Blog Fendi Islam: Lelaki Pertama Mengandung

G.E.N.G

April 26, 2012

Lelaki Pertama Mengandung


salam pagi. hari nih En Tapi nak share sikit pasal lelaki petama yang mengandung dan melahirkan anak. ingat! bukan seorang tiga orang! hehe. macam mana semua nih boleh jadi? meh nak perkenalkan. Thomas Beatie.



dulu dia bukan Thomas Beatie. dulu namanya Tracy Lagondino. hehe. comel orangnya. namun, dia decide untuk 'trans-gender'. tahu tak apa? kira macam pertukaran jantina. hewhew. lahir kat Hawaii nih.

bila dah bertukar. dia decide jugak untuk ambil hormon-hormon lelaki untuk tumbuh rambut (bulu, janggut, jambang) dan membuang payudaranya. namun! namun! dia tak buat keputusan pulak untuk tukar jantinanya. hehe. kira masih gadis jugak lah.

masa tuh, umur dia 24 tahun. masa terus berlalu. dia pun kahwin dengan seorang gadis namanya Nancy. comel jugak. si Nancy nih dah tua. umur 40 an dah. dan dah ada 2 orang anak hasil perkahwinan yang lalu.




bila dah berkahwin dengan Thomas yang masa tuh umur dalam 30 an, Nancy dah tak boleh mengandung lagi. sebab ada kes trauma. hehe. dan. dan. dengan gilanya. si Thomas decide untuk mengandung. bagaimana?

mereka membeli sperma dalam tabung uji yang menggunakan kaedah 'kriogenik' di mana sperma dibeli dari sesiapa sahaja. gilalah! (barat sesuka hati mereka. kita, jangan! subhanallah.)

'kriogenik' tu apa? hehe. air mani yang berada di tahap suhu yang rendah. sperma tabung uji senang cerita. (rasa macam budak biologi pulak.) lepas tuh, kira si Thomas nih dapat la mengandung.


anak first dia, memang satu dunia dia dapat liputan. dasyat-dasyat. tapi, menurut katanya, dia bukan bertujuan untuk menjadi glamor, cuma kebetulan sebab kisahnya diketahui umum dan ada pihak nak jadikan ia sebagai sebuah rancangan realiti tv.

dia bersetuju untuk membongkar segala kisah dan pengalaman beliau. dari mula perut kecik, sampai la kedebaboo pecah. keluar dah tiga orang anak sekarang. umur 3 tahun. 2 tahun. dan 2 tahun. dah kaya raya pun. hewhew.



wuhaa. sekadar berkongsi kisah dunia. kita yang islam, usahlah berniat dengan apa seperti mereka. kita telah dijadikan sebaik-baik kejadian. dan ikutlah ajaran al-quran dan sunnah. insyallah diberkati. amin.

pengajaran yang boleh diambil, si thomas nih bersikap kemanusiaan yang tinggi. naluri menjadi ibu sungguh indah. contohilah kasih sayang manusia dari thomas nih. 

moga-moga di Malaysia, tidak ada lagi kes-kes buang bayi, pengguguran dan sebagainya. apa yang En Tapi cuba sampaikan adalah anak satu anugerah bagi kita. sebagai anak, hargailah ibu bapa. 

p/s: sumber oversea news. 




Comments
2 Comments

2 comments:

Izyan Balqis said...

*tergamam

Unknown said...

hahaha.. ingat, jadi ibu yang bertanggungjawab kelak iq.. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...