.. ya, belom lagi..
aku pendam.. aku harus terima.. takdir aku untuk terus di utm.. takdir aku untuk terus begini.. sungguh Allah itu benar2 tahu apa yang terbaik untuk aku.. aku mesti terima.. aku jadikan motivasi untuk diri aku..
stakat ini masih tiada yang berumah tangga antara mereka.. ya, masih tidak ada.. kami saling bergelak ketawa.. bercerita.. itu kisah bujang.. kemudian rancang.. projek besar katanya.. insyallah coming soon. JiGO.. ameen..
pulang ke dungun, macam biasa, ak raya dengan kawan2 lain yg ada.. ya, aku pilih rakan2 sekolah rendah pulak yang mana ada.. seronok.. mereka turut berkerjaya.. aku gembira untuk mereka.. masing2 berubah.. dari kecik..
dan kini aku masih di dungun.. tidak tahu hala tuju hidup untuk pulang bila ke utm.. ya, aku tidak tahu.. seakan tidak mahu pulang.. rasa seperti di sini aku terbiasa.. aku mohon kerja tetapku kelak disamping ibu bapa.
andai umur aku panjang.. itu yang aku pinta.. tidak lebih dari itu.. biar dapat aku bahagiakan keluarga.. insyallah.. berbakti seada nyawa aku.. ameen.. soal cinta, biar terkubur.. biar.. dan terus aku lelapkan seketika..