Blog Fendi Islam: Dirikanlah Solat.. Aku Bizi.. Aku Ade Lab.. Aku Ada Kelas.. Aku Ada Kerja..

G.E.N.G

May 31, 2013

Dirikanlah Solat.. Aku Bizi.. Aku Ade Lab.. Aku Ada Kelas.. Aku Ada Kerja..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


salam jumaat semua.. aku baru selesai.. entri aku hari nih memang menjerumus pada al kisah solat jumaat tadi.. khutbahnya amat menusuk jiwa dan raga aku sendiri..

tak tahu lah pada orang lain.. diceritakan kisah Nabi Muhammad saw bagaimana naik dan turun bertemu Allah swt untuk mendapat suruhan mendirikan solat.. dari 50 kali sehari semalam.. sehingga 5 kali sehari semalam..

khatib amat tegas dalam bicara khutbahnya.. membawa 1001 kesan mendalam pada diri aku sendiri yang banyak khilaf ini.. terbayang saat aku dulu kala yang berada dilembah hina.. dan mcam mana aku bawak diri berubah.. tak banyak pun, aku cuba..

rasa nak teriak.. meremang jugak bulu roma mendengar khutbah yang penuh pengisian.. ingat aku pada pesannya.. 

"dan solatlah pada awal waktu.. tak ada alasan untuk kita muslimin dan pelajar2 untuk tidak solat.. sedang syaitan dengan mudah memberi alasan tidak mahu sujud pada Allah swt.. oleh itu siapa pula kita yang turut tidak mahu solat?" 

trime kaseh.. dengan peringatan ini, ada pengisian jiwa yang berguna pada aku dan kawan2 lain insyallah.. moga apa yang buruknya dulu menjadi yang lebih baik untuk hari ini dan masa akan datang..

walau aku tidak berubah banyak, sekurang2nya aku berubah.. masih tak terlambat.. insyallah..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...