Blog Fendi Islam: December 2013

G.E.N.G

December 28, 2013

Bila Tomboi Usha Aku


urus niaga anda berjaya.. lega.. tapi mcam sentap.. duit dalam acc bagai air mengalir.. bocor.. bocor bayar duit kereta.. lumrah.. adat manusia guna kereta diusia muda.. takpelah.. duit boleh dicari.. kereta tetap utang.. bayar tetap bayar.. 

zap.. zap.. keluar resit.. gembira ke tak, tak tahu.. lega, duit kereta bulan nih, selesai.. bulan nih sahajalah.. yg bertahun tuh x tahu ke mane.. oh.. membayangkan bisness cepat kaya katanya.. ohh.. tidak.. tidak jadi pilihan aku..

turun je dari tangga CIMB UTM, aku turun perlahan2.. menikmati suasana disitu kononnya.. "vromm.. vromm.. vroomm.." wahh! sport car mane plak tu? aku terdetik.. terlihat sebuat kancil silver.. terparking rapat dibawah dari tempat aku berdiri dan berjalan turun.. 


dekat dengan pejabat post.. tadaa.. keluar seorang manusia.. tidak lelaki.. tidak perempuan.. tuh yg aku nampak.. oh.. mulot jahat nih terus bersangka.. "tomboi rupenye.." rambut pendek.. tinggi lampai.. terus die pandang aku.. dah aku gi pandang die.. 

dan aku pandang balik.. die pandang dan blah.. terus masok ke pejabat post.. aku terus berjalan.. berjalan semakin hampir ke kereta bunyi seakan sport car tuh. enjin tak dimatikan.. pasti ade orang.. tadaaaa... bila silau cermin depan tu hilang je, aku nampak ade seorang gadis.. ya, yg ni gadis.. die usha aku.. aku jatuhkan pandangan.. 

sambil berjalan makin dekat.. bermain smartphone kononye.. konon aku tak nak tengok balik dah.. pergh! aku tengok lagi.. dan die masih usha aku lagi.. tak leh jadi.. aku pegang janggot aku.. aku urut2.. huuu.. die pun terus tunduk.. rupenye macam manis.. freehair.. hanya duduk di dalam kereta..

lepas berlalu sahaja aku di hadapan kereta tu, aku berada di sisi kereta.. makin tinggalkan posisi menghadap gadis di dalam kereta tu.. aku mengada2 untuk pandang semula.. aku toleh.. ya Rabbi.. die usha aku lagi.. kali nih, aku URUT JANGGUT aku.. 


aku senyum.. dan die balas senyum.. sungguh manis.. walau nampak ganas dari dalam kereta.. sekali senyum, manis.. ya.. manis.. sungguh wanita perhiasan dunia.. aku berjalan.. berlalu pergi.. jalan menunduk kebumi... senyum aku sndiri.. 

berfikir, apakah kehidupan die nanti.. bile habis belajar, apa akan jadi? moga baik2 buat mereka.. mereka tetap manusia.. hamba.. sama macam aku.. biarlah lagak tomboi die sementara.. die akan jadi gadis penggongcang dunia.. kedebushhhhhh!!

dah.. dah panjang aku type.. kau pulak gi baca panjang2.. pada si gadis2, jangan duk usha laki2 begitu ye.. jagalah pandangan mu.. begitu juga pada laki-laki.. "kamonlah.. standard ah tu usha2 awek.." 


abah kauuu!! mungkin kau terikut2.. pengaruh rakan kuat sangat.. pastu, kau tak feeling2 ade adik beradik perempuan.. ce kalau adik perempuan kau diusha2.. hahai.. melenting lah kau wahai lelaki? Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: 

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31]

sekadar berkongsi pengalaman.. aku pun cuba menjaga pandangan.. berbalik pasal kenapa aku urut janggot? haih.. aku pun x tahu.. spontan punya reaksi.. janggot panjang kot.. tak jugak.. dan ingatlah.. janggot itu adalah perhiasan lelaki.. simpanlah ia..


 ia adalah sunnah Rasulullah saw.. mungkin aku terasa iman aku terjaga dengan mengurut janggot.. kehkehkeh.. supaya tidak aku kenyit mata.. kang kenyit mata, x pasal2 kancil tu bergerak... 

