hehe. tersentuh lah perut En Tapi baca blog Akak Cinta nih. dan macam aku pula yang rasa sakit nak
bersalin. Akak Cinta seorang yang amat tabah. besar pengorbanan dia pada
anak-anak dia selaku seorang ibu.
pada gadis-gadis diluar sana, kuatkanlah diri anda di masa
sekarang, kerana pada masa akan datang, kita semua tidak akan tahu dugaan yang
akan diberikan oleh Allah swt. termasuklah ujianNya.
menjadi seorang yang tabah dalam berumah tangga bukan mudah.
mestilah kena kuat mental dan fizikal. Akak Cinta nih kira dah taff gilalah.
sampai tiga anak dia masih mampu bertahan.
soal rezeki usah memikirkan untuk menolak. apatah lagi jika
rezeki mendapat anak. kerana anaklah yang akan membahagiakan di hari tua kelak.
percayalah pada semua yang bakal bergelar ibu dan bapa, anda akan rasa bahagia
dengan nikmat itu (aku belum pernah merasai. teringin gila. hehe)
amin ya Rabb.. moga-moga, rezeki En Tapi sendiri sentiasa
ada dan terbuka ruang untuk tabah dalam berumah tangga. buat bakal isteri En
Tapi, jika anda membaca penulisan ini suatu masa nanti, En Tapi akan cuba jadi
suami dan bapa yang terbaik buat awak.. hewhew.
aiyak! mud menjadi suami kembali sudah. 'its ok to feel it
now than do not have the feeling at all'. hehe.