Blog Fendi Islam: 2014

G.E.N.G

October 31, 2014

Tiada Hati Lagi

peh peh peh peh.. assalamualaikum wbt.. hehe.. lama dah ak tak bersua.. ke mana aku? ade je.. harap2 jugak tak ramai yang baca.. x ada yang baca is more better.. 

mungkin ade yg persoal.. dan bertanya.. mana aku pergi? lama tak baca update facebooktwiiter dan instagram.. serta mungkin di lama2 sosial yang lain.. aduhai.. sampai dalam grup wasap pun ade yg tanya "azli! mane mu? idop lagi dop?"

hah.. here we go.. aku ade je.. cuma tiada hati lagi nak bersosial sebegitu.. mungkin akan dipulangkan kembali hati tu suatu masa nanti.. insyallah.. aku masih aku yang sama.. aku ada je..

so, penulisan aku kat sini lebih menenangkan aku.. lebih baut aku rasa selamat.. dalam idop nih macam2 ragam manusia.. biar aku perhati.. biar aku tengok.. biar aku diam saja.. 

mungkin bersebab.. memang bersebab.. sebab nya biar aku sahaja pikull.. biar aku sahaja tahu.. cukup la aku tulis serba sedikit nih.. mengubat kerinduan pada sapa2 atau mana2 individu sahabat mahupun saudara..

dan insyallah.. aku akan kembali aktif berkongsi penulisan aku yg x seberapa nih untuk tatapan pembaca.. x de org baca pun x pe.. kot2 nnti aku dah pergi, ade la tu yang nak baca. heheh.. sekian..

assalam.. :)

October 27, 2014

Tuhan Lindungi Dia: Tak Selalu Allah swt Bagi Senang

Sejenak.. Norman berfikir.. merenung.. kekuasaan Ilahi.. burung terbang bebas.. hujan lebat.. kuyup membasahi jasadnya.. Norman tampil gagah.. meredah hujan kasar yang gugur ke bumi.. niat hati mencari sesuap nasi.. itulah rezeki.. Akhirnya Norman peroleh..

Masih terbatas aktiviti Norman yang lain.. hajat ini ke kedai rangkaian telefon.. namun, lebatnya hujan mematahkan niatnya.. lain kali barangkali.. sejenak Norman terasa.. Apa Dia sedang menguji? 

Norman punyai kereta.. namun, demi mencari wang untuk membiayai keretanya, Norman terpaksa sewakan.. Dia rela.. wang yang diperoleh barangkali boleh menampung sedikit sebanyak perbelanjaan untuk hidup hariannya.. Norman kekadang kelu.. apa harus dia teruskan hidup begitu.

Apabila mengenang nasib.. melihat kembali laluan dan jalan yang dipilihnya dulu, dia bersyukur.. masakan sampai sekarang Norman tidak mungkin pernah terbang tinggi.. hingga ke negara China.. itulah yang direncana oleh Allah swt..

Norman termenung di pangku balkoni.. melihat hujan turun titis2nya besar.. lebat.. berserta guruh.. terkenang kembali saat dia rasa meredah hujan.. rasa susah.. rasa diuji.. rasa apa ini takdir hidupnya..

Lalu Norman menutup mata.. kembali ke biliknya.. seraya hanya berbisik "ini baru sedikit ujiannya.. aku mampu tempuh.." lalu Norman melangkah.. masuk ke bilik.. membuka bungkusan Nasi Ayam yang dibelinya.. basah baju di letak dalam baldi.. hanya seluar kuyup terus dipakai sambil menghulur suapan nasi.. Norman akur..

(bersambung..)

September 28, 2014

Marah Itu Rugi

cuba sabar.. 
cuba bertenang..
cuba istighfar..

marah bukan bahagia..
tenang itu jalannya..
rugi jika marah..
untunglah mereka..

dalam diam..
sekelumit pendam..
simpan..
bengkak jadi peram..

cetus marah.. 
mara berapi..
apa itu yang dimahukan?
berbalik pada cinta..
ia rugi..
marah itu rugi..

bait kata atur bicara..
tersusun rapi kerana Dia..
biar berfikir sebelum berkata..
kelak diri tidak merana..

marah itu rugi..
aku pasti tidak terjadi..
aku sayang diri..
aku sayang cinta hati..
terima kasih Ilahi..

olehpenulis



September 26, 2014

I Love You Too

assalamualaikum cinta..
waalaikumussalam rindu..

sering kami sapa.. 
sering kami terima..
indah.. pagi siang malam..
kami saling luah..

kami saling kisah..
tentang apa dunia..
tentang apa melata..

hidup tetap diteruskan..
ragam manusia satu persatu..
kami kongsi cerita..
indah..
jika dulu aku tak luah..
kini dia tempatnya..

kerana aku percaya..
hadirnya dia ada cahaya..
langkah kaki berjalan kini bersuluh..
berteman dia rapuh berdiri..
telusuri rona duri..

jika hampir berakhir.. 
oksigen makin berkurangan..
uwapan mulut terbuka..
katil memanggil riang..
pujukan tidur bersama..

tidur dulu..
i love you too.. waalaikummussalam..

