السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sakit tenat dirasai kamal telah lama menguji dirinya.. dulu dia adalah bekas pelayan lelaki di sebuah kelab malam. setelah 5 bulan jatuh sakit, dia semakin mendekatkan dirinya dengan Allah swt..
siang dan malamnya umpama tiada erti lagi dan bukan berhibur di kelab malam seperti biasa.. jika dulu, siang adalah waktu tidur nyenyaknya dan malam pula adalah waktu dia melayan pelbagai karenah pelanggan di kelab malam selaku pelayan lelaki.
kejadian terlantarnya dia di katil rumah mengingatkan dia sentiasa pada seorang gadis umairah yang menghantar dia pulang ke rumah setelah rebah di hadapan sebuah kedai 5 bulan yang lalu. gadis itu kini menjadi kawan dan insan yang sentiasa menyokong.
hari demi hari setelah umairah setia menjenguk dan mengambil berat tentang sakit, makan minum dan keperluan kamal menjadi tanda tanya dalam hidup kamal. siapakah gadis sebaik ini.
wajah ayu, cantik dan berhijab itu tidak dapat ditolak oleh kamal lebih-lebih lagi dalam keadaan dia yang semakin tenat dan ingin berubah mendekati pencipta yang Maha Kuasa. hari demi hari beliau makin tipis dan hanya menanti masa.
sakit kronik yang dialaminya umpama tiada ubat lagi di dunia ini. kemampuan yang ada turut menghalang dia untuk berubat di pusat2 perubatan yang lebih canggih. dia akur. dia redha. umairah banyak mengajar dia tentang solat, mengaji dan sebagainya.
umairah sebenarnya adalah anak kepada datuk mustafa yang terkenal dengan perniagaan kurma dan perkhidmatan menunaikan haji. perkenalan umairah dengan kamal tidak pernah diduka mereka berdua.
acap kali umairah menawarkan bantuan kewangan untuk menampung perubatan kamal. namun, tetap ditolak kamal. kamal hanya mahu umairah dekat dengannya sepanjang usianya yang masih bersisa.
"awak.. sy masih mampu jaga awak.." tunduk umairah tatkala kamal kini berada di unit rawatan rapi tanpa sedar.. "awak.. awak kene kuat.. sy ingin menjadi yang halal untuk awak.." berderai lagi air mata gadis itu..
"awak.. siapa pun awak dulu bukan bermakna Allah takkan maafkan awak.. awak mesti kuat.." air mata umairah deras mengalir.. tanpa mengenal henti..
jari jemari kamal kelihatan bergerak..
air mata kamal mula mengalir.. mengalir dan terus mengalir.. dia tidak dapat berkata apa2.. dia hanya dapat melihat raut wajah umairah dalam kesedihan.. dan dia terus mengalirkan air mata..
hanya monolog dalaman berserta doa mampu kamal ungkapkan.. kamal dapat rasakan semakin hampir hari untuk dia bertemu Allah.. nafas kamal tidak lancar seperti dahulu.. "tuhan.. jagakan dia untukku.."
itulah monolog dalaman terakhir kamal.. sebelum kamal menghembuskan nafas terakhirnya dan diajukan ucapan kalimah syahadah.. al-fatihah buat kamal..
suasana bilik unit rawatan rapi menjadi sayu.. umairah seakan rebah.. terduduk.. bapanya menenangkan umairah..