Blog Fendi Islam: Sujud Syukur PSA 2013 UTM

G.E.N.G

February 7, 2013

Sujud Syukur PSA 2013 UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


alhamdullillah.. baru sudah solat.. syukur ke hadrat Ilahi.. semua berjalan lancar.. walau ada sedikit hal2 yang tak leh nak elak.. masalah teknikal dan sebagainya.. kali nih aku nk share crite pulak kat blog ak.. 

orang yang baca tidak menjadi keutamaan.. yang penting, aku bebas menconteng diruang nih.. dah la free, senang pulak kalau nak menconteng.. rasa puas dan lega psa13 nih dah hbis..

susah payah aku dengan rakan2.. hanya yang melibatkan diri je tahu.. dan faham dengan ape yang jadi.. kelaparan.. x cukup tidur.. dan penat.. memang tak semua boleh bertahan.. tapi aku cuba jugak bertahan..

prinsip hidup aku, 'kalau bukan aku, siapa lagi?' sentiasa aku semat dalam minda.. kalau sekali aku dah terlibat, aku takkan terhenti dengan semua nih.. biar sampai penat, dengan ke sana, ke sini.. dan last sekali air mata laki jugak mengalir..

penat wey.. semua kenangan manis.. keluar idea, keluar cari barang, keluar beli itu, keluar beli ini.. dan macam2 lagi.. tak tidur dah menjadi perkara yang biasa.. sampai ada tahap, aku korbankan penyakit mahupun sakit..

makan? tak payah cite pasal nih.. tunggang terbalik waktu makan aku.. aku yang patut banyak pantang larang waktu makan dan jenis makanan terus langgar je.. aku seronok dengan crew2.. walau bukan batch aku kesemuanya, mereka adalah keluarga psa13.. 

hari nih dah hari last.. feeling perpisahan dah mula terasa.. walau tak kenal semua peserta2, aku lebih kenal rakan2 seperjuangan.. trima kaseh crew2.. kita tidak mungkin dapat terlibat lagi dalam hal2 macam nih.. ini terakhir barangkali..

dalam program macam nih.. dah last.. dah last aku terlibat.. aku sendiri dah cuba tolong2 perkara yang termampu.. dan takat tuh je.. maaf atas kurang dan lebih sepanjang aku terlibat.. aku memang ade cerewet.. cerewet aku sebab nak yang terbaik..

maaf jugak aku ade nyusahkan mana2 pihak atau individu secara sengaja dan tidak sengaja.. tetap sama.. aku dengan alasan dan kesungguhan nak yang terbaik.. aku percaya pada semua..

buat peserta2, utmkl is the best.. walau tak de pengiring, tetap bersemangat.. memang aku tak kenal dorang.. x penah jumpa.. korang duk bahan aku dalam pesbuk ade ah.. dan sekarang, kite dah bersua muka.. nyata ah korang the best.. aku anggap dah macam adik beradik semua..

selain tu, buat universiti lain, uitm seri iskandar, uitm shah alam, uia, um, polimas, utmjb, utmkl, dan usm.. usm memang performe very well.. habis supportive dah aku rase.. ye ah, dulu psa11, kami dah kasi feel yang gile vavi dasyat kat usm..

now, semangat psa11 tu la aku bawak untuk psa13.. demi sahabat2 dulu.. terime kaseh semua sebab terima semua reka bentuk yang aku tak rancang apa2, hanya dengan sepintas lalu idea.. bermual dengan portfolio design,  dari huruf kotak2, warna pepel, menjadi satu simbolik.

dari logo, backdrop, banting, banner, pemplet, lanyard, notebook, buku program, adiah, baju, montaj, konsep, tema, dan sebagainya.. menjadi kenangan buat hampir 300 lebih peserta dan crew2 yang terlibat.. dan menjadi salah satu kenangan dalam hidup aku jugak dalam bidang designer niih.. selain tu, kalau tak de korang2, tak menjadi jugak.. korang yang banyak membantu.

walau aku ade terfikir, patut ke aku terlibat dengan semua nih? aku mengakui yang aku still patut terlibat, kerana ade nya korang2 sebagai kawan2 dalam bidang perancang.. trime kaseh..

moga psa13 terus menjadi medan dalam memartabatkan program2 antara universiti buat masa akan datang.. penulisan dari seorang berjiwa blogger.. next misi hidup harus diteruskan.. :) to be continued by part.. 


Comments
2 Comments

2 comments:

Anonymous said...

ini under department mana ni?? mcm best je :D

Unknown said...

Kau mmg orang kuat Fendi ! Hebat. Tahniah weh! And Thanks alot. Banyak gila sumbangan kau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...