erm.. petang dah pun. masa macam gitu je berlalu. tak ada nak tunggu sapa-sapa. lapar pun boleh hilang sekelip mata. En Tapi nak kongsi sikit. 25 ciri gadis layak jadikan isteri.
tak kisah lah untuk tatapan macam mana peringkat umur sekalipun. hehe.
- waras. tidak gila atau kurang siuman. (mampu berfikir dengan waras)
- solat cukup 5 waktu ketika boleh solat. (menjaga solat sebaiknya)
- boleh baca al-quran dan ajar anak-anak walhal alif ba ta. (tak reti, meh nak ajar.)
- jika berkerjaya, tahu menjaga tatasusila dalam menjadi seorang isteri kepada suami dan pekerja yang profesional.
- jika menjadi suri, tahu menguruskan diri, anak-anak dan keluarga ketika mana suami berkerja.
- boleh drive kereta lebih baik. (hehe. berdikari orang kata. kalau suami sakit terlantar, ada jugak peranan si isteri)
- baik, jujur dan berkata benar. (tidak membelakangi hal-hal dalam rumah tangga)
- sayang akan anak-anak. (suka baby. hehe.)
- saling memahami. (kalau dua-dua kerja, lagi lah kena betul2 faham.)
- rajin masak. kalau tak rajin pun, at least, reti masak nasi ayam pun jadik. (hehe. untuk anak-anak.)
- kenal jenis sayur, ikan, dan lain2 yang sewaktu. (masaklah kalau garam dengan ajinomoto pun tak tahu! haha.)
- mesra dan peramah. boleh bergaul dengan saudara mara di luar sana. (baru syiok balik raya.)
- reti lipat kain, jemur kain, basuh kain. (divide2 kerja dengan suami. baru disinari cahaya bahagia rumah tangga)
- reti kemas rumah, at least semua teratur. (sama-sama buat dengan suami pun ok seminggu sekali.)
- boleh di ajak berbincang akal sesuatu masalah. (kalau nak mengadu senang. manja2. haha)
- tidak membanding-bandingkan si suami dengan jejaka2 lain. ('awak suka, dia, awak kawen lah satu lagi, biar saya jadi madu.'
- bergaya suam-suam kuku. melampau sangat pun tak boleh jugak. hehe. sedap mata si suami memandang.
- tahu sikit2 bahasa inggeris. (senang nak mengajar anak zaman sekarang, tak reti, belajar kat google)
- tak cemburu rabun ayam. haha. dengan semua perkara nak cemburu tak boleh jugak.
- mudah senyum. tidak masam macam asam boi. (hehe)
- menghormati orang tua dan lebih berusia. (sejuk mak mertua tengok.)
- bijak uruskan kewangan. (tak ada la boros gila. ala kadar ikut keperluan. isokay)
- boleh berdikari dengan baik dan tidak terlalu bergantung harap. (persediaan sekiranya diduga kehilangan si suami mahupun musibah menimpa.)
- senantiasa mendokan kebahagiaan rumah tangga dan keluarga.
- mencintai si suami kerana Allah swt sepenuh hati.
hehe. ekceli banyak je lagi ciri-ciri. dah memadai dengan kebaikan pada agamanya, keturunannya, rupanya, dan hartanya. hehe. selamat berkongsi.
p/s: 25 ciri jejaka pulak
p/s: 25 ciri jejaka pulak