Allahuakbar.. lama aku tak mencoret dalam ruang blog aku.. hampir 7 hari.. seminggu.. yang selama nih aku jadikan satu ruang untuk aku melontar kata.. melontar apa-apa rasa.. aku tidak hiraukan siapa yang baca.. janji aku semadikan.. dalam kesibukan aku yang mungkin hanya untuk dunia, aku sedar.. hanya dunia..
apa yang aku lakukan untuk akhirat? rasa macam tiada.. rasa macam tak tahu hala.. kisah pemergian Arwah Ammar betul2 menjentik hati aku.. berdetik.. bertanya.. apa fungsi aku di dunia? Allah ciptakan aku.. untuk apa? ya Allah.. aku tak tahu nak mula dari mana tentang penulisan nih.
ya, selama nih, aku menjadi blogger.. aku berniat nak berkongsi perkara yang baik.. perkara yang membawa orang lain juga contoh dan teladan.. sedang diri aku banyak khilaf.. banyak jahat dari baiknya.. kekadang aku bergurau senda.. memerli manusia lain.. memberi pendapat.. dan juga melawak tanpa batas..
semua atas niat berkongsi cerita dan kisah suka duka.. tapi kini aku hanya nampak terlalu dunia.. apa sumbangan aku pada akhirat? aku harap adalah sedikit penulisan aku dan coretan aku yang memberi teladan pada yang membaca.. aku benar2 harap.. kisah Ammar...
suatu hari, kawan2 kat office asyik melihat video di youtube.. aku masa tu keluar.. aku uruskan soal postlaju di pejabat post.. sampai je di office, mereka masing2 fokus di sebuah laptop.. apa yang mereka tengah rancak melihat.. tekaan aku, mesti video gosip.. pasal artis.. cerita hantu.. tak pun, kisah sedih cinta..
tu yang aku terbayang.. sedang aku hanya berlalu duduk di kerusi aku, mereka seakan fokus.. "ya Allah.. ramainya orang.. ramainya nak pegang keranda dia.. mak ayah dia tenang je.. mak dia duk jauh.. ayah dia je yang ada dekat.. kenapa ramai orang sangat hah?" sepanjang2 itulah persoalan dari bibir mereka.. aku?
aku hanya pelik.. lalu aku langkah.. langkah kaki.. jenguk sekaki.. apa yang menarik.. apa yang mereka terlalu fokus.. tertera satu video youtube.. bertajuk "memori Ammar 1993-2013" aku kerutkan dahi.. ada apa dengan budak ini. Allah.. itu yang terlintas.. seakan aku bertanya dan bertanya..
"kenapa dia mati? dia nih siapa? belajar kat mana? bila dia mati? kenapa ramai ikot jenazah dia? apa sumbangan dia? dia nih orang penting ke?" Subhanallah.. itu yang terlintas dalam benak fikiran aku.. bermain2.. lalu video tu habis.. aku sekadar lihat saat dia disolatkan di masjid.. diusung.. lalu kekubur.. lalu aku tinggalkan kawan2 aku bersama video itu.. tiada yang menarik mungkin.. Subhanallah..
aku abaikan.. hari terus berlalu.. esok tiba.. aku masih sibuk dengan tugasan dunia.. nak menguruskan program summer school di sabah nanti.. kisah Ammar aku langsung lupa.. pada petang itu.. aku habis tugasan.. waktu office pun dah belalu.. aku sorang je di office.. mereka yang lain2 ada di office atas.. bersama pegawai penyelidik lain.. uruskan soal booking hotel kata mereka..
aku selesai tugas aku.. beli ink printer dan toner printer.. seusai tu, aku hanya di depan screen laptop.. bersama pisang goreng dan keropok lekor yang aku beli untuk mereka juga.. niat hati nak bersedekah.. atas rezeki yang baru aku terima tempoh hari.. aku terus hadap laptop.. buka facebook.. scrool apa2 cerita..
