Blog Fendi Islam: "Tuhan, Kuatkan Aku, Aku Nak Jadi Baik.."

G.E.N.G

November 8, 2012

"Tuhan, Kuatkan Aku, Aku Nak Jadi Baik.."

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



dentam dentum kedengaran lagu kelab malam yang memeriahkan suasana anak mudi di Aloha. faris turut berada di situ. anak kelahiran timur. kacak rupanya digilai ramai wanita. digilai ramai lelaki juga.

faris tidak pernah menolak layanan dari mana2 jantina. asalkan wang dan kelengkapan hidupnya terbela. itulah prinsipnya kini. pelajar kejuruteraan di ipta terkenal di pusat bandar kuala lumpur. kota metropolitan. kini banyak berubah.

asalnya faris dari kampung yang dalam terletak di daerah tumpat, kelantan. setahun yang lalu. spm menghampiri faris. tidak kekok dan leka dia melangkah kaki ke masjid berdekatan.

sukar untuk dia meninggalkan rutin itu. akhlaknya sopan. berbudi. dan sering dipuji oleh jiran-jiran tetangga pak rosman dan mak safiah. amalanya sering dipenuhi menepati waktu. alim. sungguh merdu lunak suaranya melafazkan ayat2 suci al-quran.

setahun yang lalu juga. "demo duk jaoh keno panda2 la bowok diri.. pah blaja mollep.. tok soh duk saing kotsey.." nasihat seorang ibu yang berharap faris berjaya di menara gading..

semua itu dulu.. dan faris meraba2 pergelangan kaki nya.. hanya tinggal lutut disebelah kanan.. kosong.. kedua kakinya kini tidak sama panjang.. menitis air matanya di atas sejadah.. mengenangkan juga diri dia tatkala sering 'berclubbing' di hujung minggu dulu kala.

mengenangkan juga saat dia masih di sekolah menjawab spm dan kehidupannya yang belum berubah di kuala lumpur. arak. perempuan, lelaki, peluk, cium, apa sahaja ke lembah maksiat menjadi asam garam faris.

faris amat terkenal dalam kalangan kaki2 kelab malam sekitar ibu kota. faris sungguh lincah mengatur hidupnya yang penuh noda di sana. apabila pulang ke kg, dia menjadi baik seperti dulu walau telah ada perubahan.

air mata jantannya deras mengalir lagi. semua menjadi kenangan hitam dalam hidupnya. walau dia cuba berubah dan kembali ke pangkal jalan, dia tetap mengenangkan kotornya dia di sisi Allah..

dia jadi benci akan dirinya sendiri. tiada apa lg untuk diratapi melainkan kakinya yang kini tinggal satu. hanya satu umpama berfungsi. faris hilang kakinya dalam kemalangan di jalan p.ramlee kuala lumpur. dia dirempuh sebuah kereta mewah yang laju memacu.

faris dalam keadaan mabuk. hanya doa dan bacaan yasin mengiringi dia tatkala koma selama 3 minggu. dan apabila sedar, naik gila dia. meronta-ronta. tiada kaki lagi. sukar untuk dia menerima kenyataan. 

dan diatas sejadah kini. dia hanya mampu mengimbas memori2 dosa lama dia. sebagai pengajaran. sebagai kekuatan dalam hidup dia. dia nekad untuk kembali ke pangkal jalan.

"tuhan.. kuatkan aku.. aku nak jadi baik.. aku tak nak lagi berpaling pada hidup aku yang lampau.." berduka faris dalam doa.. dipanjat doa sungguh-sungguh. mengalir air mata. sayu..

dia benar2 berharap dia tidak lagi ke kancah lama. tidak lagi ke dunia maksiat. biar kisah hidupnya tetap menjadi rahsia dia dengan tuhan untuk diampunkan. 

p/s: kindly like and share everything in the wall of page "Tuhan, Kuatkan Aku, Aku Nak Jadi Baik.." barakallah..


Comments
3 Comments

3 comments:

MissRI said...

"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali" -Quote-

Busyra Takiyudin said...

nice post!

mieza said...

conclusionnye, jgn lalai dgn kehidupan kat kota..
kne pandai bwk dri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...