wuha.hehe. atas permintaan sorang budak nih. yeah. En Tapi feel free to share. but nih cara En Tapi sendiri lah kot. mungkin orang lain, lain caranya. hehe.
oshem? tahu tak apa kejadah oshem nih? haha. kira macam get sukses lah kot. sukses in positive aspeklah kot. rakan2 mesti yang dah terbiasa dengan latihan industri. dah macam masak dah.
lain jurusan pengajian, lain tempoh dan pengalaman dalam jalani latihan industri. percayalah. dan buat rakan-rakan alam bina. hehe. nah! ambik nih. contoh nih jika praktikal di organisasi yang agak gergasi. tapi, mana2 pun sama je.
lain jurusan pengajian, lain tempoh dan pengalaman dalam jalani latihan industri. percayalah. dan buat rakan-rakan alam bina. hehe. nah! ambik nih. contoh nih jika praktikal di organisasi yang agak gergasi. tapi, mana2 pun sama je.
- datang awal pada hari mula2 nak register tempat praktikal. (gerak lepas subuh)
- pakai paling smart ah. paling menawan ah. tapi berpada-pada. (tak perlu crown2 bagai bagi gadis. jejaka pulak tak perlu nak coat2. hehe)
- sampai je tempat praktikal, senyum kat semua. tak payah takut2. (buat macam dah kenal semua orang, kalau organisasi besarlah. kecik pun ok. eg: dbkl)
- then, dah dapat tahu bahagian mana kita dapat, take a seat. dieorang akan bagi meja kerusi. so, duduk lah dulu awal.
- then, mesti ada staf bahagian tuh akan kenal2kan dengan tiap2 orang dalam bahagian tuh. salam2. tanya2.
- rajinkan mulut jawab lebih. bangga sikit ngan utm di hati. haha.
- pastuh, biasa akan jumpa pegawai. atau kita punya supervisor lah lebih kurang. hehe.
- sembang2. cerita sikit pengalaman dan kebolehan. tak payah bangga lebih pulak. sempoi2 je.
- then, duduk kat kerusi kita. rehat dalam masa 10-30 minit. (buat2 lah rajin tulis laporan harian. hari 1st kot. semangat lah sikit.)
- then, mulakan langkah. hehe.
- merayap ke meja2 staf lain. tanyakan pelbagai soalan.
- "kak sibuk ke? abg sibuk ke? ada apa2 saya boleh tolong?" too dia...
- dah start dieorang tahu macam tuh, mereka akan bukak mulut, dan senang hati nak bagi kerja. (macam nak test.)
- kalau dieorang jenis suka suruh tolong fotostat, hah, apa lagi, buat!
- then, kalau bab2 nak hantar fail2 ke, buat jugak.
- cukup lah tu untuk hari 1st.
- dekat2 waktu nak balik, buat2 macam tak nak balik lagi. duduk diam2. atau bersembang. atau fokus apa2 kerja yang dieorang bagi. hehe.
- ok. lepas tuh balik. ingat! janganlah blah macam tuh je. bagi salam kat staff mana yang ada. "kak, abang, acik, encik, sir, saya balik dulu ok. as'salam.." haaa.
- ok. esok pagi hari kedua. dan seterusnya. datang awal. pastikan rekod punch card macam di dbkl sentiasa hitam dan bukan merah. (contoh)
- mulakan tegur bagi salam pada semua staf yang dah ada. (walau hari kedua).
- ikut mereka jika mereka ajak pergi breakfast. don't segan2. mereka dapat rasakan anda peramah dan baik jika hari kedua dah ajak breakfast. hehe.
- jika breakfast, saling berkongsi minat dan cerita. kisah asal usul. adik beradik. semualah. haha.
- then, dah start buat kerja, mulakan soalan2 kritikal tentang tanggungjawab organisasi. (contoh dbkl, macam mana handal kes2 pembangunan)
- haa. siaplah! macam pengalaman yang mereka akan kongsi. bergantung pada anda untuk minat atau tidak.
- hari demi hari. mulakan minat dengan tugasan best2.
- rajin ikut berkunjung ke site.
- beranikan diri buat km (kebenaran merancang)
- masuk meeting. (wuhaa)
- present masa meeting. (wuhaa)
- buat layout sampai puas hati. (hee)
- layan orang awam yang datang tanya macam2. walau tak tahu, buat macam anda sangat tahu. "sekejap ya encik" (masuk dalam, tanya macam2 kat staf, tapi biar anda handle kan. hehe)
- sentiasa bagi idea dan ringankan tulang. haha.
- kalau staf balik lambat, bertimbang rasa untuk balik lambat jugak. haha. tolonglah apa yang patut.
- sekali sekala, ajar staf2 perkara baru. contohnya, main facebook pada staf2 warga emas. installkan game. hehe. dan ajar cara nak install anti-virus. (serius seronok apabila berkongsi walau ada yang rasa mudah)
- jangan menolak apabila orang ikhlas memberi. terima seadanya. ("nah! ambik biskut raya nih, ambik roti nih, ambik nasik nih, ambik kuih nih, ambik kek nih, ambik buku nih, ambik.. err... " hehe.)
- jika time puasa, kongsi kisah2 raya yang best. ajak shopping raya sekali.
- usah pernah menolak tawaran berbuka puasa bersama mereka2 yang amat berpengalaman walau di hotel mana sekali pun. make it sempoi. haha. (sebat dan terjah, kerana ia percuma. ya, percuma.)
- sambut raya dengan gilang gemilang. apply cuti secara halal jika anda tak puas cuti raya beberapa hari. dan jangan lupa penuhkan buku log.
- sediakan laporan latihan industri yang termantap dan terbaik. jika perlu present, make it like you work there, not just practical student. wuha.
- selalu rajin bertemu supervisor dan bukan staf sahaja. bergaul dengan semua.
- tegur menegur walau staf lain di bahagian lain. walau pak guard atau mak cik cafe. buatkan semua kenal anda. jika baik dengan mak cik cleaner, anggap seperti ibuk kamu sendiri. saling menyapa.
- seronok dan ikhlas dalam semua perkara sehingga dah nak habis.
- hargai mereka apabila dah nak berpisah. sumbangkan sedikit wang anda jika berkemampuan memberi, kad, frame, atau apa sahaja sebagai tanda menghargai.
- anggap mereka keluarga besar anda. percayalah. anda akan bersedih jika hampir berpisah. namun, perpisahan itu biasa.
wuha! penat seyh En Tapi nak karang semua nih. buat, all this base on experience sendiri dan orang lain jugak. hehe. nih semua perkongsian yang insyallah positif.
yang negatif tuh diharap dapat tinggal. jangan buat perkara yang dipandang negatif. contoh nya.:
- datang lambat. (kecuali dengan alasan munasabah)
- smoking. (mula, konon2 tak smoking, jaga sensitiviti mak cik2 kat organisasi.)
- tidur dalam surau. kerana mudah kantoi.
- keluar makan pagi dan tengah hari lama gila. (lepak sogo dulu)
- siap kerja lambat sehingga staf mintak.
- buat2 pandai sampai nampak sangat tak tahu apa. (bertanyalah)
- ponteng atau cuti tanpa sebab.
- kurang ajar atau melawan atau mogok tak nak buat kerja.
- sombong dan bongkak.
- balik awal. pukul 4 dah hilang. hehe.