September 25, 2014

Tuhan Jagakan Dia

hari ini aku jauh..
aku sendiri..
pagi aku bangun..
malam aku tidur..
dia tiada disisi..

Tuhan.. 
kau jagakan dia..
dia jauh..
tidak mampu lagi aku..
aku sendiri disini..
jiwa aku mati..
tingkah aku kaku..
diri aku kelabu..

titis derai..
air mata 
dalam tiap sujud..
tangan aku tadah..
aku pohon..
moga dia ada..
ada untuk cinta..
sampai bila-bila..

by penulis


April 12, 2014

Terima Kaseh Tinggalkan Aku..


“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”

Air mataku kembali berguguran.

“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang.


Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.

“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”

“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta

by IluvIslam

March 26, 2014

Maafkan Aku Pendosa


"assalamualaikum wbt.. selamat pagi.. maafkan aku.. maafkan aku.. halalkan aku dengan apa yang diberi.. moga tidak ada dendam pada aku.. moga yang kelam dulu jadi jernih kembali.. moga masing-masing menginsafi diri.. tiada tenang diri jika tidak diperbaiki.. maafkan aku.."

tak ada kata yang lebih baik untuk aku ucap selain memohon maaf.. nih lah kunci yang aku rasa untuk hati yang tidak tenang.. nak hubungi lansung, aku tak punyai contact dah barangkali..

moga tebaca mereka yang telah banyak aku perlaku dosa.. moga2.. aku mohon maafkan aku.. aku tak pernah tahu bila nya pergi aku dari dunia yang penuh fana nih.. aku hanya cuba bersedia.. mungkin selepas ini aku pergi..

biarkan aku tinggal penulisan aku.. buat semua.. aku tinggalkan moga aku ada kenangan buat semua.. insyallah.. rindukan aku dalam doa.. rindukan penulisan aku dalam blog yang tak seberapa nih.. :)

Fendi Islam

March 13, 2014

Kepulangan Dari Sabah


assalamualaikum wbt.. lama.. lama aku tidak menulis disini.. kali terakhir February 4, 2014.. agak lama mungkin.. rasa2 mcam dah nak berhenti menulis.. tapi tak boleh.. menulis nih macam dah menjadi jiwa aku.. dari dulu lagi.. dari dulu aku mula menulis..

sepanjang aku tidak menulis, sebenarnya aku banyak menulis di diari phone aku.. aku rasa lebih mudah nak menulis disitu.. tapi hakikat seorang blogger, disini tetap yang terbaik.. mungkin dalam phone aku, aku lebih peribadi.. disini lebih umum..

hanya itu beza.. andai aku mati nanti, bacalah penulisan aku di dalam phone.. satu persatu.. mungkin ada baiknya.. mungkin ada tidaknya.. segala tentang kenangan hidup aku.. andai aku mati juga, aku tinggalkan acc ig aku.. segala jua tentang kenangan..

kalau orang tanya akum kenapa gambar aku banyak bila sekali upload? sememangnya aku hargai tiap apa yang aku lalui.. aku terlalu menghargai.. skrang jam 21.55 pada 13.3.2014.. aku rasa aku layak menulis lagi.. aku rasa aku gembira menulis lagi..

aku nak berubah jadi yang lebih baik.. itu sentiasa menjadi impian semua manusia.. menjadi impian semua orang.. ya. menjadi yang lebih baik.. aku pandang kiri.. berapa dosa telah aku lakukan.. berapa perkara jahat telah aku lakukan.. bila lagi.. bila lagi nak aku berubah?

dan hari nih menjadi kali ke 13 aku mencuba.. aku tetap mencuba.. cinta tetap ada.. aku cuba.. berdoa dan berpatah.. aku tahu akan ada sinar suatu masa nanti untuk aku.. ameen.. ameen ya rabb..

