Blog Fendi Islam: February 2013

G.E.N.G

February 27, 2013

Bosan Dengan Nasihat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ape kabo semua? sehat? aku dah tak brapa nak boleh update hari2 blog nih.. kadang2 kekangan masa.. kadang2, fokus.. macam2 benda nak kena buat.. hahai.. tapi sikit pun tak bosan.. enjoy.. 

nih aku nak bebel pasa nasihat menasihati.. benda nih pastilah datang apabila kita rasa tanggungjawab pada sesuatu benda aatu perkara.. kalau dah buat tak endah, lantak ko lah..
  • nasihat dengan cara yang baik..
  • mula dengan ayat2 manis.. niat untuk bimbing..
  • tegur dengan cara yang betul..
  • jangan bandingkan pesalah dengan perkara2 yang dia tidak suka..
  • bg contoh2 ulamak dan nabi2 terdahulu dalam mencontohi perkara baik..
  • seru dan ajak mereka buat baik..
  • sinis dalam bentuk gurauan yang berpada juga perlu..
  • jauhi memaksa.. andai nampak tak suka, biarkan dia reda dulu..
  • lihat perkembangan seseorang lepas dinasihati..

tapi.. last2 kalau dah tak makan saman jugak. lantak lah dia.. akan menjadi fedap seseorang.. bila dah jatuh, pastu kena timpa dengan tangga pulak, baru la nasihat lagi.. kasi sedar lagi.. tak sedar jugak, abaikan..

dan satu perkara, kalau dah nak nasihat orang, diri sendiri kena la buat jugak apa yang dinasihatkan.. namun, memang lah betul bergantung pada situasi dan keadaan seseorang.. "but, to change someone, change yours first.."

dah, aku takmau bebel lebih2, bila tengok kat fb, duk nasihat2 orang, tapi, ubah la diri kita sendiri jugak.. bila dah kantoi, "gua tak caya sama luh lagik.." sekian, ikhlas dari hamba..


February 21, 2013

Kasih Seorang Ayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


tadik aku saja google2.. then, terbaca benda nih.. ya rabbi.. mengalir air mata aku.. kalau lah berlaku kat aku.. sedihnya.. aku dah la anak tunggal lelaki.. apa yang ayah dan mak aku rasa.. mintak dijauhkan.. amin ya rabb..

Jun 2012:[Kosmo] MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.


Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. 

"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik. 

"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.


P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!


Bahagia Jadi Bapa Muda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


tak semua yang kita rancang akan jadik.. ada je yang tak jadik.. sebaik2 perancangan, tetap pada Dia.. Dia dah rancang bila kita mati.. sampai mana kita hidup, walhal, bila kita kahwin..

memang bukan perkara yang main2 tentang soal kahwin.. tapi sebab dah ikut peredaran masa, kahwin makin lama, makin susah.. macam2 tuntutan.. nak catering sedap2 la.. nak baju mahal2 la.. tak kurang jugak banyak pasang..

belum masok pakej snap gambar sana sini.. ye lah.. telah dianggap sebagai keperluan dalam mentaliti masyarakat skarng.. aku tak nafikan.. ya.. menang betul, kahwin bukan selalu..

apa aku nak tekankan, beza dengan kehidupan dulu dan skarng.. kalau dulu, umur 18-21, memang dah ramai kahwin.. siap jadi mak ayah pun dah ada.. beruntung mereka.. tapi tu lah aturan Dia..

kalau dibanding dengan zaman sekarang, memang tak dapat la nak jumpa kahwen muda2 nih.. haih.. x digalakkan.. sbb? nak cari rumah dulu.. kereta.. dan keje pun kena la stabil katanya.. 

sampai macam tu sekali.. mana mungkin masih ramai berfikiran kahwin ala2 kadar sudah. memang susah jugak nak jumpa.. gadis dan jejaka masing2 kejar cita2.. kejar keinginan.. 