banyak kisah artis.. aku jadi bosan dengan artis2 yang dikongsikan cerita mereka tentang salah dan silap sini.. seksi dan seksa sini.. aku jadi rimas.. semua aku rasa tak kena.. marah pada admin2 page tu pun ada.. aku membebel sorang2.. apa nak jadi dengan admin2 page yang share benda2 yang bukan2.. yang langsung tak ada faedahnya pun.. haih.. lantak lah mereka.. apa nih rutin harian mereka?
dalam kebosanan tu, terkeluar satu video di fb yang ada insan share.. insan tu adalah heliza.. artis heliza yang mata bulat2 tuh.. dialah yang share kisah tuh.. statusnya berbunyi tentang mengalir air mata tengok video dan al-fatihah.. aku jadi teringat tentang video yang mereka rakan2 office aku tengok semalam.. lalu dengan penuh perhatian, aku rasa nak tengok dan tahu apa kisah sebenar.. aku pantang kalau kisah2 sedih..
cepat hati aku rasa nak tengok.. Subhanallah.. aku klik.. dan terus besar screen.. dari laman youtube.. ditunjuk gambar2 ammar.. diceritakan profile beliau.. kisah hidup.. belajar di mana.. aktiviti yang dia lakukan.. dan segala2 tentang kisah kehidupan beliau.. hati aku berkata.. "ooo.. bagusnya budak nih.." hingga satu detik, tersingkap kisah cerita beliau kemalangan.. dan disambung video dia dikafankan.. disolatkan.. dan ditanam..
Allah ya Rabbi.. beginang air mata aku.. derai.. macam empangan pecah.. semua selepas aku melihat wajah arwah.. kaku.. bersama kain kafan.. pucat wajahnya.. bersih.. seakan tidur dalam benak fikiran aku.. derai air mata aku kesat.. risau malu orang tengok kalau ada yang tiba2 masuk office.. lantas, video wajahnya yang dalam kafan masih berpeluh muncul.. Allahuakbar..
jiwa aku runtuh.. iman aku bergetar.. meremang tubuk aku nih.. aku membayangkan jika aku yang dikafankan.. apakah aku seperti Ammar? apakah aku cukup beriman? apakah aku sumbang pada agama aku? apa aku dah jadi macam Ammar..? apa hidup aku matlamatnya kerana Allah.. apa aku bertindak dengan jalan dan pertimbangan iman? apa aku bahagia semata di dunia.. Allah....... aku tarik nafas.. aku tutup muka aku..
takkan nak menjerit..air mata kali nih macam empangan pecah lagi.. aku kesat.. aku teriak.. aku kesat dan aku teriak lagi.. sungguh.. kau buat aku terus menangis dan menangis Ammar.. syahid kau aku cemburui.. iman kau aku cemburui.. tenangnya kau pergi aku cemburui.. aku cemburu segala2 tentang kau Ammar.. ya Allah.. sedangkan aku langsung tak kenal kau Ammar.. hanya dengan penceritaan dalam video tu, dan tatapan pemergian beliau, aku terus rebah.. rasa lelah..
aku hina.. aku banyak berdosa.. aku tiada arah tuju dalam berbakti pada agama.. banyak aku lakukan adalah kerana dunia semata-mata.. ya Allah.. mampukah aku semulia Ammar? jawapan aku tidak sama sekali.. aku menggeling2kan kepala.. waktu terus berlalu.. aku jadi termenung.. video Ammar terus habis begitu.. air mata aku yang masih degil tak nak berhenti.. aku kawal mengucap kalimah syahadah.. aku istigfar.. cuba tenangkan diri..
hari berlalu.. malam menjelma.. aku pulang ke bilik.. dalam perjalanan, sungguh, wajah jenazah Ammar dalam ingatan aku.. aku memebayangkan kejernihan.. ketenangan beliau pergi.. "ahh.. apalah aku nih.. sudah2 lah tu.." aku bermonolog dalaman.. dalam pemanduan aku.. aku terfikir, apa aku boleh jadi sepertinya? tidak.. aku kata tidak.. terus aku memikirkan persamaan dan beda aku dengannya.. jauh. langit dan bumi tentang aku dan Ammar..
