selamat petang. baru habis seminar yang agak berbulu di mata aku. lebam telinga nak tunggu habis. by the way, aku bagi jugak telinga aku sikit2 dengar. sikit je. tak banyak pun.
nak mula macam mana blogging kali nih agak kaku sikit. tajuk entri pun dah datang dari langit ke tujuh mana entah. haih. banyak boleh hurai pasal nih. sayang tuh apa sebenarnya? malas aku nak cerita dah. baca lah post2 lain.
kalau ada orang cakap kat anda2 macam nih, agak2 anda sayang jugak tak? hewhew. bergantunglah. tapi kalau aku sayang balik je. sebab apa? sebab part yang last tuh betul. 'bodoh.' aku memang bodoh bagi diri aku sayang kau.
kalau dah 22 orang macam nih, jawabnya,
- kau dan aku adalah sayang yang bodoh?
- aku bodoh sayang kau?
- kau bodoh sayang aku?
- sayang aku, bodoh kau?
- kau bodoh, aku sayang?
- aku sayang, kau bodoh?
- kau sayang, aku bodoh?
hah! dah tak boleh buat ayat lain dah aku rasa. 7 ayat nih yang ada makna sikit. tak faham? bukak kamus. susah lah. susah lah. kenapa susah? entah! aku tak tahu. pernah rasa lohong? macam mana nak bagi terisi?
- dengar lagu yang anda suka (doaku untukmu sayang)
- pergi jogging (dah lama tak pergi)
- makan banyak2. (kat mak jah tadi penuh pinggan aku makan. daging saja dah separuh pinggan.)
- belilah coklat, roti, ngan air berjus kotak besar. (minum puas2. tak payah share. habiskan sorang2. grr..)
- gym! gym! gym! yeah. (main ah besi ke, kayu ke. apa ke. yang boleh kasi tekanan anda2 lepas kat tools2 gym nih.)
- mandi banyak kali. haha. serius. nak sembahyang je mandi. (aku bayar yuran asrama full. tak kisah..)
- buat design! yeah! nih part paling best. design sampai lebam. sambil layan lagu yang anda suka. (confirm banyak design terhasil.)
- keluar. keluar dari bilik jugak. tak payah nak terperap je. (at least, gi tasik. air terjun or apa2 sahaja. tapi aky tak berapa amalkan. hehe.)
- baca blog. like status. dan komen. hah! nih pakej! (buat je semua nih. jangan fikir lagi pasal kenapa anda lohong.)
- tidur awal dan bangun awal. (nih dah kira paling last. buat2 ngantok. zz.. tidur.)
tak hilang jugak rasa lohong? ya. payahkan nak hilang rasa sayang nih. kalau boleh download free software yang boleh delete rasa sayang, dah lama aku buat.
kenapa payah sangat? sebab sayang luar biasa. padan muka. memang lah payah. apa pun, dengan izin Dia seseorang menyayangi seseorang dengan sepenuh hati.