Blog Fendi Islam: 20/21 Julai 18/19 Ogos 2012 Ramadhan Yang Dinantikan

G.E.N.G

May 17, 2012

20/21 Julai 18/19 Ogos 2012 Ramadhan Yang Dinantikan


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ya Rabbi. En Tapi macam tak sabar gila pulak. banyak hajat dihati dan keinginan perubahan yang lebih baik. dalam bulan ramadhanlah bulan yang mulia. tapi usah ditunggu2. mula dari sekarang.

walau dalam 2 bulan 3 hari lagi semua tuh, tapi. tapi. macam sekelip mata je semua tuh bakal berlalu. 

bulan penuh diberkati. boleh membuatkan hati seseorang gembira. dengan rahmat dan pintu nikmat yang dibuka Allah swt begitu besar.
  1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagi Allah swt, akan dibalas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Allah swt.
  5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
kenapa ramadhan? kerana ia semua bulan rahmat dan penuh keistimewaan. dan keagungannya dengan adanya satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar dan turut dirahsiakan Allah swt.

dalam malam tersebut, kelebihannya sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar 

ia disusuli dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah swt, disamping sembahyangnya yang sunat, istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya dan ikhlas kerana Dia.

banyak lagi perkara best dalam bulan ramadhan. dengan juadahnya turut menjadi salah satu yang dinantikan En Tapi hehe. dengan amal yang insyallah sama2 kita sempurnakan.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...