Blog Fendi Islam: Bahagia Jadi Bapa Muda

G.E.N.G

February 21, 2013

Bahagia Jadi Bapa Muda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


tak semua yang kita rancang akan jadik.. ada je yang tak jadik.. sebaik2 perancangan, tetap pada Dia.. Dia dah rancang bila kita mati.. sampai mana kita hidup, walhal, bila kita kahwin..

memang bukan perkara yang main2 tentang soal kahwin.. tapi sebab dah ikut peredaran masa, kahwin makin lama, makin susah.. macam2 tuntutan.. nak catering sedap2 la.. nak baju mahal2 la.. tak kurang jugak banyak pasang..

belum masok pakej snap gambar sana sini.. ye lah.. telah dianggap sebagai keperluan dalam mentaliti masyarakat skarng.. aku tak nafikan.. ya.. menang betul, kahwin bukan selalu..

apa aku nak tekankan, beza dengan kehidupan dulu dan skarng.. kalau dulu, umur 18-21, memang dah ramai kahwin.. siap jadi mak ayah pun dah ada.. beruntung mereka.. tapi tu lah aturan Dia..

kalau dibanding dengan zaman sekarang, memang tak dapat la nak jumpa kahwen muda2 nih.. haih.. x digalakkan.. sbb? nak cari rumah dulu.. kereta.. dan keje pun kena la stabil katanya.. 

sampai macam tu sekali.. mana mungkin masih ramai berfikiran kahwin ala2 kadar sudah. memang susah jugak nak jumpa.. gadis dan jejaka masing2 kejar cita2.. kejar keinginan.. 

dan menjadi perkara biasa seusia 25 ke atas barulah fikir nak kahwin.. bila dah kahwin awal, beruntung dah dapat anak.. rezeki dari Dia.. susah atau senang keluarha, anak tetap harta hakiki sebuah keluarga..

moga dibukakan pintu hati untuk setiap hamba yang saban hari bermain cinta tentang suka dan sayang dalam rasa.. cukup2lah.. matangkan diri.. ke arah sempurnanya cinta pasangan yang halal..

saling belajar tentang apa2 sahaja yang membolehkan kematangan diperolehi.. sungguh ilmu dunia kekal lama.. kekal untuk terus dipelajari.. sekian.. wassalam..



Comments
1 Comments

1 comments:

Anonymous said...

dunia kini makin mencabar...eh!! ~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...