Blog Fendi Islam: "Mata Bertelanjang"

G.E.N.G

May 23, 2013

"Mata Bertelanjang"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ya.. kau hanya berjoging saja..
lirik matamu persis gadis desa..
kau regangkan tanganmu..
kau luruskan pehamu..

sungguh bisa reaksimu..
sungguhpun kau mahu sihat..
sungguhpun kau mahu cergas..
seluruh otot kau tegang..

apa kenamu umpama bertelanjang..
bola mataku langsung turut berdosa..
teriak jiwaku.. namun mataku tidak..

apa kau buta.. apa kau benar-benar suka..
kiri kananmu lurus membulat mata-mata..
menerus menontonmu dengan nganga..
kau tetap tayangkan..
kau rasa kau tak telanjang..

benak ku khilaf..
tapi aku tetap pencinta dosa..
dosamu, dosaku pula..
apa kau benar-benar buta..

(Penunggu Selekoh, 2013)


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...