dan menjadi perkara biasa seusia 25 ke atas barulah fikir nak kahwin.. bila dah kahwin awal, beruntung dah dapat anak.. rezeki dari Dia.. susah atau senang keluarha, anak tetap harta hakiki sebuah keluarga..

moga dibukakan pintu hati untuk setiap hamba yang saban hari bermain cinta tentang suka dan sayang dalam rasa.. cukup2lah.. matangkan diri.. ke arah sempurnanya cinta pasangan yang halal..

saling belajar tentang apa2 sahaja yang membolehkan kematangan diperolehi.. sungguh ilmu dunia kekal lama.. kekal untuk terus dipelajari.. sekian.. wassalam..



February 20, 2013

Takut Dikecewakan Cinta Manusia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dalam dunia nih memang ada macam2 jenis manusia.. ada yang memang tak serik untuk bercinta.. tak kurang jugak yang tak boleh hidup tanpa cinta manusia nih.. 

bagaikan satu keperluan yang memenuhi kehidupan.. tapi itukah yang diinginkan oleh tiap manusia sebenarnya? aku rasa macam tak je.. tak perlu macam tu sekali..

memang nak kena dating ke sepanjang masa? memang nak kena lakukan perkara secara bersama2 ke sepanjang hidup? macam tak je jugak.. bukannya dah nikah pun.. bukan dah halal pun.. 

bila dah macam nih, mungkin ada sebahagian daripada manusia tidak memilih untuk bercinta.. kerana dah terlalu setia, lepas tu ditinggalkan.. sama ada kena tinggal atau meninggalkan, sedikit sebanyak beri kesan punya.

sampai ada yang takut dikecewakan cinta. ya, cinta manusia.. bersyukurlah, jika individu tersebut bertemu cinta Allah swt.. dan bukan pulak menuju jalan yang tidak lurus.. amin ya Rabb..

semua nih bermain dengan emosi dan pemikiran.. tak perlu nak trauma pun sebenarnya.. tak perlu nak rasa kecewa pun.. sifat kecewa tu tak elok.. "sifat kecewa dan resah tidak ada dalam diri seorang mukmin.."

lebih elok kita muhasabah diri.. kenali sapa diri kita sebenarnya.. mungkin belum masa Allah swt mendekatkan diri kita dengan perkara2 macam tu.. mungkin Allah swt nak kita dekatkan hati kita dengan Dia..

fikirkan hikmat yang positif dalam setiap perkara yang berlaku.. baru lah kita berkualiti dalam pemkiran.. insyallah..


February 17, 2013

Jadi Diri Sendiri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. hari nih ngantok sikit.. bangun subuh dah 6.30.. pastu tidonya pukol 1.. so, kurang sejam lagi.. memang aku akan topap balik sebelum zohor.. at least, 6 jam aku mesti cukop.. hehe..

oh, bersembang pasal jadi diri sendiri? oh yeah.. x payah duk ikot sangat orang.. melainkan memang haluan dan tujuan kita nak macam tu jugak.. dia beli tasbih, aku beli jugak..

pasal ape beli tasbih, tujuan sama untuk berzikir dan dekatkan diri pada Dia.. ya, itulah matlamat yg positif walaupun sama.. teladan yang baik.. nih tak.. oh, rambut dia.. lawanya kaler pink.. esok lusa, pi saloon terus buat.. 

cantiknya kuku dia.. warna warni.. nak jugak.. ambik.. cat kuku sndri.. eh, dia tu popular la.. jadi pelakon.. esok lusa bertungkus lumus gi walk in audition, oh yeah, nak jadi pelakon jugak.. erm.. macam tu ke yg kita nak??


