Blog Fendi Islam: Tahu Tak Maksud 'Minal Aidin Wal Faidzin' Sebenarnya?

G.E.N.G

August 4, 2012

Tahu Tak Maksud 'Minal Aidin Wal Faidzin' Sebenarnya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hah! jap lagik dah nak dekat raya, memang terbiasalah ucapan minal aidin wal faidzin nih.. ia memang selalu menjadi ucapan pada tiap2 kali menjelang syawal. tapi tahukah kita akan maksud sebenarnya?

rata2 kita mengucapkan minal aidin wal faidzin dengan memperertikannya dengan maksud memohon maaf zahir dan batin. oh. namun, tidak menjadi satu perkara yang berdosa jika ada yang mengertikan sebegitu atas alasan tidak mengetahui.

dan menjadi tugasan saya dan sesiapa sahaja yang sudi berkongsi akan maksud sebenar minal aidin wal faidzin yang sering kita sebutkan. moga ada manfaat pada semua.

MIN AL AIDIN WAL FAIDZIN

jika kita mengertikannya secara terperinci mengikut suku kata perkataan tersebut
  • Min adalah “termasuk”.
  • Al-aidin adalah ”orang-orang yang kembali”
  • Wa adalah “dan”
  • Al-faidzin adalah “ menang”.
Sehingga makna MINAL AIDIN WAL FAIDZIN adalah “termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan ramadhan) sebagai orang yang menang”.

ucapan MINAL AIDIN WAL FAIDZIN berasal dari riwayat yang tidak boleh dijadikan dalil, termasuk lemah (Dho’if), atau tingkat riwayatnya dibawah lagi. Kalimat ini merupakan lengkapan dari kalimat do’a:

”Taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum minal aidin wal faidzin”

yang ertinya:

“semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu, dan semoga Ia menjadikan kami dan kamu termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan Ramdhan sebagai orang yang menang.”

dari Riwayat tersebut yang benar dari “Taqabbalallahu…sampai…shiyamakum”.(tanpa minal Aidin wal faidzin)

oleh itu, mengucapkan minal aidin wal faidzin dengan niat ingin mencontoh kebiasaan Rasulullah atau istilah arabnya ittiba’qauly, adalah boleh menjadi Bid’ah, tapi kalau niatnya hanya untuk “Ingin mendoakan sesama Ssaudara seislam”, insyallah tidak salah bahkan menjadi hal yang baik.

sedangkan bahasa arabnya ucapan “mohon maaf lahir dan batin” yang benar salah satunya adalah “asalukal afwan zahiran wa bathinan”. atau “wa al afwu minkum”. “bukan Minal aidin wal faidzin” 

sumber: olahan vilanda wordpress

akhir kata, sungguh adat, budaya, dan perilaku kita berbeza dengan menganggap ia adalah amalan baginda rasulullah. usah samakan nya dengan amalan rasulullah, tetapi mendoakan kebaikan sesama manusia islam.


Comments
1 Comments

1 comments:

Anasyg said...

baru tau maksud dia apa-^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...