Blog Fendi Islam: "Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 4

G.E.N.G

December 31, 2012

"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 4

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"kenapa tiba-tiba tenat?" kemudian... lisa terus membuat panggilan kepada kamil.. namun tiada diangkat oleh kamil. kamil sedang berada di dalam hospital.. cemas.. hingga tidak tersedar telefonnya bergetar.. 

lisa masih tidak putus usaha.. ditelefonnya lagi kamil.. hingga beberapa kali.. namun masih tidak berjawab.. lisa jadi pening dan bingung.. kenapa haris tenat? persoalan itu berlegar dalam minda lisa.. 

"kenapa ya Allah.. sedangkan dia hanya jatuh dan rebah.. kenapa sehingga tenat?" lisa mengadu damba pada tuhan yang satu.. ditenangkan dirinya dengan beristigfar di dalam kereta.. dia tidak tahu mana hala tujunya..

kedengaran lagu "dadali_disaatku mencintai dirimu.." di corong radio kereta. lagu ini lagu kegemaran haris.. haris amat gemar dengan lagu-lagu dari seberang.. dihafal lirik satu-persatu.. dan kadang kala menjadi gurauan lagu-lagu ini ketika haris bersama lisa.. haris akan menyanyikan lagu buatnya..

"ahh! kenapa aku nak ingat semua nih? kenapa? aku dah berakhir dengan dia.. cukuplah memori bersama dia.. aku nak lupakan.." lisa memberontak seorang diri di dalam keretanya.. kerana masih melayani lagu dadali itu..

bunyi telefonnya berdetik sekali lagi.. "lisa! kalau ko nak datang hospital, haris ada di aras 3, wad icu xa1.. sory tadi aku tak perasan ko call aku.." mesej dari kamil.. lisa puas berfikir.. patutkah dia ke hospital? bagaimana?

tanpa berfikir.. lisa terus memandu.. terus menuju ke hospital.. sampai di perkarangan hospital, lisa ternampak keluarga haris.. mereka baru keluar dari kereta.. "ya rabbi.. macam mana nih.. takkan aku pun nak tengok haris.. keluarga haris pun ada.. aku tak kuat.."

lisa terus mematahkan semangatnya untuk bertemu haris.. untuk menjenguk haris.. ditunggunya di dalam kereta.. tanpa bersemangat lagi.. keluarga haris terus meluru masuk ke dalam hospital melalui pintu utama..

kelihatan, ibu, ayah dan adik haris.. di dalam hospital, haris umpama tidak sedar.. koma.. dia diam kaku.. ditusuk pelbagai wayar2 dari segenap rongga tubuhnya.. umpama orang yang tiada harapan hidupnya lagi..

sampai di pintu wad, keluarga haris masih tidak dibenarkan masuk.. bertemu mereka dengan kamil yang turut hanya menjenguk dari luar.. mereka menantikan kedatangan doktor.. beberapa minit, doktor datang.. menuju arah keluar haris dan kamil..

"pak cik.. mak cik.. anak pak cik dan mak cik dalam keadaan koma sekarang.. sama2 kita doakan.. agar dia kuat untuk sedar kembali.. keadaannya agak tenat.." ujar doktor perlahan.. "tapi kenapa dengan anak saya doktor? apa yang berlaku?" terjah ibu haris.. langsung tidak tahu menahu sebab keadaan anaknya..

"pak cik dan mak cik tak pernah tahu?" tanya doktor.. "tahu apa doktor? anak saya sakit ke doktor? sakit apa doktor?" ditanya kembali oleh ibu haris.. bapanya hanya menenangkan ibu haris yang terus menerus cemas..

doktor jadi serba salah.. adakah semua ini rahsia dari haris? selaku seorang doktor.. apabila keadaan haris seperti itu, dia bertanggungjawab untuk memberitahu segalanya kepada keluarga haris..

"sebenarnya haris pengidap paru-paru berair.. dah peringkat ketiga dah pak cik.. mak cik.. saya tidak meletakkan jaminan hidupnya.. semua dari ketentuan Ilahi.. barangkali dia kekal koma.. atau akan pergi pada bila-bila masa.." doktar akur dan sabar menerangkan kepada keluarga haris..

kamil bagai mengimbas kembali kenangan bersama haris.. bagai dirasakan haris akan pergi buat selamanya.. kamil terus sebak.. apatah lagi keluarga haris.. ibunya terduduk.. dipeluknya kaki bapa haris.. hingga terduduk ke lantai..

"abang.. ya Allah abang.. kenapa dengan anak kita abang.. abang.." meronta2 menangis si ibu haris.. tidak pernah terbayang dan diduga oleh mereka.. anak sulung yang disayangi mungkin pergi bila-bila masa.."

dilantai itu, bapa haris memujuk si ibu haris.. terus di peluk untuk menenangkan si ibu.. mereka berdua berginang dengan air mata..kamil dan adik haris turut menangis.. mereka tidak dapat menerima segala suratan itu..

seakan payah untuk mereka hadapi sekiranya haris pergi.. pergi buat selamanya.. mereka langsung tidak menduga haris yang dulunya periang, ceria, sihat dan sentiasa bergembira akan pergi.. 

suasana di dalam hospital.. (bersambung..)


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...