February 12, 2013

Silap Twit Makan Hati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wuha.. aku dah reveal la sape admin psa13.. mungkin dah sampai masa.. ya lah, dah tersentap jugak dengan karenah likers.. tadi niatnya hanya nak tengok apa respon orang2 dalam page, tetiba macam kena kat batang hidung..

tuh yang aku mintak maaf.. baca balik twit2, tak sedap hati.. diorang tak tahu sape admin page.. diorang tak kenal.. baiklah aku mengaku dan mintak maaf.. salah aku.. page tuh mungkin tak boleh diterima dengan post2 yang dianggap anoying dan desperate tu.. berdosa pulak kalau makin besar hal nih..

walau dengan apa alasan pun, ia sebenarnya tak boleh.. sekian.. tq ayu garang.. anda menyedarkan saya.. tentang 1001 keadaan.. hiks.. tapi nak bergurau lagi jugak..


Silap Langkah Memberi Harapan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


harapan.. cukup sinonim dengan hati dan perasaan.. dan lebih sinonim dengan sifat seorang wanita.. dan, walhal lelaki turut punyai rasa harap dan harapan.. namun, lebihnya tetap pada gadis..

macam mana seorang gadis mudah menganggap suatu perkara itu adalah harapan dalam hidupnya? macam mana seorang gadis terlalu mudah percaya? berbalik pada persoalan asal pada aku, adakah gadis sentiasa perlukan teman hidup?

ya, sudah tentu.. sudah tentu.. begitu bagi lelaki jugak.. mana boleh kalau lelaki x de teman hidup.. telah diciptakan Allah swt untuk adam dan hawa hidup bersama.. namun, konflik memberi harapan ini mungkin berlaku apabila:

  1. seseorang terlalu mudah percaya akan seseorang..
  2. cair dengan kata2 manis dan pujian serta godaan..
  3. terlalu taksub mengharap cinta manusia..
  4. tidak bersedia dalam apa jua keadaan terutama hidup berdikari..
  5. selalu mengharapkan orang lain dalam banyak perkara..
  6. bersedih secara lebih lebihan..
  7. suka menyendiri dalam masa lapang ataupun sibuk..
  8. tidak belajar mengenali ramai orang dengan banyak ragam..
  9. buta dalam menerima cinta dan memberi cinta..
  10. hanya tahu seronok dan indah bercinta dan bukan tanggungjawab melaksananya..
mungkin banyak lagi point2 dan salah silap di mana2.. sekadar melontarkan bait2 perkataan yang kadang2 betul pada akal manusia.. dan kadang2 dinilai melalui logik pengalaman yang berlaku pada diri..


February 8, 2013

Esok Hadiah PSA 2013 UTM Barangkali

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wutwut! tengah2 duk sibok psa13, boleh pulak aku dapat mesej, 'free tak jumaat hingga isnin? nak ajak gi langkawi..' hahai.. yang aku nih duk kalut psa13.. so, ape lgi, malas nak reply. x tahu gak no sape.. mybe member2..

skali aku call, si ro tourism.. hahaha.. terus nak pegi! yahooooooooo! tak sabar.. nak meloncat2 aku rasa wey.. mana tak nye, penat2 dengan psa13, macam ada adiah percutian pulak..

aku pun tanye si ro tu.. buat benda gi sane. servey ke? hahai.. katanya, 'ikut je lah.. jalan2 je.. x buat benda pun..' hoyey! memang meloncat2 aku dalam kete.. hahai.. mesti fully support.. wakakaka.. tocei2..

so, akan beraya cina di sana.. haha.. penangan psa13 yang amat mememorikan tuh, sedikit sebanyak buat aku rasa kembali untuk semangat untuk blaja pulak.. bersungguh.. anggaplah adiah.. adiah dari Dia.. amat bersyukur..