Sekian. Fendi Islam.

December 26, 2013

Bukan Tak Fikir Pasal Kahwin



oi.. bukan aku tak fikir pasal kahwin oi.. fikir.. hari2 fikir.. 5 kali solat, 5 kali la terfikir pasal kahwin.. lepas solat je doa.. "ingat senang-senang ke nak kahwin?" uh.. ayat nih biase sangat.. biase sangat dari mulot lelaki yg berhempas pulas nak cari rezeki untuk kahwin.. 

"aku tak bersedia lagi.." pun biase jugak.. sampai mati pun takkan sedia.. tapi aku tak menjadikan tu sebagai alasan.. nak kahwin, aku mesti usaha sendiri.. 

usaha dari A-Z.. "2014 nak kahwin?" dalam perancangan aku memang takde la.. tapi dalam perancangan Allah swt aku tak tahu.. aku berdoa kalau cepat, masanya, cepatlah.. kalau lambat, lambat lah.. umur 27 lah paling awal akan aku dirikan rumahtangga jika dipanjangkan umur.. 

jika dimurahkan rezeki.. skali lagi aku bgtau.. tu perancangan aku.. perancangan Allah swt aku tak tahu.. kalau terawal, terlewat, redha lah jugak.. penat nak menjawab soal, "BILE KO NAK KAHWIN".. 

kalau ditanya calon tu, insyallah ada dalam hati.. simpan je lah.. "simpan? kang melepas fendi oi.." haaaa, ayat biase jugak.. kalau dah dia bukan jodoh aku plak, melepas mcam mana skali pun, AKAN DATANG YANG LEBIH BAIK.. 

insyallah.. aku tumpang bahagia pada rakan2 yang dah berumah tangga.. tahniah.. seronok.. ada yang dah lama bercinta.. ada yang berumah tangga baru nak bercinta.. ada yang malu2 bercinta.. dan macam2 lagilah.. 2014 makin ramai yang berkahwin.. 

jangan soal lagi dah, "KENAPA TAK KAHWIN2?" kesian kat sapa2 yang masih belum kahwin.. mana tahu jodoh dia disyurga.. soal jodoh tu tetap rahsia Allah swt.. nanti, dapat soklan "BILE KAU NAK MATI?" tak ke tu pun rahsia Allah swt? sentap pulak kang.. haa.. sedikit emosi disitu.. 

dah lah.. malas.. malas panjang2.. tapi dah panjang aku rase.. kahwin nih nak kene fikir jaga anak orang weh.. kalau anak kucing lain pulak cara dia.. dah la aku lelaki.. nak bimbing isteri.. yg perempuan pulak nak kene fikir tanggungjawab taat die pada suami plak kang.. berat tanggungjawab kene same2 pikul.. insyallah..

jalan sambung belajar bukan yang aku rancang jugak.. ikut perkiraan aku 2012, kire tamatlah zaman menunutut ilmu secara rasmi di universiti.. tapi penghujung 2012, Allah swt bukakkan semula pintu hati aku menuntut ilmu.. dalam diri duk kata "aku taknak sambung dah.." 

tapi ape jadi? aku masih kat sini.. kejap je mase berlalu.. setahun macam tak sempat nak kire bulu hidung ade brape helai.. laju sangat mase.. dan sedar tak sedar, berat aku pun naik.. heee. saje nak kabo.. dan mungkin 2013 dimane aku sambung belajar sebab Allah swt nak rawat HATI yang pernah luke.. 

ce wah.. ayat.. macam nak baling buah pulasan yang berbulu2 je.. ak tetap x suke pulasan.. berbulu2.. takde kaitan.. hati yg pernah sesal.. soal cinta.. tengok! Allah swt tak izinkan lagi aku menikah tu.. sedang dalam perancangan tu ade.. dan akhirnye, aku ubah perancangan aku.. 

terusi yang ade kini.. terus menuntut ilmu di universiti.. kalau kerja pun masih dikira menuntut ilmu.. so, perkataan "kalau" tu adalah perancangan kita di dunia.. tapi Allah swt akan kata "ya" atau "tidak" je.. aku nak kata apa lagi. redha.. 

dah2.. aku penat taip.. mual dah.. hari nih aku blogging di facebook skali.. panjang2 bace nih jangan simpan dalam hati.. mohon maaflah.. aku penat.. "Bukan Aku Tak Fikir Pasal Kahwin.."

