haa. tak semua orang dapat pengalaman best dalam hidup.
kadang-kadang ia di panggil, bullshit experience. why? cause it so bullshit.
haha. but friends? friends at heart lah.. tarikh nih..
sedang aku nak study untuk exam, aku dicekup untuk sambutan
keraian besday aku! babun! damn! dah la paksa rela! apa salah aku pun aku tak
tahu! tak pernah buat orang lagi teruk-teruk. biasa-biasa je.
bermula dengan si zarif. dan si aziim. memang aku akui, aku pernah
terlibat. si zarif, menepung dan menelur. dan si azim menepung dan air basi.
haha. dan bukan aku mulakan. ini sangat shit. dan tiba masa aku..:
- aku dicekup hidup-hidup
- aku diikat hidup-hidup
- aku diusung hidup-hidup (dari studio tingkat 4 ke bawah)
- aku disumbat ke dalam kereta saga RJ
- aku diusung lagi keluar kereta di kawasan tasik
- aku dihayun hidup-hidup
- dan aku dicampak ke dalam tasik utm hidup-hidup..
aku bangang? kenapa tak lari? uh, mana nak lari awak, saya.. saya
diperkotak katikkan. dunia! oh dunia!
the end! menarik tak? tak habis lagi. by that time, malam dan
kelam. amat kelam. tasik utm yang tak berapa nak indah lagi time nih. 2011.
bullshit gila. dalam tasik tuh, rasa air dia? nak tahu?
- perasaan macam nak mati
- lumpur gila babi lembik macam taik
- bau air busuk nak mampus
- punggung aku terhentak dalam tasik yang dasarnya lumpur tak berapa nak dalam. (kalau dalam, sempat la aku diving, kuak lentang dan kupu-kupu)
lepas tuh, ada la part yang best. aku disambut dengan sibijik kek
comel. kecik je. haha. aku dah tiup-tiup. dah doa-doa, sekali! paaaaapppp!!!
(kek itu dengan rasa tak bersalah di muka aku.
yaa! indah ketika itu. aku lari macam tak ada akal. aku kejar
sekor-sekor! ambik kau! haha. setempek-tempek kena kek! dah puas lari-lari,
keluar pulak sebijik lagi. wow. (jujur aku rasa amat disayangi kawan-kawan.
muah!)
tapi, kek nih memang untuk makan. lebih besar dan sedap. haha. tq
to all. dah penat-penat. aku balik bilik macam bau jejaka loji kumbahan. tapi
kan, tak ada la teruk sangat nih semua sebab faktor lumpur yang agak pekat dan
likat disaat itu.
ok. dah balik je, aku mesti lah kena mandi-mandi. kena bersihkan
badan. nak tahu? ada part yang best. tak semua orang tahu. haha. meh aku bagi
tahu, akibat perbuatan mereka, (aku tak salah) ada dua makhluk yang mati.
ya! dua ekor anak ikan apa entah (masih kecik) yang berada di
dalam seluar yang ada di dalam seluar aku. paham tak? ya. anda harus faham.
bagaimana boleh berlaku? dah ajal dia nak mati macam tu. cukup! jangan gelak!
dah-dah, aku tak nak cerita lagi. dan seterusnya, ada seorang
member nih nak belanja kfc. haha. baik gila. tq En RJ. haha. sedap. kenyang
semua. belanja geng-geng laki ja. haha. then, the end. dan kesan dari semua itu
aku jadi:
- dendam kesumat nak mampus.
- membalas pada mana yang sempat (tapi, aku kesian kat sorang nih, aku risau dia mati kalau aku plan something. sebab ada sejarah dia ngamuk. haha.. heppy besday je la 22.12. time besday aku, dia antara dalang! bullshit
- mengenali satu geng bernama gagak hitam! (keji tapi hati baik)
- ghairah akan besday-besday yang bakal muncul.
- tiap kali besday, aku akan mulakan nyayian yang gema satu kelas. (yang lain turut sama)
- dan aku insaf akan kesilapan lalu.
tapi, ada part yang tak best, mungkin mereka tak tahu, dalam
banyak-banyak kesan pada kejadian itu, aku kini tidak boleh bergymnastik
seperti dulu lagi. aku menerima kesan keretakan pada tulang punggung.
aku tidak rancak menari dan berlari mengejar bintang lagi. aku
cacat kekal. biar bulan sahaja berbicara. akhir kata, 24.4.2011 tu bukan hari
lahir aku. bangang tak? seronok kan? hewhew.
p/s: untuk tahun 2012, ia jatuh hari jumaat. aku amat bersyukur,
kalau aku ditakdirkan jadi seperti ini lagi, aku mohon pada Allah swt berikan
aku kekuatan dan keadilan. niat hati aku untuk menjadi lebih matang. untuk masa
hadapan.
c/c: mendekati Allah swt mungkin jalan yang terbaik. insyallah.
amin. kalau aku tak kena macam tu dulu, aku tidak mungkin berfikiran seperti
hari ini. terima kasih kawan-kawan.