السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
iringan bacaan yasin adli titipkan dari jauh.. mengenangkan kenangan bersama sarah takkan mudah membuatkan adli kuat dan tabah. mudah sungguh airmata jantannya mengalir. terus membasahi..
hanya hati yang dulu milik sarah kini bertukar milik menjadi milik adli. setelah pembedahan pemindahan organ, sarah pergi tanpa kembali. itulah takdir yang hakiki dari Ilahi.
adli terpaksa akur.. bukan dia yang membuat keputusan tatkala tenat menanti penderma hati.. tidak pernah adli sangka sarah akan memberi hatinya buat selama-lama untuk adli..
"sarah.. abang nak sarah selalu dekat dengan abang.. selalu di hati abang.." kata2 adli sebelum tenat dan koma selama seminggu.. sarah hanya tabah menahan sebak melihat keadaan adli..
keputusan sarah harus lakukan.. dia ikhlas untuk mendermakan hatinya pada adli.. tidak pernah sesekali adli tahu bahawa dia hanya mampu hidup beberapa lama sahaja lagi.. sarah mengidap barah otak.. namun kelihatan gagah.
adli pula terkena jangkitan kuman pada hatinya sejak dia pulang dari negara taiwan yang menjadi tempat pekerjaannya 3 tahun lalu.. dan kini adli tiada sarah disisi.. hanya pusara sarah dilihat dari jauh..
jauh meninggalkan adli.. namun, hati sarah sentiasa dalam diri adli.. adli takkan melupakan sarah.. walau sarah telah pergi.. kerana adli pasti akan ada jodoh dia bertemu di syurga nanti.. itulah kehendak Ilahi..