mengenangkan perjalanan aku di sabah selama 10 hari 9 malam, rasa seakan aku cukup gembira.. aku rasa cukup dan benar2 aku merasa menjadi manusia.. aku anak kampung... aku benar2 selesa di sana.. menjadi ahli keluarga angkat.. ada keluarga..

yang nyata lain dari keluar aku.. mereka tidak memikirkan 100% soal dunia.. tidak langsung khuatir tentang dunia.. mereka natural.. pengalaman naik perahu pada pagi hari x dapat aku lupa... hingga beberapa kali aku sedar.. sedar untuk tidak sabar ke sungai.. menjadi jiwa kampung yang segala sederhana.. 

terima kasih jepp, pak cik, mak cik, wan, kak, pakcik, nenek, haziq, haikal dan husna.. "kamu beri aku bahagia bahh.." terima kaseh pada mak cik jugak sbb masakkan makanan sedap2.. udang galah, ikan sungai dan sebagainya.. terima kaseh semua..



February 4, 2014

Aku Tekad Berdosa

derrai angin..
perit rindu..
dalam penantian..
menanti dan menunggu..
lalu terus berdosa..
aku yang hina.
aku yang lara..

nan sepi datang..
aku rindu..
aku cinta..
tapi ia dosa..
ia tetap dosa..
tak pernah jadi pahala..

derai air mata..
terus alir laju..
resah dosa rindu..
cemas sesal bertalu..
aku rindu..
aku cinta..
cukuplah..
ia berdosa..

(Fendi Islam, 10.53am, 4/2/2014)


January 29, 2014

Terlalu Sakit


as'salam.. disaat aku mencoret ini.. derai air mata jujur luruh.. jantan tak jantan, aku punyai perasaan.. sekelip aku rindu dia.. sekelip aku teringat dia.. dia dah bahagia.. tapi aku? ya Allah.. aku mohon dikuatkan hati nurani ini.. aku mohon dipanjang usia untuk mencintai..

aku lemah bila mana cinta hati aku rindukan kenangan lama.. aku lemah bila pintu hati in tidak mahu dibuka.. aku lemah bila ada tetamu cinta datang mengetuk2.. disaat ini.. aku tidak bersedia.. aku tidak bersedia... Allah swt belom bukakan pintu hati aku untuk melakukan perkara yang sebegitu.. sebaliknya menyuruh aku untuk berubah terlebih dahulu.. ya.. aku yakin itu.. aku harus benar2 berubah.. aku harus menjadi lebih baik..

mengapa sukar.. mengapa.. ya Allah. berikan aku laluan yang mudah.. disepanjang 2014 ini.. aku bimbang.. aku cemas.. aku risau.. aku takut.. aku tidak sempat.. tidak sempat mencapai apa yang aku hajatkan dan harapkan.. layakkah aku ya Allah.. layakkah? 

derai air mata tak henti lagi.. meresek2 aku menangis.. aku mengalir air mata.. tiada henti.. hadir seorang insan.. yang turut mencintai aku dalam diam.. barangkali.. semua ini barangkali.. aku tidak tahu.. mungkin Dia kirimkan dia buat aku.. mungkin.. atau sebagai?

Sekian. Fendi Islam.




2 Minggu Aku Tak Update


as'salam.. just nak share.. tak tahu la mende nih lawak ke ape.. tapi.. aku sibok duk main diary plak skrang.. kat henset aku ade 1001 kisah hidup aku.. bermula dengan tahun 2014.. huu.. excited plak rase nak update hari2.. yep! diari aku lebih dekat dengan aku.. andai aku mati, ada yg tahu passwordnye.. :)

tu yg aku excited sangat. aku bercerita.. aku berkongsi.. disepanjang hayat aku.. disepanjang hidup aku.. huu.. lelah lesu.. sua rasa tentang hari2.. menjadi nadi penulisan dan coretan harian aku.. aku nih buat ape sebenarnya..?

bile difikirkan, aku bukan sambung belajar.. tapi aku teruskan hidup.. ye.. teruskan hidup mcam orang2 lain kot.. yg kononnya berkerja.. masok opis aku lebh fikirkan masa depan dari masa depan untuk teruskan master aku.. haih.. al nasib..

bile aku akan habis.. sebenarnya bukan payah.. tapi, soul tu kekadang hilang.. lenyap terus.. seakan x de ape.. so, tu ;a sebb mcam x de ape. mcam lebih baik aku teruskan dengan buat benda aku suka.. sambung master nih bukan satu kesukaan.. tetapi satu kebolehan..

