السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
membuka kitab suci al-quran di sebening pagi hari menitis air mata seorang anak seni.. ross merupakan pelakon yang tidak pernah gagal dalam babak2 lakonannya mengikut arahan pengarah.
terbaru, ross berjaya merangkul anugerah pelakon wanita popular dalam satu anugerah berprestij yang digilai semua lapisan masyarakat.. ross sangat teruja.. sehingga teguh meninggalkan kampung halaman..
tapi semua ini sudah berlalu.. setahun berlalu.. ross hanya menjadi seorang guru tadika di kampung halamannya.. perubahan dari seorang pelakon kepada cikgu tadika bermula sejak setahun yang lalu juga..
"as'salamualaikum ross.." panggilan ibunya yang amat merindui ross dan lama sudah tidak pulang ke kampung.." "hello.. hai mak.. hah? kenape mak call ross nih?" dengan selamber dan simple sapaan anak gadis mak kiah tanpa menjawab salam..
"ross tak balik ke? mak rindu ross.." sayu ibunya kerinduan anak tunggal gadisnya itu.. ketiadaan suami mak kiah turut menambah kerinduan pada satu-satunya anak gadis.. "mak nih.. ross sibuk.. macam mane nak balik.. banyak kerje ros nih mak.. ross kerje pun nak cari duit mak..!" sedikit tegas dari ross..
mak kiah terasa bagai ditusuk anak sendiri.. jauh ke dasar lubuk hati.. berderai air mata mak kiah.. ditahan sebak itu.. senyum dari ganggang telefon dipegang erat.. "tak pe lah kalau macam tuh ross.. ross jangan lupe balik nanti ya.." pesan syahdu dari seorang ibu..
"mak nih.. orang tahu la.. mak tak payah la pesan banyak kali.. ross bukan saje2 taknak balik.. ross sibuk mak.. ross sibuk.. mak paham tak..!" keluhan dan rungutan ross menusuk dari corong telefon hinggap ke pendengaran mak kiah.
sebak.. sayu.. dan redha.. "baiklah ross.. mak paham.. ross pergi buat keje dulu.. as'salamualaikum.." tunduk seorang ibu yang derita merindui anaknya.. "ha.. paham pun.. bye mak.." dicampak telefon bimbit ke penjuru katil.. ross masih dalam peniduran..
beberapa hari berlalu.. hening pagi subuh, mak kiah bangkit dan solat subuh.. sebelum solat, terngiang suara arwah suaminya yang mengejutkan ross untuk bangun pagi dan solat bersama sewaktu kecil..
tidak kini lagi.. mak kiah hanya berseorangan.. tertib solat disempurnakan mak kiah satu persatu dengan perlahan.. hinggalah sujud terakhir.. mak kiah sujud tanpa bergerak lagi.. kaku.. sepi dan sunyi menyelubungi hening pagi..
kini mak kiah telah pergi.. ketiadaan mak kiah disedari mak jang isteri kepada ketua kampung yang kebetulan menjemput mak kiah di subuh hari untuk ke rumahnya menyambut kelahiran cucu sulungya.. arwah juga merupakan seorang bidan..
berita pemergian mak kiah terus disampaikan kepada ross.. ross masih dalam peniduran ketika subuh itu.. berkali2 ketua kampung menghubungi ross.. akhirnya dapat. ross hanya meratap dari kota metropolitan yang membahagiakan hidupnya sebelum ini..
kepulangan ross selepas pemergian ibunya, membawa banyak perubahan pada ross.. ross bertaubat.. dan sentiasa mendekatkan diri padaNya.. ross sangat menyesal tidak dapat menyempurnakan hajat ibunya yang amat merinduinya..
kini, lakonan ross dalam kisah sedih tidak menjadi lakonan semata2.. akan tetapi realiti yang harus ditelan dan diterima ross.. ross kini yatim piatu.. bertugas sebagai guru tadika.. dalam hening subuh ross berdoa..
"ibu.. ross tak nak mengeluh lagi.. ross rindu ibu.." deras dan laju air matanya mengalir.. doa dipinta dengan jutaan sesalan dalam hidupnya.. walau tiada apa yang boleh dihidupkan lagi.. ross tetap merindui ibunya.. hanya doa dan al-fatihah sentiasa mengiringi..
begitulah ross yang sedang mengingati detik2 terakhir bersama panggilan ibunya yang teguh merindui ross.. al-fatihah..