السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ha. pernah drive? pernah riding? hehe.. apa perasaan masa ada kat atas jalan? opkoslah nak selamat dan taknak eksiden. betul? takkan ada yang mintak eksiden.
mesti tak punya. kalau mati macam mana nak rasa kahwin. macam mana nak jadi kaya. macam mana nak ada keluarga. semua tuh tak sempat, so, memikirkan keselamatan adalah perkara yang perlu.
tapi kalau muncul spesis makhluk yang memang tak reti nak bagi signal dan menjadi penyumbang kepada berlaku eksiden, oh! ini memang nak kena menyumpah dari pemandu2 lain.
susahlah nak dengar pemandu2 dan rider2 lain berkata:
- 'eyh! bagusnya dia.'
- 'sopannya dia bawak kreta..'
- 'wargh, terang warna signal dia..'
- 'dia cekap memberi signal..'
oh! tapi apa yang sering keluar dari mulut kita untuk mereka? haha. walau dalam apa keadaan sekali pun memeng terpancar kata2 ini. kajian menunjukkan, ketika di jalan raya, tahap fokus manusia adalah 3 kali ganda.
ya. 3 kali ganda tumpuan berbanding dalam keadaan biasa yang tidak memandu atau melakukan perkara2 lain. oleh itu, upama wujud kewajaran mengapa pengguna jalan raya mudah tertekan jika terganggu.
ya! terganggu ketika di jalan raya. melihat pada karenah tidak membrikan signal ketika memandu adalah perkara biasa. namun, inilah hadiah istimewa untuk mereke!
- bagilah signal bodoh!
- ape ke bodoh tak reti nak bagi signal!
- kereta je mahal, tapi tak reti nak bagi signal.
- sekolah memandu mana si bodoh nih pergi belajar!
- bodoh! nak masuk simpang bagilah signal!
- kecik2 tak nak mati! bodoh betul!
- bodoh punya manusia! nak mampus ke!
- eyh bodoh nih!, bawak kereta tak bagi signal!
- kau tuh moto bodoh! aku langgar sia2 je.!
- bagilah signal tuh dulu bodoh. haihh.. nyusahkan orang je.
drama2. beginilah hakikat drama dalam dunia kat malaysia. lebih kurang je. belum dalam negara luar lagi. berspeaking sakan mereka! oh my english. haha. tak kurang jugak rakyat malaysia yang 'oh my god!'
adoi. mari ambik iktibar. apsal kita tak istigfar ketika itu. memuji kebesaran Dia. pada yang mengamalkan, syukur alhamdullillah. ketika hampir berlaku situasi cemas sebegitu, kita mengucapkan!
- subhanallah..
- astagfirullahallazim..
- lailahaillahuallah..
- ya Rabbi..
- ya Allah..
ha. insyallah ada keberkatan dalam setiap tindak tanduk kita dalam menuju perjalanan yang lebih baik sehingga destinasi. tak susah pun nak amal benda nih. ya, mungkin budaya dan sikap perlu diubah. mari jadi manusia yang lebih bersyukur. insyallah.