Blog Fendi Islam: Smayang Masjid PAS ke UMNO? "Masjid Allah.."

G.E.N.G

November 2, 2012

Smayang Masjid PAS ke UMNO? "Masjid Allah.."

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


amir merupakan seorang pegawai perhutanan yang sentiasa sibuk dengan kehidupan jauh di keriangan kota. sesekali, dia akan pulang ke kampung untuk melawat orang tuanya..

raya korban yang lalu, kepulangan dia amat dinantikan sahabat2 kerana katanya amir bakal melangsungkan perkahwinan.. dalam diam kesibukan dia, dia tetap tidak menipu soal hati dan perasaannya.

suatu hari di kedai kopi.. "amir!! lame ko tak balik wey!?" riuh usop dari atas motor sebelum beradu di bahu jalan.. mereka berjabat tangan.. masing2 duduk.. "ya lahh.. aku dah balik lah nih.. ko sehat? buat ape sekarang?"

"aku sibuk sikit.. ala.. tolong2 orang nak mengundi lah nih.. dah tak lame kan.." jawab usop dengan semangat PRU yang berkobar2.. amir sekadar senyum biasa.. dia tidak pernah minat untuk berpolitik.. 

apatah lagi mengambil tahu.. kerja dan tugasan hariannya lebih mendekati ciptaan Allah swt iaitu tumbuhan dan haiwan.. dia berasa bersyukur.. manusia tidak pernah adil baginya.. usop bertanya lagi.."ko cuti sampai bile nih? sempat tak mengundi?" "sempat.." ringkas amir..

usop memesan segelas air.. sambil dihisap sebatang rokok, mereka rancak berbual hal2 yang lalu.. masa terus berlalu.. memandangkan hari jumaat.. mereka harus solat jumaat di masjid.. "wah.. dah berjaya ko skrang.. nanti boleh bawak aku pergi memburu.." pinta usop ringkas..

"lah.. boleh je.. x de hal.. ok wey.. dah lambat.. jom solat.." balas amir bersahaja dan mengajak usop solat.. "ha.. jom2.. ko semayang masjid mane? masjid umno ke pas?" sambil usop senyum.. amir membalas.. "usop2.. aku semayang masjid Allah.."


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...