Blog Fendi Islam: Kenapa Tak Semua Blogger Bagi Mr & Mrs Anonymous Komen Blog Mereka?

G.E.N.G

August 3, 2012

Kenapa Tak Semua Blogger Bagi Mr & Mrs Anonymous Komen Blog Mereka?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kenapa? dan kenapa? hehe. berada dalam dunia maya sebagai blogger bukan best untuk dikenali atau apa. tapi! berkongsi perkara yang mungkin tak pernah siapa alami adalah menjadi keutamaan.

apatah lagi jika dilontarkan pendapat dan pandangan secara terbuka. penerimaan nak ke tak nak tiada siapa yang kisah. walau perlu menjaga prioriti sesetengah pihak, ya, tidak ada masalah.

tapi kenapa ada blogger2 yang tidak mengizinkan mr anonymous dan mrs anonymous komen post2 mereka? achaner tuh? hehe.. bergantung. setiap orang ada alasan yang tertentu..
  1. mula2 dah bagi sesiapa sahaja komen, lama2 dah tak boleh.
  2. makin lama, macam2 komen pelik masuk kat post saya.
  3. saya nak jaga kualiti komen post saya.
  4. saya tak nak komen tidak membina dalam setiap post saya.
  5. mana boleh kritikan yang menjatuhkan saya dalam post saya.
  6. mana lah tahu si pengomen cuba menjatuhkan saya.
  7. oh, saya sangat femes, sudah tentu tak semua orang senang2 boleh komen post saya.
  8. kadang2 orang asing nih terlalu saiko. boleh buat jiwa saya tak tenteram.
  9. mereka yang komen nih tak ada perasaan. main komen je sesuka hati.
  10. ikut suka saya lah nak tapis list komen saya. blog sayakan.
hah! anda2 blogger lain ada macam nih ke? oh. bergantunglah. pada pendapat saya jugak, mungkin ada betulnya alasan2 ini semua. tapi, saya tetap menerima komen dari mr & mrs anonymous nih. haha.. kenapa? they are oshem!
  1. sebab mereka nih banyak idea.
  2. sebab mungkin mereka kenali kita.
  3. sebab mereka pernah alami tentang apa kita post.
  4. sebab pendapat adalah suatu keterbukaan.
  5. sebab saya tak kenal siapa mereka.
haa.. macam misteri pulak kalau tak kenal siapa yang rajin2 duk komen. ya, saya akui, memang ada jugak komen si anonymous yang agak menjelikkan dan mampu membuat anda tidak senang duduk. 

mudah sahaja, daripada bertekak panjang, anda deletekan komen2 yang tidak membina. atau anda jawab persoalan mereka dengan rasional yang positif. mungkin golongan yang komen nih perlu hujahan yang special.

baru depa paham. haa.. cangitu. kan mudah. oleh itu, marilah blogger2 semua, bukakan minda untuk menerima pandangan dari sesiapa sahaja secara profesional. hehe. eyh, kalau still taknak, tak jadi masalah pada saya insyallah..


Comments
1 Comments

1 comments:

Anasyg said...

bukannya susah pun kan, deletekan aje kalau annoyng, yg ok tu - PUBLISH ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...