Sekian. Fendi Islam.

December 18, 2013

Berhenti Seketika


Bismillahirrahmanirrahim.. Sedang aku menulis nih, senang cerita, menekan keypad phone aku nih, aku terbuka hati untuk berhenti seketika.. Berhenti apa? Aku dah berjaya berhenti facebook.. Berhenti foursquare.. Berhenti tweet.. Berhenti line.. Berhenti viber.. Berhenti kakaotalk.. Berhenti tumblr.. Haa.. Ambik! Semua benda social ada.. 

Dan aku bercadang nak berhenti untuk satu perkara lagi.. Mungkin sementara.. Sebab apa? Haih.. Mesti tak aku mentioned kat sini? Tak perlu lagi.. Sebab ada la sebabnya.. Lama2 akan aku tercoret jugak.. Tapi bukan kali ini.. Aku harus berhenti seketika.. Ak tak boleh teruskan dah.. Moga ada izin Allah.. Trime kaseh ya Allah.. Beri aku kesedaran pada hari ini.. Insyallah.. 

Sekian. Fendi Islam

December 16, 2013

Sebab Aku Blogger


Lame dah kot aku tak memblog.. Kesempatan aku tengah sakit nih, memang ada masa lag sikit untuk aku coret apa yang patot.. Aku beruntung.. Boleh menulis.. Boleh memblog.. At least.. Ada penulisan aku yang aku tinggalkan.. 

Mungkin ada orang lain yang cuba jadi macam apa aku jadi... Bergantung pada cara masing2 lah.. Tapi, jadilah diri sendiri.. Jangan jadi aku yang dilihat semua baik dan positif segala.. Apa yang lebih buruk, aku cuba kongsi jadikan pengajaran.. Kerana aku blogger.. Ramai blogger2 yg berjaya disebabkan memang mereka nak berkongsi segala hal dalm idop mereka barangkali.. Bagi aku.. Sekadar pada siapa yang ada peluang..

Terima kaseh kerana sudi menjengah ke blog aku.. Segala tentang rasa.. Segala tentang jiwa.. Segala tentang hidup.. Blogger nih bukan perkara yang main2.. Bukan suka2 jugak.. Ada je orang yang jadikan kita contoh.. Ada yang jadikan kita teladan.. Tapi janganlah aku.. Lebih baik aku yang ambik teladan orng lain utk diri aku.. 

Dikesempatan kesakitan yang tengah aku alami nih, aku nak berkongsi satu hikmah.. Segala tentang sakit dan perit.. ingatlah.. Allah swt datangkan sakit pasti bersebab.. Sbb Dia tahu aku mampu.. Dia nak sedarkan aku.. Jangan duk leka sangat.. Terlalu leka nih bahaya jugak.. Boleh bawak padah.. Boleh bawak derita.. Tapi mujur aku sedar.. Aku terlalu selesa dgn badan yg sehat.. Dgn hidup bahagia.. Ingat jugak la pada yang susah.. Mungkin tu hikmah dia.. Mudah tak..? Bila mana ada redha dlm diri, tak akan merungut seorang hamba.. Pasti redha dan ikhlas..

Sekian. Bukan Fendi Islam




December 14, 2013

13.12.13 Jari Yang Berdosa


langkah terus..
akal mati..
jiwa terusik..
dosa lagi..

masih teringin..
benda yang silap..
itulah yang indah..
jadi pedoman..

iman goyah..
hati beku..
jiwa diam..
akhirnya rebah..

hari semalam..
lupakan sahaja..
hari ini.. 
tetap berdosa..

dijanji sudah..
dikota sudah..
termetrai sudah..
dosa yang susah.

aku pendosa..
aku yang berdosa..
hari ke hari..
tiada cahaya..

-Fendi Islam-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...