February 7, 2013

Sujud Syukur PSA 2013 UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


alhamdullillah.. baru sudah solat.. syukur ke hadrat Ilahi.. semua berjalan lancar.. walau ada sedikit hal2 yang tak leh nak elak.. masalah teknikal dan sebagainya.. kali nih aku nk share crite pulak kat blog ak.. 

orang yang baca tidak menjadi keutamaan.. yang penting, aku bebas menconteng diruang nih.. dah la free, senang pulak kalau nak menconteng.. rasa puas dan lega psa13 nih dah hbis..

susah payah aku dengan rakan2.. hanya yang melibatkan diri je tahu.. dan faham dengan ape yang jadi.. kelaparan.. x cukup tidur.. dan penat.. memang tak semua boleh bertahan.. tapi aku cuba jugak bertahan..

prinsip hidup aku, 'kalau bukan aku, siapa lagi?' sentiasa aku semat dalam minda.. kalau sekali aku dah terlibat, aku takkan terhenti dengan semua nih.. biar sampai penat, dengan ke sana, ke sini.. dan last sekali air mata laki jugak mengalir..

penat wey.. semua kenangan manis.. keluar idea, keluar cari barang, keluar beli itu, keluar beli ini.. dan macam2 lagi.. tak tidur dah menjadi perkara yang biasa.. sampai ada tahap, aku korbankan penyakit mahupun sakit..

makan? tak payah cite pasal nih.. tunggang terbalik waktu makan aku.. aku yang patut banyak pantang larang waktu makan dan jenis makanan terus langgar je.. aku seronok dengan crew2.. walau bukan batch aku kesemuanya, mereka adalah keluarga psa13.. 

hari nih dah hari last.. feeling perpisahan dah mula terasa.. walau tak kenal semua peserta2, aku lebih kenal rakan2 seperjuangan.. trima kaseh crew2.. kita tidak mungkin dapat terlibat lagi dalam hal2 macam nih.. ini terakhir barangkali..

dalam program macam nih.. dah last.. dah last aku terlibat.. aku sendiri dah cuba tolong2 perkara yang termampu.. dan takat tuh je.. maaf atas kurang dan lebih sepanjang aku terlibat.. aku memang ade cerewet.. cerewet aku sebab nak yang terbaik..

maaf jugak aku ade nyusahkan mana2 pihak atau individu secara sengaja dan tidak sengaja.. tetap sama.. aku dengan alasan dan kesungguhan nak yang terbaik.. aku percaya pada semua..

buat peserta2, utmkl is the best.. walau tak de pengiring, tetap bersemangat.. memang aku tak kenal dorang.. x penah jumpa.. korang duk bahan aku dalam pesbuk ade ah.. dan sekarang, kite dah bersua muka.. nyata ah korang the best.. aku anggap dah macam adik beradik semua..

selain tu, buat universiti lain, uitm seri iskandar, uitm shah alam, uia, um, polimas, utmjb, utmkl, dan usm.. usm memang performe very well.. habis supportive dah aku rase.. ye ah, dulu psa11, kami dah kasi feel yang gile vavi dasyat kat usm..

now, semangat psa11 tu la aku bawak untuk psa13.. demi sahabat2 dulu.. terime kaseh semua sebab terima semua reka bentuk yang aku tak rancang apa2, hanya dengan sepintas lalu idea.. bermual dengan portfolio design,  dari huruf kotak2, warna pepel, menjadi satu simbolik.

dari logo, backdrop, banting, banner, pemplet, lanyard, notebook, buku program, adiah, baju, montaj, konsep, tema, dan sebagainya.. menjadi kenangan buat hampir 300 lebih peserta dan crew2 yang terlibat.. dan menjadi salah satu kenangan dalam hidup aku jugak dalam bidang designer niih.. selain tu, kalau tak de korang2, tak menjadi jugak.. korang yang banyak membantu.

walau aku ade terfikir, patut ke aku terlibat dengan semua nih? aku mengakui yang aku still patut terlibat, kerana ade nya korang2 sebagai kawan2 dalam bidang perancang.. trime kaseh..

moga psa13 terus menjadi medan dalam memartabatkan program2 antara universiti buat masa akan datang.. penulisan dari seorang berjiwa blogger.. next misi hidup harus diteruskan.. :) to be continued by part.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...