Blog Fendi Islam: "Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 1

G.E.N.G

December 10, 2012

"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi yang hening.. haris seperti biasa.. terbaring terbujur di pinggiran katil bilik wad hospital. badannya lemah.. hatinya susah untuk berhenti memikirkan hakikat kehidupan dia kini.. dijangkiti paru-paru berair bukan perkara normal dalam hidupnya.

dan ia adalah di tahap atau peringkat yang ke tiga.. hanya beberapa bulan lagi dia mampu hidup.. padahal hanya lima minggu lagi dia akan menikahi seorang gadis pilihan hatinya setelah lama beristikharah.. "ya, dialah ciptaan Allah swt untukku.."

beberapa bulan yang lalu sebelum mereka memutuskan untuk diijabkabul.. "awak, saya nak awak menjadi yang halal buat saya.. izinkan saya menikahi awak.." lisa terkedu.. lisa bagaikan dalam taman bunga dilimpahi bahagia..

itulah yang didamba lisa seorang pelajar fakulti pendidikan di sebuat institusi pengajian tinggi di malaysia. dia adalah teman rapat haris. lama mereka berkenalan. bayangkan pelbagai tugasan dan urusan dilakukan bersama..

tidak menang dan tidak kalah mereka dalam berkerjasama. malah ada rakan2 sejurusan yang turut menegur mereka terlalu kelihatan bahagia. namun mereka tetap bijak menjaga batas2 mereka yang masih tidak menjadi yang halal.

suatu malam, haris rebah. sambil erat menahan tenat di dada. rakan sebiliknya cemas. lalu dibawa ke hospital dengan segera. sejak itulah dia dikenalpasti sebagai pesakit paru2 berair.. 

doktor mengesyaki rutin hariannya yg selalu mandi pada lewat malam sebelum tidur sebagai faktor penyakitnya.. haris jadi berfikir.. sedangkan niat dia untuk sehat dengan bermain tenis bersama rakan2 pada waktu malam membawa padah..

tapi Allah maha adil. "dia mesti menguji aku.. tapi kenapa sampai aku akan pergi beberapa bulan lagi.. sedang aku akan menikahi seorang hawa.. " berderai air mata haris. laju bak air terjun dibasahi hujan..

kamil muncul dengan tiba2. menyapa haris dipenjuru katil.. "kau macam mana.. ada rasa sehat sikit.." tanya kamil sayu.. "a'a.. aku dah makin sehat.. nanti aku dah boleh keluar.. hee.. " ringkas haris memberi reaksi positif pada kamil..

dalam hati dan sanubarinya, siapa tahu.. dia bakal bertemu Allah swt.. hanya Allah sahaja yang tahu bila masanya.. haris tidak mahu membebankan sesiapa.. dan lisa tidak pernah tahu akan sakitnya.. sesiapa tidak pernah tahu.. melainkan sebuah gadjet milik haris. 

segala catatan harian dicatat di dalamnya. umpama diari hidupnya. namun tiada siapa yang pernah membuka ruangan diari 'application..' penulisan nya kini berkisar tentang pemergian dia yang hanya beberapa bulan lagi..

akhirnya keputusan dibuat. dia harus memberitahu lisa bahawa perkahwinan mereka harus dibatalkan. namun dia tetap risau. bagaimana kata keluarga mereka. bagaimana perasaan lisa.. namun demi bahagia lisa.. dia harus..

kedengaran ketukan bilik wad haris.. "as'salam.. awakkk.. awak sehat.. macam mana boleh kena demam teruk nih.. awak nampak pucat.." lisa kesedihan.. "saya takda apa2 la.. cuma penat sikit selalu beraktiviti.." ringkas haris..

"awak.. nanti sy keluar wad esok lusa, sy nak kita jumpa.. boleh?" lisa mengangguk.. tandanya boleh.. hari berlalu.. haris dikeluarkan wad.. namun tenat di dada dan paru2 masih terasa. dia buat2 sehat.. itulah rahsia dia dan Allah swt..

bertemu haris dan lisa di taman rekreasi fakulti pendidikan.. "awak, satu perkara saya nak bagitahu awak.. sama ada awak suka atau tak, saya dan awak harus terima.." lisa pucat.. pelik dan terkebil2.. "er.. apa awak..?"

"saya nak batalkan majlis kahwin kita.. hubungan kita cukup sampai sini.. dan saya rasa saya tak ada rasa apa2 pada awak.. awak pergilah cari orang lain yang boleh bahagiakan awak.." derai air mata haris hanya diungkap di dalam hati dan jiwanya..

tapi tidak pada lisa.. mengalir deras sambil terkedu si lisa.. dia bingung.. kenapa tiba2.. apa salah dia.. "awak.. tapi kenapa.. kenapa awak.. saya buat salah apa dengan awak..?" lisa bertanya berulang kali.. "sebab saya dah tak cintakan awak.. rasa syg sy makin berkurang.. sy perlu tinggalkan awak.. saya taknak awak tak bahagia bila mana sy dah tak cintakan awak.."

bagai menusuk duri di jiwa sendiri pada haris.. juga pada lisa.. yang sudah separuh longlai.. lisa terduduk.. terdiam.. "tapi kenapa awak..!!" meraung kecil lisa.. haris hanya memandang tanpa memujuk. tanpa belas.. belas dalam hatinya jauh untuk memeluk lisa dan menenangkannya..

tapi tidak.. dia harus biarkan lisa.. biar lisa membenci dia.. haris berlalu pergi.. "maafkan saya awak.. hanya satu permintaan saya.. bila mana awak dah jumpa pasangan bahagia awak, awak terima lah satu hadiah dari saya.. awak mintak dgn keluarga sy nanti.. sbb sy akan belajar di luar negara.."

lisa mendongak memandang haris.. keliru dan tidak memahami apa tersirat kata2 haris.. lalu haris pergi.. lisa bangun dan longlai.. perjalanan pulang lisa penuh tanda tanya.. dia sukar menerima kenyataan ini..

tentangan keluarga bertubi2 pada pasangan mereka berdua.. (bersambung..)


Comments
2 Comments

2 comments:

MissRI said...

Jalan cerita yg menarik..Wowww! Cepatnya anda hasilkan cerpen pendek ni..=)

Unknown said...

cik missRi: erm, sekadar berkarya.. hee.. trime kaseh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...