السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dalam dunia nih memang ada macam2 jenis manusia.. ada yang memang tak serik untuk bercinta.. tak kurang jugak yang tak boleh hidup tanpa cinta manusia nih..
bagaikan satu keperluan yang memenuhi kehidupan.. tapi itukah yang diinginkan oleh tiap manusia sebenarnya? aku rasa macam tak je.. tak perlu macam tu sekali..
memang nak kena dating ke sepanjang masa? memang nak kena lakukan perkara secara bersama2 ke sepanjang hidup? macam tak je jugak.. bukannya dah nikah pun.. bukan dah halal pun..
bila dah macam nih, mungkin ada sebahagian daripada manusia tidak memilih untuk bercinta.. kerana dah terlalu setia, lepas tu ditinggalkan.. sama ada kena tinggal atau meninggalkan, sedikit sebanyak beri kesan punya.
sampai ada yang takut dikecewakan cinta. ya, cinta manusia.. bersyukurlah, jika individu tersebut bertemu cinta Allah swt.. dan bukan pulak menuju jalan yang tidak lurus.. amin ya Rabb..
semua nih bermain dengan emosi dan pemikiran.. tak perlu nak trauma pun sebenarnya.. tak perlu nak rasa kecewa pun.. sifat kecewa tu tak elok.. "sifat kecewa dan resah tidak ada dalam diri seorang mukmin.."
lebih elok kita muhasabah diri.. kenali sapa diri kita sebenarnya.. mungkin belum masa Allah swt mendekatkan diri kita dengan perkara2 macam tu.. mungkin Allah swt nak kita dekatkan hati kita dengan Dia..
fikirkan hikmat yang positif dalam setiap perkara yang berlaku.. baru lah kita berkualiti dalam pemkiran.. insyallah..