aku anak lelaki tunggal.. ya, Ammar pun begitu.. Ammar muda.. dan aku sedikit dewasa dari Ammar.. dia banyak didikan agama.. sedang aku kurang belaka.. Ammar begitu orangnya.. dan aku begini orangnya.. aku mengeluh.. memang aku takkan jadi seperti Ammar.. memang takkan.. banyak perkara yang tidak sama.. tapi, tersentak hati aku, tapi kami adalah hamba Dia.. ya Allah.. menangis lagi aku.. kerana Ammar..
sampai di blok, aku tenang kembali.. setiba aku di bilik, dan sebelum itu di dalam lif, aku membayangkan jenazah Ammar lagi.. bagaimana kalau jenazah beliau disebelah aku ketika di dalam lif.. aku pasti terkejut umpama melihat hantu.. yalah.. dengan kain kafan segalanya.. pucat.. tapi tidak.. aku tetapkan jiwa, Ammar umpama idola.. wajah kafan tu, aku anggap teladan buat aku.. aku berharap dapat kenal Ammar.. tapi tidak ketika hidupnya.. dia dah pergi..
sampai dipintu bilik.. aku masuk kebilik.. diberi salam.. aku terus lihat keliling.. masa tu dah masuk waktu maghrib.. bilik aku gelap.. difikirkan aku lagi, kalau tetiba Ammar ada di mana2 sudut dalam bilik aku macam mana? aku tetiba senyum.. aku rasa tenang seketika.. andai Ammar yang muncul, aku rasa bahagia sekali.. umpama dapat bertemu insan yang boleh memberi teladan yang baik buat ak pada masa kini..
lamunan tu aku hentikan. aku terus ke bilik air.. ambil air sembahyang.. dan terus solat.. sesudah solat.. ini yang paling aku rindui.. berdoa dan terus berdoa.. air mata sekali lagi mengalir.. ya Allah.. deras lagi.. doa aku panjatkan moga Arwah Ammar ditempatkan dalam kalangan orang2 yang syahid, sahabat2 nabi dan mereka2 yang mulia di sisi Allah.. berderai air mata.. aku khilaf.. aku ingin berubah menjadi yang lebih baik..
cuma aku ingin berubah bermula sekarang.. aku taknak pandang dunia semata2.. aku taknak sumbang segala yang aku ada hanya kerana dunia.. bukan itu yang aku hajati kini.. aku rasa ingin benar2 berubah.. aku ingin cintakan akhirat jua.. ya Allah.. mana kekuatan tu.. seakan2 aku berseorangan.. mampukah aku? malam tu aku teruskan dengan sambung tugasan.. hal Ammar kekal dalam minda.. aku tahan seketika untuk tugasan mendesign yang sering aku lakukan pada malam hari..
sebenarnya, aku jua terlalu minat dalam urusan mereka cipta rekaan2 kerja seni.. tak kira apa.. itulah jiwa aku. aku selit seketika pada malam itu.. lewat malam, aku masih membayangkan segala kebaikan Ammar.. segala yang disumbang.. dan aku membanding2kan dengan aku.. yang tiada apa.. jauh sekali Ammar..
lalu aku mengoogle dan menfacebook segala kisah tentang Ammar... aku yakin pasti makin tersebar luas cerita tentang arwah Ammar nih. ya, memang benar.. aku jumpa satu page yang mengisahkan segala tentang Ammar.. "Tribute Ahmad Ammar Ahmad Azam" macam2 lagi yang dikongsi.. aku baca satu persatu.. mengenai catatan beliau.. video beliau.. dan segala2 aku kaji.. aku lihat.. hingga jam 3.30 pagi.. tahu tak? dalam tempoh 11.30 malam hingga pagi itu, aku rasa terus menarik dan menarik perhatian aku untuk terus tahu pasal Ammar.. hingga aku temui page rasmi yang dikelolai oleh keluarga Ammar sendiri.. bersyukur.. terasa dekat diri aku dengan Ammar.. terasa banyak pengajaran yang keluarga beliau kongsi..
