aku tak boleh kalau baca artikel yang memotivasikan diri. yang beri aku sifat muhasabah diri. syukur. hati aku masih terbuka untuk sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.
pernah terfikir tentang perasaan orang yang berkerja sebagai pekerja am?
- mak cik cleaner
- pak cik sapu sampah
- jaga pondok sekolah
- pekebun
- buruh binaan
- dan sebagainya.
mereka nih amat bersungguh mencari rezeki demi keluarga. untuk menyara hidup. ada yang pagi sebagai tukang sapu. malam sebagai pak guard. betapa mulia sikap mereka demi menyara keluarga.
bahkan ada yang masih terasa untuk membayar zakat. walau dikategorikan sebagai golongan yang tidak wajib membayar zakat. bagaimana dengan kita? pernah tak kita terfikir:
- nak bertanya khabar tentang mereka
- membantu hulurkan sumbangan sampingan buat mereka.
- menyapa dan menegur mereka.
- menggembirakan mereka.
- sama-sama bergaul dengan mereka sebagai saudara.
mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai. tapi tidak mustahil bahawa kehebatan mereka mendahuli kita dan memungkinkan mereka sebagai ahli syurga.