oi.. bukan aku tak fikir pasal kahwin oi.. fikir.. hari2 fikir.. 5 kali solat, 5 kali la terfikir pasal kahwin.. lepas solat je doa.. "ingat senang-senang ke nak kahwin?" uh.. ayat nih biase sangat.. biase sangat dari mulot lelaki yg berhempas pulas nak cari rezeki untuk kahwin..
"aku tak bersedia lagi.." pun biase jugak.. sampai mati pun takkan sedia.. tapi aku tak menjadikan tu sebagai alasan.. nak kahwin, aku mesti usaha sendiri..
usaha dari A-Z.. "2014 nak kahwin?" dalam perancangan aku memang takde la.. tapi dalam perancangan Allah swt aku tak tahu.. aku berdoa kalau cepat, masanya, cepatlah.. kalau lambat, lambat lah.. umur 27 lah paling awal akan aku dirikan rumahtangga jika dipanjangkan umur..
jika dimurahkan rezeki.. skali lagi aku bgtau.. tu perancangan aku.. perancangan Allah swt aku tak tahu.. kalau terawal, terlewat, redha lah jugak.. penat nak menjawab soal, "BILE KO NAK KAHWIN"..
kalau ditanya calon tu, insyallah ada dalam hati.. simpan je lah.. "simpan? kang melepas fendi oi.." haaaa, ayat biase jugak.. kalau dah dia bukan jodoh aku plak, melepas mcam mana skali pun, AKAN DATANG YANG LEBIH BAIK..
insyallah.. aku tumpang bahagia pada rakan2 yang dah berumah tangga.. tahniah.. seronok.. ada yang dah lama bercinta.. ada yang berumah tangga baru nak bercinta.. ada yang malu2 bercinta.. dan macam2 lagilah.. 2014 makin ramai yang berkahwin..
jangan soal lagi dah, "KENAPA TAK KAHWIN2?" kesian kat sapa2 yang masih belum kahwin.. mana tahu jodoh dia disyurga.. soal jodoh tu tetap rahsia Allah swt.. nanti, dapat soklan "BILE KAU NAK MATI?" tak ke tu pun rahsia Allah swt? sentap pulak kang.. haa.. sedikit emosi disitu..
dah lah.. malas.. malas panjang2.. tapi dah panjang aku rase.. kahwin nih nak kene fikir jaga anak orang weh.. kalau anak kucing lain pulak cara dia.. dah la aku lelaki.. nak bimbing isteri.. yg perempuan pulak nak kene fikir tanggungjawab taat die pada suami plak kang.. berat tanggungjawab kene same2 pikul.. insyallah..
jalan sambung belajar bukan yang aku rancang jugak.. ikut perkiraan aku 2012, kire tamatlah zaman menunutut ilmu secara rasmi di universiti.. tapi penghujung 2012, Allah swt bukakkan semula pintu hati aku menuntut ilmu.. dalam diri duk kata "aku taknak sambung dah.."
tapi ape jadi? aku masih kat sini.. kejap je mase berlalu.. setahun macam tak sempat nak kire bulu hidung ade brape helai.. laju sangat mase.. dan sedar tak sedar, berat aku pun naik.. heee. saje nak kabo.. dan mungkin 2013 dimane aku sambung belajar sebab Allah swt nak rawat HATI yang pernah luke..
ce wah.. ayat.. macam nak baling buah pulasan yang berbulu2 je.. ak tetap x suke pulasan.. berbulu2.. takde kaitan.. hati yg pernah sesal.. soal cinta.. tengok! Allah swt tak izinkan lagi aku menikah tu.. sedang dalam perancangan tu ade.. dan akhirnye, aku ubah perancangan aku..
terusi yang ade kini.. terus menuntut ilmu di universiti.. kalau kerja pun masih dikira menuntut ilmu.. so, perkataan "kalau" tu adalah perancangan kita di dunia.. tapi Allah swt akan kata "ya" atau "tidak" je.. aku nak kata apa lagi. redha..
dah2.. aku penat taip.. mual dah.. hari nih aku blogging di facebook skali.. panjang2 bace nih jangan simpan dalam hati.. mohon maaflah.. aku penat.. "Bukan Aku Tak Fikir Pasal Kahwin.."
Sekian. Fendi Islam.