benar2 membuka hati aku,.. benar2 buat aku rasa indah.. rasa cemburu... kau benar2 insan terpilih Ammar.. ada satu ayat dari arwah Ammar.. yang turut dikongsi.. "sampai bila aku nak berada di zon selesa.." ya Allah.. membaca dan mengenangkan ayat nih, melekat dan terus tersemadi dalam sanubari aku.. sampai bila di zon selesa? aku terlalu selesa.. sedangkan umat seagamaku mati dalam perjuang agama.. apa cara aku boleh sumbang? apa aku ingat mereka? apa aku terlalu leka?
aku soal pada diri aku.. sedih.. hiba.. lalu terbuka pintu hati aku untuk berkongsi cerita Ammar pada ramai orang.. sebab aku tenang sekali.. aku nak orang lain rasainya juga.. lalu aku share di beberapa page yang ramai penghuninya.. dan kesempatan aku sebagai admin pada beberapa page (pernigaan dan soal jodoh) yang ramai pengikutnya, aku ambil sebagai permulaan jalan kebaikan untuk kongsi bersama.. aku percaya kehebatan facebook yang mampu menyalur cerita dan kisah sepantas kilat.. tapi kilat tetap paling pantas.. dengan harapan, mana2 orang yang membaca kisah Ammar, dapat rasa apa yang aku rasa.. dapat kesal dan insaf bersama-sama..
ketika malam tu, page Ammar tersebut yang baru dibuat beberapa jam oleh wakil individu mana yang bertanggungjawab mempunyai 571 pengikut.. angka yang besar.. ya.. besar.. dalam hanya beberapa jam, angka terus naik.. aku bayangkan ramai yang sedang membaca,.. dan terus naik.. lalu aku biarkan.. moga ramai yang terus rasa apa yang aku rasa.. indah..
aku beradu untuk tidur.. wajah Ammar aku masih terbayang.. pucat. berpeluh.. tenang.. walau aku tak kenal Ammar, entah kenapa sedihnya seakan dia rapat dengan aku. seakan ada hubungan erat persahabatan.. ya.. aku akui pada diri.. dialah saudara seislamku.. dialah contoh teladan yang baik yang boleh diambil iktibar jua.. di betul2 beri kesan pada hidup aku hari ini.. tiap langkah aku, aku ingatkan kematian yang bila2 boleh terjadi..
dalam tiap tindak aku, apa aku lakukan, apakah ini Allah swt redha.. mungkin aku tidak semampu Ammar mengkaji kisah Islam sedalam2nya.. hingga berhijrah ke negara lain.. menjadi sukarelawan yang banyak membantu dan sebagainya.. tapi, sekurang dan selebihnya, Ammar benar2 buat aku ingat akan aku yang wajib berada di landasan yang benar selalu.. mungkin peranan aku hidup di dunia tak sebesar sumbangan Ammar.. tapi Ammar dah mengubah pandangan banyak hati dan jiwa tentang indahnya Islam..
tentang penerimaan ke jalan Allah yang sangat benar.. yang lurus.. aku mohonkan agar aku sentiasa di jalanNya.. dan tidak bersimpang seperti dulu lagi.. sedaya mungkin aku tidak mengingat kisah yang lalu.. kerana aku akan sakit.. sebaiknya aku rencana hidup yang masa hadapan sedang Allah swt ada kisah untuk direncana pada aku jauh lebih baik.. insyallah..
aku mohon maaf banyak2, kalau penulisan aku terlalu panjang dan ada menyinggung mana2 pihak.. biarlah aku terus membayangkan Ammar.. yang menjadi syahid kita.. "hidup jika ingin bergembira, teruskan lah.. jangan sampai lupa Dia.. hidup jika tiada matlamat pada agama, renungkanlah.. kerana itu adalah hidup yang sia-sia.." biarlah aku terus membayangkan wajah arwah Ammar.. kerana itu boleh ingatkan aku akan mati.. Al-Fatihah buat Arwah Ammar..
Sekian. Fendi Islam