masalah jugak kan? huu.. bile direnung.. x patot jugak.. aku patot bersyukur.. kalau ak x sambung master nih, aku takkan dapat dan lalui segala benda yang aku lalui sekarang.. ya.. aku takkan dapat sama sekali.. pasti aku akan tak ada apa2.. uh..

so, mari kite fikir balik.. semua nih ade hikmah.. jangan pernah menyesal fendi! jangan! cayok2.. jangan dengki dengan orang lain.. jangan!!!!! heheh.. teruskan idop mcam biase.. buat rilek je.. cool.. kawin.. jodoh.. berjaya.. kaya.. susah senang.. semua dari Dia.. :)

ya Allah.. permudahkan lah urusan aku.. walau ape jua sekali pun.. mari amin same2.. :)

Sekian. Fendi Islam.

January 14, 2014

Kenapa Hadir Lagi Wajah Yang Serupa


ya rabbi.. apa lagi ujian Mu padaku.. aku tersentak dari lena dunia.. tiba2 hadir insan sebegini lagi.. serik aku fikirkan.. serik aku dustakan.. kerana aku yang lemah.. kerana aku yang tidak beriman.. ya Rabbi.. kuatkan aku.. jauhi aku dari apa yang tak sepatutnya.. 

wajah nya sama.. pekertinya 'nampak' sama.. moga aku tak bermimpi.. aku harapkan hadir pembakar iman.. aku tahu dia telah beriman.. semakin beriman.. aku masih berusaha.. aku juga akan beriman sepenuhnya.. ya Allah.. bawa aku ke jalan itu..

moga insan sepertinya juga akan berjaya.. dunia dan akhirat.. tidak pernah aku lupa, walau sedetik perkenalan.. walau sekerat dari hati.. biar jadi kenangan.. banyak pengajaran.. ameen.. cinta pada perhubungan bukan mudah dipadam.. tapi mudah disimpan.. simpan saja.. aku simpan saja.

Sekian. Fendi Islam

January 11, 2014

Lama Aku Tidak Menulis Dari Hati..


apa khbar entah semua.. aku tak tahu.. sepanjang 2014 yang hampir berlalu selama 11 hari.. leka dan aku terus leka.. aku jadi lupa pada penulisan aku yang satu nih.. penulisan yang mungkin kekal di dunia.. tetapi tidak sam[ai akhirat..

namun, biarlah kekal dalam ingatan siapa2 yang berkesempatan dan berezeki untuk membaca.. tidak aku titipkan penulisan ini pada sesiapa walhal untuk sesiapa.. tapi, untuk diri aku sendiri.. biarlah aku simpan kenangan itu menjadi suatu yang indah..

harinih 11.1.2014.. dan semalam baru berlabuh 10.1.2014.. selamat hari lahir buat sesiapa sahaja yang lahir pada tarikh tersebut.. walhal zahirnya, orang-orang itu banyak dalam dunia. tidaklah aku spesifikkan pada sesiapa.. walhal saudara mara, rakan2, sahabat dan sesiapa sahaja.. selamat hari lahir..

begitu juga pada tarikh hari nih dan seterusnya.. moga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hendakNya.. amen.. kesempatan nih aku nak bgtau jugak, aku banyak menulis dalam diari henset aku.. so, jika, ada apa2 yg terjadi pada aku..rujuklah disitu.. insyallah.. ada luah isi hati aku disitu..

ada fikir panjang pendek aku disitu.. tidak difacebook.. tidak di mana2.. hanya di situ.. sepanjang perjalanan menitipkan doa buat diri.. mohon juga kesihatan yang baik.. usia yang panjang. agar aku dapat beramal kepadaNya dengan sebaik-baik kejadian aku.. amen..

Sekian. Fendi Islam



January 5, 2014

Auramen Collagen Murah RM140 (Masa Terhad)

"AURAMEN SUPER ADVANCED TURBO COLLAGEN" 


900,000mg + auramen shaker!! 

*minuman kolagen pertama khas untuk lelaki dengan formulasi teknologi dari KOREA bagi tujuan kesihatan dalaman dan luaran lelaki masa kini..*
p/s: HARGA: di jar/botol RM180.. promosi biasa RM160.. Promosi luar biasa? dah tahu kan bro? (MASA TERHAD bermula 10 malam semalam)Harga konpem memuaskan.. COD Skudai, Johor! @ Postlaju FREE seluruh SEMENANJUNG! Pertanyaan & Tips, just roger bro..

Whatsapp : 013 - 356 8734
LIKE/PM >>> Auramen On Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...